Lawan Taekwondo | Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Antara Negeri Ke 9 2018 (1st Leg) – Selangor

Bismillah. Cikros di sini.

Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Antara Negeri Ke 9 (1st Leg) 2018 telah berlangsung pada 1 May 2018, di Dewan SMK Agama Maahad  Hamidiah, Kajang, Selangor.

Tournament sirkit ni boleh kata acara kejohanan Kelab Taekwondo Koryo yang besar sebab dibuat beberapa leg di negeri yang berbeza.

Izzah first time masuk kejohanan sirkit acara Kyorugi (sparring) ni. Biasa masuk tournament untuk newbie je. Kali ni aku bagi masuk sirkit yang pesertanya semua hebat dan berpengalaman. Haha!

Kalah menang belakang kira. Yang penting dapat sijil dan pengalaman.

Kelab Taekwondo Koryo

Actually aku bagi masuk sebab nak tengok tahap keberanian Izzah dalam acara sparring ni. Lagi pun lokasi tournament dalam Selangor so boleh lah cuba kan.

Kawan Izzah masa Taska Fantasia Alam dulu pun ada juga. Ida ni dulu rendah je berbanding Izzah. Sekarang dah lebih tinggi dan lagi sado dari Izzah. Hehe!

Kelab Taekwondo Koryo

Memang ramai peserta Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo Antara Negeri Ke 9 (1st Leg) 2018. Hebat-hebat belaka!

Tapi aku rasa lokasi kejohanan Taekwondo ni tak berapa sesuai. Sebab dewan yang digunakan sangat kecik dan sempit.

Kelab Taekwondo Koryo
Dewan kat belakang tu. Parents & peserta kena berpanas kat luar! Nasib tak hujan.

Macam ngam-ngam muat 3 rings. Pastu tak banyak penonton yang boleh masuk pada masa yang sama. Nak tengok dari luar pun tak nampak sebab dinding batu.

Aku langsung tak dapat nak ambik gambar Izzah masa dia berlawan. Bersesak-sesak aku nak pergi ke ring Izzah. Dapat tengok dari celah-celah badan orang je. Huhu!

So macam mana Izzah menang ke kalah? Of coz lah kalah. Sebab lawan dia sepak bertubi-tubi langsung tak bagi chance Izzah menyerang balas. Wahaha!

Aku perhati budak-budak sirkit ni memang macam tu gaya berlawan dia. Serang dan sepak bertubi-tubi. Sure dapat points banyak lah.

Tak macam orang dewasa sparring yang kena timing waktu menyerang untuk simpan stamina. Sebab boleh pancit teruk kalau lawan gaya budak-budak sirkit tu. Hehe!

Kelab Taekwondo Koryo
Kumpul sijil untuk markah ko-ko. Hehe!

Ada blessing in disguise lah tak menang. Sebab boleh balik awal. Aku rasa dah nak pengsan kepanasan duduk kat luar dewan tu. Panas terik. Anak-anak pun dah tak keruan.

Suami aku pun memang dah sakit kepala hingga terpaksa tidur dalam kereta. Blood pressure naik agaknya.

Next leg aku rasa buat kat Johor. Tak sure lah nak join ke tidak tournament yang buat kat negeri lain ni. Sebab bila jauh tu melibatkan banyak kos (minyak, tol, hotel, makan dan minum). Budget tak berapa nak ada. Huhu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *