Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Izzah masuk Taekwondo Competition untuk newbie lagi sekali.Nak masuk yang pro punya memang tak layak lah. Sebab dah lama tak pergi training kat gym. Hehe!
Tahun lepas Izzah masuk Kejohanan Taekwondo (WTF) Koryo Antara Sekolah-Sekolah Selangor 2016. Izzah dapat pinggat gangsa.
Kejohanan Taekwondo tahun 2017 pula diadakan pada 16 September 2017. Tempat yang sama juga iaitu Stadium Panasonic Shah Alam.
Selepas Subuh kami satu famili ke sana. Kali ni pengurusan pertandingan sangat bagus dan lebih sistematik. Tak kelam-kabut macam tahun lepas.
Nombor bout pun dah siap printed dan diberi pada peserta. Tahun lepas kena tulis nombor bout dekat lengan.
Aku paling suka Kejohanan Taekwondo (WTF) Koryo Antara Sekolah-Sekolah Selangor 2017 tahun ni sebab TAK BUAT sekali dengan Kejohanan Circuit. Memang patut macam ni.
Tahun lepas buat sekali sampai kelam-kabut dan tak cukup kaki tangan nak handle peserta. Ring pun kena bahagi dengan yang newbie dan pro. So lambat giler nak habis. Izzah tahun lepas dekat pukul 7 malam baru habis!!
Tapi ada yang tak best jugak. Sebab Kejohanan ni sepatutnya untuk newbie yang tak terer atau bukan peserta circuit. Tapi aku tengok ramai budak circuit pun masuk. Aisehhhh!
Memang confirm budak circuit menang lah. Mereka kan dah memang power dan tiap-tiap minggu berlatih.
Izzah first round dah kalah tipis 10-12. So dapat pingat saguhati beserta sijil. Tahniah kakak!! Sebab berani berlawan.
Nasib baik turn Izzah awal sikit tahun ni. Habis lawan sebelum lunch hour so tak lah kami anak beranak tersadai kat stadium tu sampai ke petang. Ada hikmah kalah tu sebab kalau menang sure sampai ke malam la menunggu. Hehe!
Aku tak dapat ambik gambar atau video Izzah masa berlawan dengan jelas. Sebab ring Izzah kat tengah. Parents tak boleh pergi dekat. Huhu!