Bismillah. Aloe!
Sebelum bulan puasa, cikgu Taekwondo Izzah, sir Rizman Kelab Taekwondo Koryo Klang ada bagi borang tournament. Khas untuk newbie. Yang rasa2 nak cuba try test masuk lawan taekwondo [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”].
Kejohanan Taekwondo (WTF) Koryo Antara Sekolah-Sekolah Selangor 2016 tu memang khas untuk peserta yang baru nak cuba2 test power berlawan taekwondo. Peserta berpengalaman tak dibenarkan sama sekali.
Sebab yang terer berlawan ada tournament asing iaitu Koryo Taekwondo National Circuit. Kiranya circuit player ni hebat2 dan ganas2 belaka. Masak lah kalau first time lawan mereka ni. Sure KO terus!
Actually sir Rizman ada buat kelas khas untuk latih pelajar2 berlawan taekwondo. Setiap malam hari Selasa di gym dia kat Klang Central. Hanya pelajar terpilih saja yang boleh join kelas ni. Priority diberi kepada yang berbadan tinggi.
Izzah dulu aku pernah hantar ke gym taekwondo ni. Tapi terpaksa stop sementara bila aku sarat pregnant. Sampai sekarang tak hantar2 sebab tak ada siapa nak hantar & jemput dia malam2 tu. Aku pulak sekarang ada baby kecik memang mencabar sangat nak drive malam2.
Aku daftarkan Izzah dalam tournament tu untuk dedahkan dia dengan acara sparring. Menang kalah belakang kira. Pengalaman tu penting.
Aku dulu pun bukannya sekali masuk lawan taekwondo terus menang. Berkali2 aku masuk sejak tali pinggang kuning hingga dapat black belt.
Babahnya lagi semangat. Siap beli kick bag gantung kat dalam rumah.
Masak le Izzah kena berlatih sepak hari2. Pastu kena lawan sparring dengan aku pulak tu… ekekee [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Kejohanan Taekwondo (WTF) Koryo Antara Sekolah-Sekolah Selangor 2016
Kejohanan taekwondo di dibuat kat Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Stadium Panasonic Shah Alam) pada 30 Julai 2016.
Subuh lagi anak2 aku dah kena bangun. Pukul 7.30 pagi dah kena ada kat stadium. Jalan pulak sesak. Parking pulak tak ada.
Terpaksa husband dropped kami 4 beranak kat luar gate. Aku dengan menggendong Irdina dan menggalas 3 beg (termasuk beg sparring equipment) berjalan terkedek2 naik tangga ke tingkat atas. Stamina mak dah out la ekekee. [wp-svg-icons icon=”windy-3″ wrap=”i”]
Kena lapor diri pada team Koryo Klang dulu. Kemudian dapat nombor bout @ no giliran perlawanan.
Izzah kategori 8 tahun — Bantam (berat 19-21 kg). Ada 3 pusingan. Nombor giliran Izzah yang ke 102!!!
Perghhhhhhh. Gila lama nak kena tunggu. Confirm petang baru sampai giliran Izzah ni. Pengsan aku nak menunggu.
Kerusi dah penuh. Terpaksa aku anak beranak duduk atas lantai. Bayangkan dari pagi sampai pukul 6 petang aku melepak kat stadium tu. Dah la panas. Kipas ada kat area tempat duduk je. Area belakang tu membahang panas dia.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Panas2 pun anak aku Irdina dan Irfan boleh tidur dengan nyenyak juga ekekeke. [wp-svg-icons icon=”cool” wrap=”i”]
Aku dengar ramai mak2 newbie yang membebel pasal anak terpaksa menunggu lama. Ye lah. Dari subuh hari sampai ke petang. Tak jugak lawan. Ada yang give up terus balik.
Ada sorang mak ni siap cakap kat anak dia — lawan santai2 dah la.. kalah pun mak tak kisah.. boleh balik awal!
Aku sengih je. Tak biasa masuk tournament taekwondo kot. Next time sure tobat tak bagi anak masuk lawan taekwondo.
Izzah tu lagi lah. Tak larat nak duduk dah. Selamba baring atas lantai depan ring tu. Aku pun tak larat nak larang dah.
First bout Izzah lawan dengan budak sama tinggi. Tapi budak tu yellow belt.
Siap terduduk budak tu dikerjakan Izzah. So… Izzah menang 7 – 4.
Second bout Izzah lawan dengan budak yang rendah tapi dah red belt sama dengan Izzah. Actually Izzah ada advantage ketinggian kat sini.
Tapi budak tu pun terer lawan. So… Izzah kalah 10 – 13.
Dapat pingat gangsa pun kira okei dah tu untuk first tournament.
Aku: Kakak nak masuk lagi ke lawan taekwondo?
Izzah: Nakkkkkkkkkkkkkk.
Dah ketagih la tewwwwwwwwwwww. Macam aku dulu..ekekeke. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]