Legoland Malaysia Review | Ada Apa di Legoland Johor Sampai Beratus Harga Tiket Mahal Kena Bayar?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Legoland kat Nusajaya, Johor tu dah banyak tahun kan wujud. Tapi aku asyik tangguh je nak pergi. Sebab masa tu Izzah kecik lagi. Tak reti sangat kot nak enjoy dan appreciate benda-benda kat Legoland tu heheheh [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Harga tiket Legoland Johor tu pulak mahal sampai beratus kena bayar seorang. Even harga tiket budak pun ratus weh!

Nak tiket Legoland murah? Boleh sangat. Beli online seminggu awal sure dapat tiket Legoland murah hingga 20%. Kalau direct pergi kaunter pun dapat jimat 20% bagi pemegang MyKad.

Tapi lepas diskaun 20% pun harga tiket Legoland still beratus tau. Kalau pergi seorang boleh lah tahan. Tapi kalau anak ada ramai? Boleh nanges woh! [wp-svg-icons icon=”windy-3″ wrap=”i”]

So, kalau nak pergi Legoland Johor tu kena rancang betul2. Samada nak pegi Legoland Theme Park sahaja, Legoland Waterpark sahaja atau nak pegi dua-dua.

Legoland Johor tu besar. Satu hari memang tak cukup nak cover both Legoland Theme Park dan Legoland Waterpark sekali. Even kalau pergi Legoland Theme Park sahaja pun satu hari tak cukup. Boleh giler kot nak cover semua attractions dalam masa 8 jam!

Legoland Johor Malaysia

Aku pergi hari tu pun tak dapat cover semua attractions walaupun 2 hari masuk Legoland Theme Park tu. Kena gilir-gilir jaga baby dengan suami. Pastu gilir-gilir teman Izzah & Irfan main. Penat weh

Theme Park Legoland Malaysia terbahagi kepada 8 kawasan iaitu:

  1. The Beginning
  2. Lego City
  3. Land of Adventure
  4. Imagination
  5. Lego Kingdoms
  6. Lego Technic
  7. Ninjago World *baru
  8. Mini Land

1* THE BEGINNING

The Beginning ni adalah bahagian yang pertama sekali dalam Legoland Malaysia. Permulaan kepada segala-galanya di Legoland!

Sebelah kanan pintu masuk tu ada kaunter tiket. Nak beli daily passes atau annual passes boleh terus beratur di kaunter tiket.

Ada pelbagai kemudahan disediakan di The Beginning, Legoland Malaysia.

  • Surau
  • Guest Service Counter
  • ATM Machine
  • The Big Shop
  • Mini Market
  • The Brick Shop
  • The Brick Photo Shop
  • The Cafe – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Locker Rental
  • Stroller Rental

Kat sini juga ada beberapa kerusi di sediakan untuk berehat.

The Big Shop kat Legoland Johor ni dikatakan sebagai kedai barang Lego terbesar di Asia. Kalau nak masuk kedai Lego ni boleh buat masa time dah habis pusing-pusing Legoland ni. Sebab kalau terbeli barang Lego tak lah sakit tangan kena usung satu Legoland ekekee! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

The Brick Shop tu pula ada pelbagai pilihan warna aksesori Lego, cenderahati Lego dan bricks bagi pengumpul barangan Lego yang ingin menambah-baik @ customise Lego ciptaan masing-masing.

Legoland Johor Malaysia

Mini Market ni kedai Lego kecik — kot2 nak beli anything Lego related dengan cepat & pantas boleh terus ke Mini Market. Aku suka Mini Market ni sebab kedai dia open-space concept. Tak payah tolak2 pintu kaca nak masuk hehehe. [wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

Kat Mini Market ni juga ada kaunter untuk korang yang nak sewa stroller. Kadar sewa stroller di Legoland Johor Malaysia ialah RM40 (single) dan RM60 (double). Kena bayar refundable deposit juga. Bagi pemegang Legoland Annual Pass boleh dapat diskaun 50% jika nak sewa stroller.

The Cafe tu pula kedai makan Western Food. Biasa orang singgah lepas kebuluran akibat berjalan-jalan di Legoland Johor tu. Tapi kalau baru masuk terus nak makan-makan kat The Cafe tu tiada siapa larang pun ekekeke. [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

Pilihan menu makanan barat segera yang ringan —  lasagna, baked potatoes, salads, soup of the day, pies dan gourmet sandwiches. Pilihan minuman pula adalah jus buah, air berkarbonat, kopi dan teh.

Selepas kawasan The Beginning tu — korang boleh pilih nak pergi ke kanan dulu (Lego City) atau ke kiri dulu (Lego Technic) atau pun ke tengah (Mini Land).

Aku hari pertama tu pergi terus ke Lego City. Tak sempat cover Mini Land dan Lego Technics sebab dah penat giler. Tu pun banyak rides dan attractions yang kami skip kat Land of Adventure & Lego Kingdom. Kaki kejang dah weh! [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”]

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

2* LEGO CITY

Kalau bawa anak-anak ke Legoland Johor ni — aku suggest terus ke kanan dulu lah dari The Beginning tu. Sebab Lego City ni banyak aktiviti sesuai untuk kanak-kanak dari umur 3 – 13 tahun & dewasa juga.

  • Driving School (outdoor : 6-13 tahun)
  • Junior Driving School (outdoor: 3-5 tahun)
  • Lego Rescue Academy (outdoor: 4 tahun / 90 cm ke atas + dewasa)
  • Lego City Airport (outdoor: 3 tahun / 80 cm ke atas + dewasa)
  • Lego City Stage (indoor: teater Ninjago puppet show)
  • Snack Bar – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Basket Ball Game
  • Market Restaurant – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Boating School (outdoor: 1 tahun ke atas + dewasa)
  • Driving School Shop
  • Driving School Photo
  • Photo Booth
  • Remote Control Boat
  • The Shipyard (outdoor playground: 1-13 tahun)
  • Legoland Express (outdoor: 1 tahun ke atas + dewasa)

Driving School tu untuk kanak-kanak berumur 6-13 tahun. Budak-budak yang dah pandai berdikari digalakkan join Driving School ni. Kalau anak style masih melekat dengan mak bapak tu baik tak payah beratur. Sebab orang dewasa tak boleh masuk teman kan.

Legoland Johor Malaysia

Kat Driving School ni ada taklimat cara-cara memandu kereta dengan selamat — keselamatan jalan raya, cara bagi signal, traffic light dan cara parking akan di ajar. Lepas tu baru boleh masuk Driving School. Lulus siap dapat lesen memandu tu!

Junior Driving School ni pulak untuk kanak-kanak berumur 3-5 tahun. Track untuk memandu tu kecik so sesuai sangat lah untuk budak-budak kecik yang berani dan tak takut orang.

Legoland Johor Malaysia

 

Boating School ni kanak-kanak dan dewasa boleh main sama-sama. Tapi hanya kanak-kanak umur 1 tahun ke atas yang dibenarkan naik.

Legoland Johor Malaysia

Budak yang berumur lebih 6 tahun dengan ketinggian melebihi 120cm boleh naik bot ni sorang-sorang. Bagi budak yang bawah 6 tahun atau tak cukup tinggi kena ditemani oleh mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Legoland Express ni keretapi Lego yang akan bawa korang pusing melalui tarikan utama di Legoland Malaysia ni. Both kanak2 dan dewasa boleh naik. Tapi jika badan korang besar gagah perkasa rasa tak payah kot naik sebab tempat duduk Legoland Express ni sempit. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

Keretapi Lego ni biasanya ramai sangat berbaris nak naik. Line tu panjang so kena sabar tunggu hingga 30 minit untuk dapat giliran naik Legoland Express ni.

The Shipyard pula adalah outdoor playground bertemakan kapal untuk kanak-kanak sahaja. Ada slides, tangga untuk dipanjat dan rides untuk budak-budak berseronok.

Legoland Johor Malaysia

Lego City Stage ni fully air-conditioned so kalau panas sangat kat luar tu better masuk tengok live Ninjago puppet show. Sejuk tahap gigil dalam tu weh!

Legoland Johor Malaysia

Persembahan Ninjago selama 20 minit tu memang best sebab guna live size Ninjago puppet yang dihidupkan oleh ninja manusia berpakaian hitam — Bunraku style. Kombinasi kesan khas 4D (visual, sound, smell & feel) dalam Ninjago & The Realm of Shadows tu memang sangat memukau.

Stage Shop kat sebelah Lego City Stage ni adalah kedai cenderamata bagi peminat Ninjago. Teringin nak jadi ninja? Boleh beli peralatan & barangan Ninja kat sini.

Legoland Johor Malaysia

Lego City Airport ni adalah permainan kapal terbang berpusing naik turun selama beberapa minit. Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas (minima tinggi 80cm) dan ditemani orang dewasa. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas atau tinggi 120cm boleh naik bersendirian.

Legoland Johor Malaysia

Rescue Academy kat Legoland Johor ni pulak boleh main satu keluarga! Tapi still ada had umur. Hanya kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas (tinggi lebih 90cm) dan ditemani orang dewasa/remaja boleh main padamkan api macam bomba ni.

Legoland Johor Malaysia

 

Kalau terasa panas dan dahaga tu boleh singgah kat Snack Corner di Lego City ni. Ada jual aiskrim, milk shakes dan pop corns. Pop corn dia ni saiz jumbo punya. Sedap juga rasanya.

Legoland Johor Malaysia

Penat dan sudah rasa kebuluran yang amat? Masa untuk makan tengahari! Kat Market Restaurant ni ada pilihan makanan Asia dan Barat —  nasi ayam, ayam panggang, pizza, pastas, chicken rice, salads, fruit cups, desserts dan macam-macam lagi lah. Boleh pilih nak makan kat dalam restoran yang sejuk dengan penyaman udara atau kat luar al-fresco style.

3* LAND OF ADVENTURE

Selepas Lego City korang akan lalu pula di kawasan Land of Adventure. Antara tempat menarik di Land of Adventure Legoland Malaysia ialah:

  • Lost Kingdom Adventure (indoor: 2 tahun / 80 cm ke atas + dewasa)
  • Lost Kingdom Photo
  • Beetle Bounce (outdoor: 2 tahun / 90 cm ke atas + dewasa)
  • Adventure Games
  • Dino Island (outdoor: 6 tahun ke atas / 110 cm + dewasa — amaran! boleh basah!)
  • Burger Junction – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Pharaoh’s Revenge (indoor: 2 tahun / 80 cm ke atas)

Lost Kingdom Adventure adalah permainan indoor yang mengujakan kanak-kanak dari usia 2 tahun (tinggi 80cm) hingga remaja/dewasa. Korang dibekalkan dengan pistol laser sebelum menaiki off-roader menuju kuil lama sambil mengumpul markah untuk dapatkan harta karun.

Legoland Johor Malaysia
Pharoah Revenge juga lagi satu permainan indoor di Land of Adventure, Legoland Johor Malaysia. Kanak-kanak boleh menembak bola-bola lembut mengenai sasaran kemudian berlari dan melompat melepasi beberapa halangan yang menarik.

Legoland Johor Malaysia

Nak rasa diri dilontarkan ke udara setinggi 15 kaki? Boleh cuba permainan Bettle Bounce di Land of Adventure ni. Had umur 2 tahun dengan ketinggian minima 90 cm mesti ditemani remaja/dewasa. Tapi kalau umur 4 tahun dan tinggi 105 cm ke atas boleh naik Bettle Bounce ni secara bersendirian.

Legoland Johor Malaysia

Dino Island ni sangat best main masa tengah-tengah panas. Naik log boat yang belayar melepasi Lego dinos dan menjunam laju ke dalam air. Confirm basah baju ekekkeke! [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

Tempat pengering badan ada disediakan tapi kena beratur sebab ramai orang. Kena bawa baju spare kalau nak main Dino Island ni. Tapi kalau basah pun terus jalan-jalan sekeliling Legoland Johor ni mesti kering lah baju tu kan.

Dino Island sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas dengan tinggi minima 110 cm dan mesti ditemani remaja/dewasa. Kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas (130 cm) boleh naik bersendirian.

Perut terasa lapar pulak? Jom makan burger di Burger Junction! Sambil makan tu boleh tonton orang main rides kat Dino Island tu.

Legoland Johor Malaysia

Kat Burger Junction ada jual set burger atau jumbo hot dog yang disertakan dengan onion ring/fries. Harga combo dewasa RM25 manakala Kids Meal RM18.

4* IMAGINATION

Selepas Land of Adventure korang akan sampai ke Imagination, Legoland Malaysia. Kat sini korang berpeluang memberi pendedahan sains dan teknologi kepada anak-anak. Kat Imagination ni juga ada beberapa permainan sesuai untuk kanak-kanak yang kecil.

  • Kid Power Towers (outdoor: 4 tahun / 100 cm ke atas + dewasa)
  • Build & Test (indoor: 1 tahun ke atas)
  • Observation Tour (indoor: 1 tahun ke atas + dewasa)
  • Photo Booth
  • Lego Studios (indoor: 1 tahun ke atas + dewasa)
  • Pizza Mania – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Musical Fountain
  • Duplo Playtown (outdoor playground: 1 tahun ke atas)
  • Duplo Express (outdoor: 1 tahun ke atas / 80 cm + dewasa)
  • Baby Care
  • Prayer Room / Surau

Duplo Playtown ni adalah playground diserikan dengan binaan Lego berbentuk haiwan yang berwarna-warni, slides, kenderaan dan banyak lagi. Sesuai untuk kanak-kanak dari usia 1 tahun ke atas.

Legoland Johor Malaysia

Kat Imagination Legoland Johor ni ada satu lagi rides keretapi tapi kali ni berbentuk mini rides di Duplo Express. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas & tinggi minima 80cm dan mesti ditemani remaja/dewasa.

Legoland Johor Malaysia

Rasa lapar lagi? Jom makan pizza di Pizza Mania. Pilihan makanan seperti Pizza Itali, pasta, salad organik, sup, desserts dan minuman.

Legoland Johor Malaysia

Agak-agak rasa kejang kaki berjalan tu — boleh singgah masuk Lego Studios untuk tonton 4D movies. Memang awesome!

Legoland Johor Malaysia

Filem 4D yang ditayangkan di Lego Studios ni ada time table dia seperti berikut. Ikut luck lah korang dapat tengok yang mana satu. Kalau rasa nak tonton semua tunggu je kat situ sampai habis hehehe. [wp-svg-icons icon=”cool” wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

Observation Tower ni wajib naik jika ke Legoland Johor! Boleh duduk di Observation Deck dan nikmati permandangan 360 darjah mengelilingi seluruh kawasan Legoland Nusajaya Johor ni.

Legoland Johor Malaysia

Hanya kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan ditemani remaja/dewasa di benarkan.

Build and Test adalah tempat untuk membina binaan dari Lego dan membuat ujikaji sains. Boleh tengok macam mana gempa bumi gegarkan sebuah bangunan!

Legoland Johor Malaysia

Kid Power Towers ni kena guna tenaga banyak jika nak main. Sebab kena tarik tali bersama partner barulah boleh naik ke atas. Apa yang penting? Kerjasama!

Legoland Johor Malaysia

Sesuai untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas (tinggi minima 100 cm) dan ditemani remaja/dewasa. Kanak-kanak berumur 8 tahun & tinggi minima 120 cm boleh main Kid Power Towers ni bersendirian.

5* LEGO KINGDOMS

Selepas area Imagination, korang akan sampai ke Lego Kingdoms. Kat sini banyak permainan yang best untuk budak yang dah besar serta orang dewasa termasuklah roller coaster The Dragon!

  • The Forestmen’s Hideout (outdoor playground: 1 tahun ke atas)
  • Dragons Apprentice (outdoor: 4 tahun / 100 cm ke atas + dewasa)
  • The Dragon (outdoor: 6 tahun / 100 cm ke atas + dewasa)
  • Castle Stage (indoor: 1 tahun ke atas + dewasa)
  • Royal Joust (outdoor: 4 – 11 tahun / 92 cm minima)
  • Merlin’s Challenge (outdoor: 4 tahun / 100 cm ke atas + dewasa)
  • Castle Games
  • King’s Market
  • Castle Fried Chicken – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • King’s Grill – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]

Merlin’s Challenge adalah permainan carousel berpusing-pusing. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan ketinggian 100 cm dan mesti ditemani remaja/dewasa.

Legoland Johor Malaysia

Rasa penat lagi? Boleh singgah di Castle Stage untuk sesi Meet & Greet selama 15 minit dengan karakter Lego. Sesi story telling di adakan pada pukul 4 petang.

Legoland Johor Malaysia

Royal Joust ni permainan menunggang kuda yang hanya dibuka kepada kanak-kanak berumur 4-11 tahun. Remaja dan orang tua jangan berangan nak naik Royal Joust ni tau!

Legoland Johor Malaysia

The Dragon adalah roller coaster paling panjang di Legoland Johor. Korang akan di bawa berpusing-pusing di udara melalui Castle dan model-model Lego di Lego Kingdom. Get ready untuk buka mata dan senyum lebar di pusingan terakhir sebab ada kamera akan ambik gambar korang hehehe. [wp-svg-icons icon=”camera-3″ wrap=”i”]

Legoland Johor Malaysia

Sesuai untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas dengan ketinggian minima 100 cm. Mesti ditemani remaja/dewasa.

Takut nak naik The Dragon? Boleh cuba naik Dragons Apprentice iaitu roller coaster yang lebih rendah dan pendek sahaja track dia. Sesuai untuk kanak-kanak lebih kecil dari 4 tahun ke atas dan orang dewasa yang gayat nak naik The Dragon tu!

Legoland Johor Malaysia

The Forestmen’s Hideout ada playground yang dilengkapi dengan treetop climbs, slides dan cabaran-cabaran melalui hutan imaginasi.

Legoland Johor Malaysia

King’s Market adalah kedai cenderamata untuk beli belah barangan diraja seperti pakaian dan aksesori putera dan puteri.

Legoland Johor Malaysia

Lapar? Boleh singgah di Castle’s Fried Chicken untuk makan ayam goreng istimewa dan ayam pop corn.

Legoland Johor Malaysia

Tak kenyang lagi? Di King’s Grill ni ada pilihan makanan seperti sosej, ayam, waffles dan ais krim. Harga set combo dewasa RM25 manakalan set Kids Meal RM18)

Legoland Johor Malaysia

6* LEGO TECHNIC

Selepas keluar dari kawasan Lego Kingdom, korang akan masuk pula ke Lego Technic yang terletak di bahagian kiri pintu masuk Legoland Johor.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

  • Technic Twister (outdoor: 4 tahun / 110 cm ke atas + dewasa)
  • Aquazone Wave Racer (outdoor: 6 tahun / 100 cm  ke atas + dewasa — — amaran! boleh basah!)
  • Water Splash
  • Kebab Hut – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Technic Photo
  • Project X (outdoor: 4 tahun / 110 cm ke atas + dewasa)
  • Asian Deli – [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Lego Mindstorms (indoor: 4 tahun ke atas)
  • Lego Academy (indoor: 4 tahun ke atas)
  • Lego Star Wars Mini Land (indoor: 1 tahun ke atas)

Lego Star Wars Mini Land ni satu-satunya Mini Land yang jenis indoor ada air cond. Feel the force, yeah!

Legoland Johor Malaysia

Kat dalam tu ada lebih daripada 2,000 binaan Lego Star Wars dan permandangan menarik dari 6 episod Star Wars. Peminat mati-keras Star Wars jangan lepaskan peluang untuk tengok master Yoda, R2-D2, Darth Vader dan Sith Lord — semuanya dari blok Lego.

Ada 7 bilik pameran yang setiap satunya menonjolkan kisah dari setiap filem Star Wars —  Naboo Royal Palace dari Star Wars Episode I: The Phantom Menace, Geonosis (Episode II: Attack Of The Clones), Kashyyk and Mustafar (Episode III: Revenge Of The Sith), Tatooine (Episode IV: A New Hope), Hoth (Episode V: The Empire Strikes Back), Endor (Episode VI: Return Of The Jedi) dan Christophsis (Star Wars: The Clone Wars animated feature).

Lego Mindstorms adalah workshop @ bengkel kreatif untuk kanak-kanak membina robot dan bangunan daripada Lego yang disediakan.

Legoland Johor Malaysia

Lego Academy ni satu lagi workshop untuk kanak-kanak dalam bilik sejuk berhawa dingin.

Legoland Johor Malaysia

Project X adalah roller coaster dengan ketinggian 18 meter. Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas dengan ketinggian minima 110 cm. Mesti ditemani oleh remaja/dewasa. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas boleh naik bersendirian.

Legoland Johor Malaysia

Aquazone Wave Racer adalah permainan di atas air yang berpusing-pusing umpama satu perlumbaan. Boleh basah baju jika ada bom air meletup jika ditekan oleh orang yang lalu-lalang.

Legoland Johor Malaysia

Technic Twister adalah permainan berpusing yang mana korang boleh kawal sendiri kelajuan pusingan. Sesuai untuk 4 tahun ke atas dengan ketinggian minima 110cm.

Legoland Johor Malaysia

Dahaga? Kering tekak? Singah di Cool Hut untuk beli minuman sejuk dan ais kacang.

Legoland Johor Malaysia

Jika terasa lapar boleh makan di Asian Deli yang menjual nasi lemak, asam laksa, nasi kari ayam dan kepak ayam panggang.

Legoland Johor Malaysia

7* NINJAGO WORLD (bermula November 2016)

Ninjago World adalah tarikan terbaru di Legoland Johor dan dibuka kepada umum bermula 1 November 2016. Antara perkara menarik di Ninjago World ialah:

  • Lego Ninjago The Ride (indoor: 4 tahun ke atas)
  • Zane’s Temple Build
  • Wu’s Warehouse

Aku tak pasti lokasi sebenar Ninjago World dalam Legoland Malaysia ni. Sebab dalam peta Legoland belum ada lagi.

Lego Ninjago The Ride adalah permainan 4 D dimana korang boleh kawal 4 elemen bumi iaitu api, tanah, kilat dan ais untuk mengalahkan Great Devourer. Selepas berjaya korang akan diiktiraf sebagai ninja!

Legoland Johor Malaysia

Zane’s Temple Build pula adalah tempat untuk membina model Ninjago atas arahan Zane, the Ninja of Ice.

Legoland Johor Malaysia

Wu’s Warehouse adalah kedai menjual barangan cendermata Lego Ninjago.

Legoland Johor Malaysia

8* MINI LAND

Mini Land ni berada di tengah Legoland Johor. Kat sini ada pelbagai model bangunan mercu tanda Malaysia dan juga mercu tanda beberapa negara Asia yang dibina menggunakan Lego.

  • Johor Bahru
  • Purah Tanah Lot, Indonesia
  • Brunei
  • Angkor Wat, Cambodia
  • The Forbidden City & Great Wall, China
  • Johor Majestic Palace
  • KLIA
  • Kuala Lumpur
  • Patuxai, Laos
  • Karaweik Hall, Myanmar
  • Bolinao, Philippines
  • Pirates, Strait of Malacca
  • Port Tanjung Pelepas
  • Putrajaya
  • Singapore
  • Taj Mahal, India
  • Wat Arun, Thailand
  • Hoi An, Vietnam

Purah Tanah Lot, Indonesia adalah sebuah kuil yang dibina di pantai Bali, Indonesia. Kuil ini hanya boleh dikunjungi semasa air surut. Kuil ini akan bertukar menjadi sebuah pulau yang cantik semasa air pasang.

Legoland Johor Malaysia

Brunei di Mini Land memaparkan masjid diraja yang terletak di Bandar Seri Begawan. Kubah masjid ini disaluti dengan emas tulen!

Legoland Johor Malaysia

Angkor Wat, Cambodia adalahUNESCO World Heritage site. Kuil yang dibina oleh Raja Suryavarnam II semasa kurun ke 12 adalah struktur kuil terbesar di dunia.

Legoland Johor Malaysia

The Forbidden City & Great Wall, China adalah sebuah UNESCO World Heritage Site dan disenaraikan sebagai koleksi terbesar struktur daripada kayu di dunia!  The Forbidden City adalah istana diraja China dari dinasti Ming hingga Qing. Dipamerkan juga Tembok Besar China yang merupakan satu-satunya binaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa.

Legoland Johor Malaysia

Johor Majestic Palace adalah binaan Lego Istana Bukit Serene iaitu istana rasmi Sultan Johor. Istana Bukit Serene dibina dalam tahun 1933 dan siap pada tahun 1039.

Legoland Johor Malaysia

KLIA di Mini Land Legoland Johor —  memaparkan binaan Lego Kuala Lumpur International Airport yang mengendalikan lebih 35 juta penumpang setiap tahun. KLIA mempunyai 2 runways berukuran 4,000 m setiap satu yang mampu menguruskan 120 penerbangan setiap jam.

Legoland Johor Malaysia

Kuala Lumpur di Mini Land memaparkan bangunan moden Petronas Twin Towers dan mercu tanda zaman British seperti Bangunan Sultan Abdul Samad.

Legoland Johor Malaysia

Patuxai, Laos di bina antara tahun 1957 – 1968 yang menonjolkan 5 menara berlatarkan rekabentuk tradisional Laos.

Legoland Johor Malaysia

Karaweik Hall, Myanmar adalah bangunan yang diilhamkan dari makhluk mistik bernama Karaweik dan kapal pengangkut zaman silam. Karaweik Hall terletak di tasik Kandawgyi, Yangon, Myanmar.

Legoland Johor Malaysia

Bolinao, Philippines adalah bandar perikanan di timur kepulaun Luzon, Filipina.

Legoland Johor Malaysia

Pirates, Strait of Malacca memaparkan kehidupan di zaman lanun berleluasa di Selat Melaka.

Legoland Johor Malaysia

Port Tanjung Pelepas adalah terminal kontena paling canggih di Malaysia yang terletak di muara sungai Pulai, Johor.

Legoland Johor Malaysia

Putrajaya adalah pusat pentadbiran Malaysia dan sebahagian daripada projek Multimedia Super Corridor kerajaan Malaysia.

Legoland Johor Malaysia

Singapore juga dikenali sebagai Lion City adalah sebuah negara yang mempunyai banyak tarikan pelancong seperti Marina Bay Sands, the Esplanade, Gardens by the Bay and Merlion.

Legoland Johor Malaysia

Taj Mahal, India adalah UNESCO World Heritage Site. Istana ini dibian oleh maharaja Mughal bernama Shah Jahan untuk isterinya. Batu marmar pada bangunan Taj Mahal ini akan berkilauan pelbagai warna yang cantik sepanjang hari.

Legoland Johor Malaysia

Wat Arun, Thailand terletak di sungai Chao Phraya River, Bangkok. Ia adalah kuil Budha tercantik di Bangkok.

Legoland Johor Malaysia

Hoi An, Vietnam adalah pusat perdagangan utama Asia Tenggara semasa kurun ke 16-17. Kini Hoi An adalah UNESCO World Heritage Site yang popular di Vietnam.

Legoland Johor Malaysia

4 Comments

  • T.Kasih Puan,
    Review yang agak detail dan terbaik..Saya simpan untuk rujukan ya. ????????????

  • Assalamulaikum kak.Nak tanya, setiap ride and game tu kena byr ke atau dh include dlm enrtry tix?And satu lagi mknn/air mineral boleh bwk masuk tak? Harap dpt jwp dgn segera abb Rabu ni dah nak pergi ??. Nak prepare bajet??. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *