Lawan Taekwondo | Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae Antara Negeri Ke 8 2017

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Izzah masuk Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae Antara Negeri pada 29 November 2017. Gigih kami anak beranak bangun pagi untuk ke Dewan Datok Ahmad Razali, Ampang. Takut jem! Hehe!

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Nasib baik jalan clear tak jem sangat. Maybe sebab kami keluar awal.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Izzah mewakili Koryo Klang masuk Poomsae kategori 9-11 tahun untuk buat Taegeuk 9. Ada 6 orang yang bertanding dalam kategori ni.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Taegeuk 9 ni taegeuk advance tau. Aku pun tak pernah belajar Taegeuk 9. Sebab Taegeuk 9 ni untuk orang 1st Dan / 1st Poom naik ke 2nd Dan / 2nd Poom.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Aku dulu berhenti belajar Taekwondo setakat Taegeuk 8 je. Kira Izzah lagi advance dari aku. Hehe!

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Kejohanan Poomsae dimulakan dengan peserta black belt yang mempersembahkan Poomsae Koryo dan Keumgang. Poomsae ni kira super duper advance dah ni. Perghhh!

Kemudian acara diteruskan dengan peserta dari Taegeuk 1 hingga Taegeuk 9. Tak semua taegeuk ada. Aku rasa dia macam ambik taegeuk nombor ganjil sahaja dalam kejohanan ni.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Jenuh jugak nak menunggu Taegeuk 1 – 7 habis. Acara Izzah bermula pukul 12 noon. Masa tu perut aku tengah kelaparan. Dina pulak tertidur di pangkuan aku.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Nasib baik sebelum bermula Dina dah bangun. Sempat lah aku pergi tengok Izzah perform Poomsae.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Izzah tak menang pingat pun sebab Poomsae Izzah ni tak power sangat. Markah pun dapat 5.20 / 10. Pemenang kategori Izzah ialah peserta dari Koryo Klang juga dengan markah 6.84!

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Budak tu Poomsae dia memang power dan aku rasa dia memang sebab kaki dia boleh sepak tinggi @ split samada front kick atau side kick. So Poomsae dia nampak cantik.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Poomsae

Tak menang tak apa. Pengalaman tu penting sebab ini first kejohanan Poomsae yang Izzah masuk.

Taekwondo Poomsae

Tu pun sebab sir Rizman suruh masuk. Kalau tak memang tak ada nya nak masuk lawan. Hehe!

Taekwondo Poomsae

Sijil Izzah dapat selepas habis acara dan disampaikan oleh Sir Syed.

Kelab Taekwondo Koryo

Kelab Taekwondo Koryo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *