Lawan Taekwondo | Kejohanan Taekwondo (WTF) Sirkit Koryo Junior & Senior Antara Negeri Ke 9 2018 (3rd Leg) – Selangor

Bismillah. Cikros di sini.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Antara Negeri Ke 9 2018 (2nd Leg) diadakan bulan Ogos 2018 di Batu Pahat, Johor. Tapi aku tak hantar anak aku masuk pun. Sebab jauh nak travel. Suami tak berapa sihat. Budget pun tak berapa nak ada. Huhu.

Memang rasa rugi Izzah tak masuk lawan. Tapi it’s ok lah. Sebab aku rasa Izzah belum betul-betul bersedia nak lawan dalam kejohanan sirkit senior. Peserta semua power dan ganas. Izzah tu belum sampai tahap tu. Wahaha!

Kot nanti kalah teruk mau Izzah tu kena taruk dengan omak pulak. Banyak kos tau nak masuk lawan ni.  Kalau kalah tanpa berjuang habis-habisan, sure buang masa, tenaga dan duit aku je hantar masuk lawan jauh-jauh.

So, aku bagi Izzah masa untuk kumpul keberanian dia. Selain hantar Izzah dan Irfan ke extra training class untuk competition, aku juga saiko Izzah kaw-kaw. Kalau nak masuk lawan mesti lawan bersungguh-sungguh. Menang or kalah belakang kira. Janji masa lawan do your best.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Izzah @ Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo 3rd Leg 2018

Aku cakap dengan Izzah tak ada guna belajar taekwondo sampai black belt kalau masa lawan takut-takut, lari mengelak sampai keluar gelanggang, tak fight back dan yang paling aku angin, menangis masa berlawan!

Kalau dia buat macam tu, aku tak kan hantar dia belajar taekwondo lagi. Segala uniform dan sparring gear dia aku akan jual!

So you must ATTACK & FIGHT. Jika menang it’s a big bonus. Jika kalah pun aku tak marah. Sebab ianya kalah yang bermaruah. Kalah selepas berjuang habis-habisan sangat berbeza daripada menyerah kalah tanpa berjuang.

Penat tau aku membebel sampai terpercik sana sini air liur omak ni hah. Harap anak aku faham lah. Hehe!

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Antara Negeri Ke 9 2018

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Junior & Senior Antara Negeri Ke 9, 2018 (3rd Leg) di adakan pada 16 September 2018. Bertempat di Dewan Sukan Klang, Sri Andalas Klang, Selangor.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Sebab dekat so aku hantar lah both Izzah dan Irfan join kejohanan. Aku nak tengok tahap keberanian anak aku.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Ini adalah tournament @ kejohanan taekwondo pertama untuk Irfan. So, aku tak expect apa-apa. Just nak tengok samada dia ni berani untuk fight atau tidak. Hehe!

Izzah pulak, ini adalah kali kejohanan junior tahunan kali ke 3 yang dia masuk. Sebelum ni dia lawan ala kadar je . Macam blur-blur pun ada. Masa training pun Izzah masih lagi tak all out masa berlawan. Omak is geram jugak.

So this time aku nak tengok samada Izzah faham dan take action tak apa yang aku cakap pada dia. Aku hanya nak tengok dia berani menyerang dan berlawan dengan bersungguh-sungguh. Be a fighter!

Irfan Menang Pingat Gangsa!

Irfan masuk kategori bawah 6 tahun. Bout number dia B: 8B, 12R, 17B.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Maksudnya, Irfan akan berlawan di ring B dan ada 3 pusingan. Bout pertama ialah nombor 8 dan perlu pakai vest warna biru (B=blue, R=red).

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Nasib baik lah giliran Irfan berlawan ni awal. So aku boleh setel uruskan Irfan dulu. Kakak dia 1st bout no 35.

First bout, Irfan menang 6 : 3.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
First bout: Irfan (blue)

Aku bangga dengan Irfan sebab dia BERANI.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
First bout: Irfan (blue)

Irfan dapat score kick point 3 x 2 = 6. Manakalan lawan dia hanya dapat points bila Irfan kena warning 3 kali sebab terjatuh / menarik baju lawan. So it’s a good fight.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
First bout: Irfan (blue)

Second bout, Irfan kalah 2 : 9.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Second bout: Irfan (red)

Aku tetap bangga dengan Irfan sebab dia FIGHT habis-habisan. Tak henti-henti dia menyepak.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Second bout: Irfan (red)

Tapi Irfan banyak buat kesilapan. Banyak kali sepak tak kena walaupun lawan dia rendah daripada dia. Then banyak kali menarik baju lawan / terjatuh so mata di beri pada pihak lawan.

Tak menang tak apa. Janji anak aku tu ada keberanian. Sekarang hanya perlu tingkatkan skill side kick dia tu. Good fight Irfan!

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Irfan menang pingat gangsa

So Irfan dapat tempat ke 3 dan menang pingat gangsa dalam Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Junior Ke 9, 2018 (3rd Leg) ini.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Seronok pulak dia dapat medal. Next time nak masuk lawan lagi tu. Hehe!

Izzah Menang Pingat Emas!

Izzah masuk kategori 9-11 tahun (Bantam). Bout number dia E: 35B, 44R, 55B.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Maksudnya, Izzah akan berlawan di ring E dan ada 3 pusingan. Bout pertama ialah nombor 35 dan perlu pakai vest warna biru (B=blue, R=red).

Aku ni sebenarnya ni tak harap pun anak aku menang dapat emas. Aku nak dia tunjuk kesungguhan dia dalam sukan taekwondo. Jadi berani. Serang. Jangan takut. Be a fighter. Skill ni semua sangat berguna in real life.

Actually Izzah ni ada kelebihan sebab dia kurus, tinggi dan kaki panjang. In terms of skill pun dia ok. Sepak kena sasaran dan ada power.

Cuma dia kurang berani untuk attack and fight back. Tournament sebelum ni dia kalah pun sebab dia tak ada keberanian.

First bout, Izzah menang 28 : 3.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
First bout: Izzah (blue)

Wahhhhhhhh! Tak sangka anak aku dah berubah menjadi fighter! Omak super duper teruja!!

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
First bout: Izzah (blue) – ganas weh!

Aku sangat bangga dengan Izzah sebab kali ini dia berlawan dengan bersungguh-sungguh. Most of the time, dia yang serang dulu.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
First bout: Izzah (blue)

Izzah terus menyerang bertubi-tubi hingga lawan dia tak dapat score kick point pun. Power sungguh anak aku.

3 markah diberi kepada opponent tu pun sebab Izzah kena warning atas kesilapan menarik baju lawan. Time tolak menolak tu biasa lah tertarik baju. Hehe!

Second bout, Izzah menang 23 : 4.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Second bout: Izzah (red)

Omak is super duper proud!

Anak aku menunjukkan perubahan yang sangat baik dalam kejohanan kali ini. Teruja aku tengok kaki anak aku yang panjang tu menyepak lawan bertubi-tubi.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Second bout: Izzah (red)

Gagah dia mengasak lawan hingga lawan tak mampu membalas serangan dia.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Second bout: Izzah (red)

Actually opponent hanya berjaya dapat kick point satu kali sahaja so dapat 2 points. Lagi 2 points dia dapat sebab Izzah kena warning buat kesilapan menarik baju.

Izzah berjaya masuk ke final. So kena tunggu lagi untuk next bout.

Final bout, Izzah menang besar 35 : 4!!

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Final bout: Izzah (blue)

Aku rasa macam tak percaya anak aku boleh menang emas!

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Final bout: Izzah (blue)

Masa final tu, opponent tu rendah so Izzah ada kelebihan sebab dia tinggi dan kaki panjang.

Since Izzah dah ada keberanian so bila kaki panjang + kick power + keberanian menyerang bertubi-tubi, so opponent memang tak dapat nak score kick point.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Final bout: Izzah (blue) – kaki opponent tak sampai

Actually, opponent dia tu pun sangat berani. Tapi sebab kaki pendek so bila sepak memang tak sampai @ tak kena pada Izzah.

So opponent hanya dapat markah sebab Izzah kena warning 4 kali sebab menolak lawan hingga terjatuh / menarik baju lawan.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Final bout: Izzah (blue) – menang pingat emas

Akhirnya Izzah dah dapat kunci untuk menang kejohanan taekwondo. Keberanian. Memang susah nak dapat kecuali dari dalam diri sendiri. Syukur alhamdulillah.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Izzah menang pingat emas!

Aku harap Izzah akan teruskan keberanian ini dalam kejohanan-kejohanan yang seterusnya.

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Macam ni lah baru omak rasa berbaloi berpenat-lelah dan berhabis wang / tenaga hantar anak pergi belajar taekwondo. Be a fighter!

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo
Sesi gigit medal bersama coach sir Rizman.. Dina tu medal pinjam je hehe!

Nota: Menang pingat emas tu satu bonus sebab Izzah akan dapat lebih banyak markah ko-ko. Of coz aku akan bagi special reward. Hehe!

Kejohananan Taekwondo Sirkit Koryo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *