Ha..ah.. topik cloth diaper ni me rasa macam sama je lah dengan topik breastfeeding. Ada pro and cons. Ada penyokong fanatik dan ada penentang tegar.
Kalau breastfeeding, yang fully breastfeed ada sesetengah rasa bangga *dan riak* sebab diaorang dapat breasfeed anak sampai at least 2 years. Ada tu sampai mengutuk dan menghentam orang yang bagi anak susu formula.
Sebab dia bagi anak susu badan maka hanya anak dia layak dipanggil anak manusia. Hanya anak dia yang cerdik sebab dapat pure DHA. Anak orang yang minum susu formula dipanggil anak lembu dan dianggap kurang cerdik..hoh! Kalau minum susu soya, anak pokok soya!
Gila riak!! Tak ingat yang dia dapat fully breastfeed tu sebab rezeki dari Allah. Dibuatnya Allah tarik balik, mana nak letak muka? Susu lembu juga sebagai ganti. So, jangan bangga sangat sampai buat orang lain sakit hati. Doa orang yang disakiti hatinya senang makbul.
Tak tau lah kot ada orang yang sanggup merosakkan perut anak dengan bagi solid food sebelum masanya semata ego tak mau bagi formula.
Ehh… pehal me membebel pasal breastfeeding nih. Oh.. sebenarnya nak story pasal cloth diaper.
Actually, sama juga kalau yang fully cloth diapering ni. Jangan terlampau over bangga sebab fully CD anak. Jangan mengutuk dan menghentam orang yang tak mahu cloth diapering anak dia.
Samada cloth diapering atau breastfeeding, semuanya bergantung kepada kemampuan, rezeki yang Allah bagi dan pilihan masing-masing.
Kalau breastfeeding, anak dapat antibodi direct dari ibu, jimat tak payah beli susu formula yang mahal, tak payah bawak thermos air panas bagai, tak payah bancuh, tak payah basuh dan nyahkuman botol susu, tak payah risau susu tercemar bahan kimia dan sebagainya. Tapi selalu kita dengar yang baik je dari pro-breastfeeding nih.
Mana kita tau, ntah-ntah orang yang fully breasfeeding ni pun kadang-kadang mengeluh juga. Sebab dia tak menikmati apa orang yang bagi susu formula kat anak dapat. Macam anak tidak melekat to breast all the time, boleh tidur lena sepanjang malam, tak sakit pinggang, breast tak berubah bentuk, tidak sakit sebab breast engorge, tidak berpotensi kena breast infection like mastitis, tidak payah bawak breastpump ke ofis, tak payah pump untuk buat stok susu, tak payah risau kalau kena outstation dan sebagainya lah.
Memang itu semua cabaran to fully breastfeed a baby. Tapi memang tipu lah kalau yang fully breastfeed ni tak pernah mengeluh…kan..kan..kan.
Ada ke fully breastfeeding mom for anak 1-2 tahun yang boleh tidur lena (tak payah bangun dah) dari time anak masuk tidur pukul 8 malam sampai 6 pagi esoknya.. ehem.
Okeh.. I better stop membebel pasal breastfeeding. Sorry lah kalau ada yang terasa. It’s true what…ha..ha..ha
Let me go back to cloth diaper.
Memang lah cloth diaper ni bagus. Kulit anak yang sensitif tak terdedah kepada kimia dioxin yang merbahaya tu. Dan menjimatkan dalam jangka masa panjang. Good for environment also.
Tapi me harap orang yang fully CD anak ni pun tak riak la ye. Sebab kalau fully CD pun ada cons juga – kena basuh cloth diaper, kena jaga cloth diaper supaya tak rosak *sabun kena yang sesuai*, kena pre-wash, kena strip washing, kena angkut wet bag of soiled CDs, kena train orang gaji/baby sitter dan macam-macam lah juga.
So, like I said earlier. Semua tu choices masing-masing. Ikut kemampuan dan rezeki dari Allah. Jangan kutuk-kutuk orang okeh!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Saya setuju, yg penting sedarhana, yg fully bfeed tu, jgn la kutuk org yg bagi formula, masa pregnant dulu si ibu tak minum susu lembu langsung ke?
yg fully CD tu, mcm la mencuci tak mencemarkan air langsung.
Apa pun…tak baik riak sgt.
.-= lvynana´s last blog post..Emmett at 6m2w =-.
Ivyana, tu la.. ada sesetengah tu cakap ikut sedap mulut.. bangga sangat.. kalau ye pun nak bagi kesedaran supaya orang lain BF tu kena la pandai saiko.. bukan hentam-hentam
Apa apa cara pun kita bagi yang terbaik untuk anak kan ?
Tak kisah Bf ke tak pakai cd ke tak ….They know what is the best fot their children.
Mana mana pun ok dengan objective masing masing 🙂
.-= tifa´s last blog post..Recycle =-.
tifa, itulah.. nak mendidik pun kena caranya dan kena ingat.. itu pilihan masing-masing.. kalaupun ada orang tu dah tahu the goodness of BF or CD tapi dia still taknak.. itu HAK dia.. tak payah use bad words.. ahaks
utk saya, saya buat yg termampu..breastfeed setakat yg mampu yakni campur2..skrg dah pencen..tp CD ni mcm tak dpt seru lagi…hehehe..tapi insya-Allah rasa nak jugak cuba..
.-= ida.z´s last blog post..Lagi-lagi Gastric.. =-.
ida, a ah.. ikut rezeki
setiap org ada sb2 tsdnri knpa nak fully bfeed atau pun cd…but for me, kalo dah berusha tp tak bjaya lain citer drpd mls nak berusha lgsg esp utk bfeed…yang tu memang tak acceptable for me..
qay, up to them to decide la kan.. we’re not in their shoes
hm…true,nk breastfeed tu bkn perkara yg mudah..me pn sdg alami mslh besar skrg ni..lg 1,jgnla bongkak…semua tu rezeki dr Allah..
msa sara umur 8bln dulu ada gak berCD..tapi skrg ni tak berCD dh..ongkosnya enggak ada.huhu…insyaallah klu ada rezeki lebih,next baby bolehla plan nk berCD plak. 🙂
lin, ya betul.. bcoz it’s a tough challenge tu some yang berjaya sampai jadi bongkak…hu..hu
betul tu pasal CD.. kos mula bukan murah.. so kalau ada rezeki dan kemahuan.. boleh lah cuba.. nobody can paksa or kondem because you don’t want to do it
ada ke penentang tegar BF/CD? tak pernah jumpa lak. apa pun, mmg tak baik kutuk2 org. setuju dgn kata2 kak ros..kalau duk riak sgt..nnt Allah tarik balik rezeki tu..haa..baru tau apa rasanya akibat kutuk2 org
.-= Nadiah Sidek´s last blog post..Safiyyah dan tertidur; tak dapat dipisahkan =-.
nadiah, ader..he..he
whatever tickle your fancy kan? buat pe kondem2 org.
tokleh nak kata apa sgt, mmg once a person is a mom, studies have shown most of them ada aje that over protective felling. nak the best for the child..then terbawak2 melarat2 berkulat2. its positive for the kid, but mom tend to turn into…”momster” towards others.
Miya is on complementary BF, no longer exclusive BF after Miya start of solid food. I syukur that i masih leh BF miya, but i’m not going to go bonkers kalo kena stop BF. tak kisah janji dia dpt the best or pernah dpt the best… tak dpt the best, still ada 2nd best…janji kita fulfill tanggungjawab kita kan?
i dpt the best jugak in health wise…also save $$$..less send on milk, more spend on other stuff for anak 😀
been a while i nak convert to fully cloth diapering…tp i have to confess…dlm part ni i selfish & i hate doing the laundy… 😕
tp ada rasa bersalah coz menyusahkan “mother earth”. so now dgn penuh semangat & harapan kurangkan usage disposable diaper by cepat2 potty train. try most of the time pakai washable training undies. 😀
mama miya, agreed! i pun dah start potty train izzah but dijangka ambik masa juga nak berjaya so still stick to CD part-time..ha..ha
tue la, sume tue choice masing2, tak bleh paksa diri tuk sama ngn org lain. sometimes, breastfeeding/cloth diapering/baby wearing ni cm dh trend lak.
bler org ber-breastfeeding/cloth diapering/baby wearing, kite folo sbb nak sama ngn org lain.
cam me nak ber-cloth diapering sbb mjimatkan, eventho i’m not the hard core one; kat rumah je ber-CD.. huhuhuh
huda, i also not hard core mah…ha..ha.
waaa…ni entry emo ni..saper buat u naik angin ni..meh citer kat me saper yang riak sangat tu…me ni pun fully BF ngan CD gak..marah kat me ka?
betul…kalu kita passionate tang sesuatu tu…boleh promote or tarik hati orang tapi buat cara haluslah jangan sampai orang sakit hati…kan,kan,kan?
.-= Hanz´s last blog post..Whose going to win these great prizes? =-.
Betul betul betul… Kalau nak encourage org biar kena cara… xyah kutuk2 smpi org sakit hati kan… promote baik2… org tau BF and CD tu bagus n byk kebaikan xperlu nak condem org yg xmampu beri semua tu kat anak dia… kan kan kan…
.-= AdD´s last blog post..SAGUHATI LAGI…. YEAH YEAH YEAH… =-.
hanz, mana ader marah kat u.. muah..ha..ha! ada la some people tu buat hati orang tergores.
adD. betul! kalau dah saiko baik-baik dia still tak mahu so let it be la..jangan condemn mondem.. kita bukan in her shoes… siapa kita nak kata tak boleh pulak.
thanks soooo much for this entry kak ros….honestly i never thought of using CD, and bf my khaleef & kahfi pun only for less than 6 mths… i know how great is susu ibu, and d many advantages of using CD, so bila baca psl mak2 yg bole bf anak smpai 2thn, rasa mcm kita ni xcomplete & didnt do as well as moms…….
but rasenye entry kak ros ni d first yg i read that really speaks for us yg xguna CD, and xdpt bf anak smpai 2thn….thanks again! rasa terharu plak!
.-= syigim´s last blog post..Children’s Book Giveaway by Little Red Reading Nook =-.
setuju… setuju… sy pun kalau boleh nak fullbf baby… tp mcm yg k.ros kata rezeki tu dr Allah… dah bukan rezeki Ebby nak dpt susu dr badan sy… so xkan nak biar anak kebulur xminum susu sbb semata2 nak bf walaupun susu mmg xde… tp sy bersyukur jugak sbb at least Ebby dpt juga bf walaupun xsmpi 1minggu…
pasal CD plak… mmg dah try bg Ebby pakai ms dia umur 6-7 bulan dulu, tp xfully use lah… coz agak susah guna CD kalau nak kuar or travel.. lepas Ebby dah dpt kaki dia dah xnak pki… nmpk dia mcm xselesa dan asyik lah tergaru2… kesian kt dia so sy stop je guna… nak buat camne kan… ada 5helai CD yg xberguna dah kt umah tu… sapa nak beli kat sy boleh contact… tp rs syg jugak nak jual sbnrnya.. sbb cd tu comel ada design kartoon…
Semua perkara ada pro and con nyer… and as parent we want the best for our kids, so xyah nak pertikaikan apa org lain buat utk anak dia.. thats their choice…
Kutuk2 xbaik tau… semua bergantung pada rezeki yg Allah bg…
.-= AdD´s last blog post..SAGUHATI LAGI…. YEAH YEAH YEAH… =-.
syiqim, so far orang yang tak BF or tak CD anak memang selalu kena hentam lah..menyampah tau *sakit hati* ha..ha
i pun BF izzah 6 bulan je.. tu pun campur sebab susu memang tak keluar.. even dah buat macam-macam.
AdD, izzah ni pun bukan fully CD pun.. masa weekend dan cuti je masa awal-awal dulu.. pastu masa dia baru berjalan stop sekejap sebab dia macam tak suka asik tarik suruh bukak.. bukan sebab panas tu sebab CD kan tebal sikit dari dispos..
so budak yang baru dapat kaki tak suka.. sebab susah nak bangun, nak lari.. nak jalan.. maklumlah.. baru nak explore dunia..he..he
sebulan dua lepas tu, baru i test pakaikan dia balik.. ok pun dah.. takde tarik2 lagi.. suka lagi ada.. sebab dah tere bangun duduk lari semua.. hal kecik dah…ahaks.
tapi setill pakai malam, weekend dan cuti aje.. siang weekday atau pegi jalan-jalan dispo juga
Salam.. Terpulang pada masing2.. Dalam hal BF n CD ni (evendo saya fully BF n 90% fully CD) saya seboleh mgkin taknak hentam org… huhu… Masing2 tahu kan..
Mmg ada yg sampai riak n sanggup hentam org/ pandang hina ibu lain yg tak dapat BF anak… Jgn sampai susu kita yg mengalir dlm tubuh anak kita dicemari unsur ‘tidak baik’ ini… Yg penting apapun yg kita buat (BF/ CD) kena ikhlas…
Yup, mmg ada yg dah cuba sedaya mungkin utk BF tapi tak berjaya jugak nak buat mcmana? Semua org tahu susu ibu adalah yg terbaik tapi FM adalah alternatif… Jgn sampai taknak bg FM bg air masak lak kat baby.. huhu…
Pasal cloth diapering pun adalah satu pilihan… Semua ibu mahukan yg terbaik, tetapi ada masanya kita takde pilihan/ byk kekangan (tepaksa jugak guna dispo)… Kita yg lebih tahu kemampuan kita n apa yg terbaik utk kita, family kita n anak2 kita… kan kak ros? (panjang lak komen.. hihi)
.-= nuzula´s last blog post..Makluman =-.
nuzula, betul betul! ada i dengar ada orang sebab ego nak BF tapi satu masa tu susu cuma keluar setitik, sanggup dia bagi makan solid kat anak dia yang 2-3 bulan *belum masanya, perut baby belum ready*.. sebab she thinks FM is so disgusting gitu.
tu 2 -3 bulan kak ros bg solid food.. Yg I penah dgr, still dlm pantang dh bg kak ros.. sbb susu badan tak kuar (awal2 biasa la susah sikit kan), dia bg kentang yg dipenyek2 tuh.. Bila I tanye, mak dia yg tlg jwb.. “Ala dulu makcik bg mkn kat anak2 makcik mase kecik semua ok je..sihat2 blake”.. I just diam tak kate ape.. but then, kesiannye baby tu.. 😥
jue, hoh? tak terkata eh..he..he
ni lagi satu, percanggahan pendapat antara modern mum yang muda2 ni dengan mak yang otai.. yang otai dulu mana ada knowledge pasal BF ke, solid feeding ke etc
susah gak camtu kan
cakap kat orang yang riak tu..
ye.. saya bagi anak susu formula yang mahal.. tak guna CD sebab saya memang suka membazir pakai disposable diapers.. so what??? ada aku mintak duit kat kauuu???
hehehehhe
“peace no war” jugak 😉
marah betul ni…
.-= AdD´s last blog post..SAGUHATI LAGI…. YEAH YEAH YEAH… =-.
hanie.. muah..ha..ha! ganazs nye…ahaks
salam kak ros,
aduii..awat entry berbaur emo mcm ni pulak. saya pulak yg terasa tau (sbb ada mention ‘saya still full BF’ kat entry chicken pox baru ni). saya just bgtau kalo kena chicken pox tu, kesian kat anak, sbb sblm ni pernah try nak ‘campur2’ dgn susu formula..tapi dia xmau minum.
saya rasa saya ni tak delah fanatik sgt pasal BF ni..saya sokong org yg BF tp saya tak delah kutuk sape2 xtak BF sbb saya sedar..semua tu rezeki dari Allah..dan semestinyer semua ibu2 di dunia ni mahu yg terbaik utk anak masing2..(dah penat2 mengandung..dah sakit2 dah time bersalin..surelah kita syg anak kita kan) ..pasal berCD pun sama.. semua tu pilihan ikut keselesaan masing2.
sedihnyer..risau diri dipersalahkan dan menjadi penyebab entry ‘panas’ ni..
.-= ibuarifa´s last blog post..@ Hadiah dari Cupcake Children’s Boutique =-.
ibuarifa, o tidak.. bukan point to u or your comment ya.. jgn salah faham okie.. *peace no war* ahaks
emo sikit kali ni sebab selama ni sabar je bila baca bloggers/forumers yang write kondem FM ni tapi nobody yang write to defend back…ha..ha..ha
asik kena je mana boleh…muah..ha..ha
so jangan sedey-sedey orait
Alhamdulillah, I still fully bf my son till now, 15 months old.. It is not easy to fully bf, Alhamdulillah Allah give me a chance to do so. Sepanjg I fully bf, dh berapa kali I kene mastitis and even breast abscess sampai kene buat minor surgery. Ade ek yg bangga and kutuk org yg tak dpt fully bf? I dun know others, but for me, sape2 yg tanye I pasal breastfeeding, mane yg I I bley tolong I tolong.. And, Alhamdulillah most of my frens manage to fully bf with my help and experience. Semua org nak bg yg terbaik utk anak.. So tak payahla nk bangga and riak kan.. I even cry mase doctor asked me to give my son FM sbb mcm dh memudaratkn diri I..but then, I still kuatkn semangat and doa semoga Allah mudahkn semuanya..
And, for CD.. I’m not fully cloth diapering my son.. Selang seli jugak ngan disposables.. I know I can fully CD-ing my son, but then maybe bcoz sometimes I penat sgt or maybe I can say malas..hahaha.. So I didn’t manage to do so.. But then I mmg salute org yg dpt fully CD and BF their baby.. super mom bebeh..
jue, tu la kan.. bukan senang BF ni kan.. bagus you still can BF despite all the dugaan
Wah… lama tak menjengah.. kak ros, ni macam entry emo je… Hehehhe sabar kak ros.. sabar… 🙂 Walaupun nini still BF Khayra dan alhamdulillah, sampai skrg, tp untuk condem orang tu idakla..kalau ada yang tak sedar tu, harap dimaafkan.. 🙂
Memang in reality, bf ni bukannya senang pun.. macam-macam kene buat and sacrifice.. macam nini, masalah susu kurang la.. dulu penah kene bengkak la.. rasa macam semua tu nini pernah tulis kat blog.. 🙂 nini tak pernah nak salahkan mummy tu kalau diorang tak boleh nk BF anak diorang, apa yang nini buat cuma untuk encourage ibu-ibu untuk sedar je.. idokla sampai nak mengutuk yang bagi FM ni… Lagipun, masalah masing-masing, kita mana tau…
Pasal CD tu lak, pernah guna sesekejap la dengan Khayra… tp sbb kami banyak travel.. agak susah la kot… 🙂 nobody is perfect kan?
.-= UmmiKhayra´s last blog post..~ The Moment I Adore ~ =-.
nini, ahaks.. emo nemo sikit.. sekali sekala…muah..ha..ha
betul tu.. no body perfect u see
wahh..panjang betul komen..penat baca..
hehe, mommy and daddy sumer, sumer tahu pasal yang terbaik untuk anak masing-masing..lagipun, buat a per nak compare dgnanak org lain kan?
ala..org2 yang riyak tu, maybe dia terlebih bangga sebab dia berjaya mengharungi susah payah BF anak dai, so, agak riyak disitu..hehe
hard core Cd-ing? hmm..tak pernah pulak jumpa org yg kutuk org lain tk pakai CD utk anak diorang..
saya pun fully Bf, and 90% CD..hehe..sopan santun ku masih ada…hehe
.-= hanis´s last blog post..FREE GIFT ! FREE GIFT ! =-.
hanis, yg CD maybe belum tahap fanatik cam BF.. tapi kalau tak diremind sah mesti ada yang bangga..ha..ha
Salamssss seme…
Heee.. cenggitu pon ada. me myself mang tak BF my kids pon. Aidid dulu dapat la 2 bulan BF before kering air nenen ni ha. Mya ni lak 2 minggu jer.. hahah.. pehtu kering dah. Tu pun dedua menum susu pam jer.. coz mang susu takmo kuar ha. So pam je la nak kasik kuar gak sbb tanak anak kunin.
Pastu sampai la ni dedua FM je.. yang tak bes nye FM seme nak yg mahal2 pulak tu huhhuhu.. susu murah seme tak leh tahan. high mentenen tul anak2 aku ney.
Ni me myself baru berjinak2 ngan CD… kenapa pkai CD? sebab kurang utama nya coz enviromentally concern.. but sebab utamanya sebab tantik2 la CD ney.. akekeke.. m addicted to CD ler la ni. dah la colourful, yg bercorak2 tu pon jelites gituss.. macam bonda lak yg nak pkai. pasni leh la try cloth pad laks kan.
Apa orang lain nak kata? Like i care! kwang kwang kwang… peace no war.
maya, salam salam… a ah.. high maintenance la kan anak kita nih pulak…ahaks.. cam izzah minum enfagrow tu..harga dah naik from RM80+ ke RM90 setin 1.5 kg tu… susu murahan tak mau.. tekak high taste la katakan…ha..ha
CD tu memang boleh rambang mata mak-mak semua ni..he..he memang jelites semuanya.. i dah stop tengok CD online shop semua ni *takut terbeli lagi…ha..ha*
cloth pad tu.. i dah lama pakai since 2 years ago..bagus for benda alah kat bawah tu.. no chemical contact lagi…
Ya Allah ya Rabbi…tersangatlah sukanya teman membaca tulisan nih..sangat2 adil n sangat2 mengubat hari yg lara..dan sebenarnya adil nih datang dari Tuhan..mmg semua dijadikannya ada pasangan..ibaratnya : ada besi, karat pasangannya..hihi..wallahualam
Salaam… tumpang lalu ye…
well said (written)! sama la yg yan fikir. Tak ade ibu bapa yg nak benda yg buruk kat anak. Allah yg bagi rezeki kat kita untuk buat semua ni kan.
Anak Yan yg first tu setahun je bf, yg second tu 1 thn 10 bln… masa yg first, tak reti lagi. Susu pun kurang. Yga second tu bersungguh sket. Nama pun rezeki… lain anak lain rezekinya. CD ni lagi la… ongkos kurang…or malas je lebih..heheh.. terpulang le masing2..