AAM | Lady Driver Patut Jadi Member AAM

AAM – apa itu? Kalau korang ni lady drivers I strongly suggest jadik member AAM ni – Automobile Association of Malaysia.

aam

Banyak kelebihan kalau jadi member AAM – bergantung pada jenis membership jugak. Kalau tengok dekat website AAM ada banyak jenis membership.

I dah jadi member AAM ni since I beli my very first car *Kancil* in 2000. So, dah 10 tahun..he..he

Dulu cuma ada 2 jenis AAM membership – Basic & Ordinary. Sekarang ni ada  Basic, Corporate, A1 Team Card, AAM Plusmiles, AAM A1 Team Malaysia Unicard dan yang paling best ada special membership untuk ladies iaitu Elite Femme Card.

Membership I jenis Basic je tapi untuk annual fee yang cuma RM75.. I dapat these benefits.

  • 24-Hour Breakdown Assistance
  • Free towing and minor on-the-spot repair service in the Free Breakdown Zones
  • Outside Breakdown Zone claim is up to RM 200.00 one (1) time per year.
  • Free battery delivery service
  • AAM motor insurance (Autopal)
  • Vehice Inspection and Valuation Service
  • Car Care & Defensive Driving Courses
  • Technical Advice On Motor Vehicles
  • Lube Service At Selected AAM Centres
  • Third Party Accident Claims

Yang paling penting untuk lady driver ni *terutama yang suka memandu sana sini..he..he* ialah 24 hour breakdown assistance itu. Kalau kereta rosak call je line AAM dan dengan segera mereka akan datang tolong.

I tulis ni bukan dibayar oleh AAM pun. Tapi nak kongsi dengan semua pasal kebaikan AAM ni.

Bukan apa.. dah 10 years with AAM ni tapi sebab kereta tak pernah rosak so tak pernah la nak call AAM..he..he

Semalam masa nak pergi kerja, kereta rosak – tak boleh start sebab bateri sudah kong. Masa tu pukul 7.30 pagi, mana ada bengkel kereta bukak pun lagi. Nasib baik teringat ada AAM ni.

aam 1

Terus call talian hayat 1300 dia.. mintak datang rumah tolong check kereta. Zasss… AAM datang dalam 30 minit la kot sebab rumah I ni kawasan kampung jalan berliku gitu.

aam 2

Kawasan rumah I ni bukan mekanik AAM je boleh sesat, orang hantar kurier pun tak tahu jalan..he..he *sempat lah breakfast makan roti canai*

aam 3

Mekanik jump-start the battery memang confirm dah kong kong itu bateri. Terus tukar baru on the spot.

Yang kena bayar cuma harga bateri baru je.. servis mekanik semua free lor. Nasib baik la jadik member AAM. Kalau tak nak kena cari bengkel sendiri la….

Terima kasih AAM!

14 Comments

  • “Mekanik jump-start the battery memang confirm dah kong kong itu bateri. Terus tukar baru on the spot.Yang kena bayar cuma harga bateri baru je.. servis mekanik semua free lor” – AAM ada jual bateri ke kak ros? Kalau ada, lagi murah ke bateri AAM jual?

  • betul tu, roadside assistant is a must for us! tak rugilah join. better dr kita terpinga-pinga tepi jalan time kereta kong. tak tau nak mintak tolong sapa, skali org yg tak diundang pulak dtg “tolong”. kalau ada membership roadside asst ni, terus call & tunggu dia while dok diam2 dlm kereta berkunci. 😉

  • tapi kan akak, bukan ke hampir semua insurans kereta dah ada auto assist?

    sila delete kalau tak approriate…

  • tapi kan akak, bukan ke hampir semua insurans kereta dah ada auto assist?

    sila delete kalau tak approriate…

  • Bagusla AAM. Pernah tayar kereta pecah sebab termasuk jalan berlubang masa balik Pantai Timur. Dalam pukul 3 pagi macam tu, kol tanya AAM, mereka bagi instruction satu persatu langsung tak merungut, macam dari mana nak sambung besi pemutar tuk release tayar spare, tukar tayar, check elok tak, hingga dapat drive semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *