Bismillah. Cikros di sini.
Apa ye cara melabel botol susu perahan EBM (expressed breast milk) yang betul dan mudah? Aku sendiri kurang pasti. Sehinggalah aku jumpa label botol susu yang comel dan berwarna-warni dari Baby Koala ni.
Kalau dulu time aku buat stok EBM sudah ada label botol Baby Koala ni dijual, sure aku dah beli dan guna untuk melabel milk storage bags dan storage bottles anak-anak aku.
Aku menyusu badan anak-anak aku yang seramai 3 orang ni:
- Izzah – sehingga 6 bulan
- Irfan – sehingga 4 tahun 3 bulan (yeah… lama sungguh haha!)
- Irdina – masih lagi menyusu badan (now dah umur 3 tahun)
Masa Irfan dulu tu aku full time working mom. So setiap hari bekerja memang kena pam susu at least 3 kali sehari kat office. Buat stok sebab Irfan fully breastfeeding.
Masa tu aku main tulis je nama dan tarikh dengan marker pen direct pada storage bags. Tapi kalau botol EBM aku tulis pada masking tape baru tampal di botol susu. Sebab kalau tulis terus pada botol sure botol tu lama-lama jadi comot.
Ada yang cakap tak elok tulis guna marker pen direct pada plastik milk storage bags tu. Sebab risiko dakwat permanent marker tu meresap masuk dalam susu. So lagi selamat tulis pada masking tape dan tampal. Nak tanggal pun mudah.
Some mommies tampal sticker pada botol susu EBM. Tapi cara ni aku rasa tak best sebab lepas kena air nanti susah nak tanggalkan gam sticker yang melekat pada botol. Hodoh dan comot botol susu tu jadinya. Stress lah omak tu.
Label Botol Baby Koala Memudahkan Penyimpanan Susu Ibu
Sekarang ni mommies tak payah susah-susah tampal masking tape atau sticker untuk melabel botol susu EBM. Memperkenalkan Label Botol Susu dari Baby Koala!
Baby Koala ini merupakan sebuah jenama baby di Malaysia yang telah melancarkan produk genius iaitu Baby Bottle Labels untuk menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah. Ini bertepatan dengan tagline mereka iaitu “Menjadikan kehidupan anak-anak lebih mudah”.
Aku rasa label botol Baby Koala ini memang sangat genius dan sangat membantu memudahkan kerja mommies melabel botol susu perahan (EBM). Malah label botol susu Baby Koala ini juga boleh digunakan untuk:
- melabel bekas makanan kecil
- melabel botol minuman / sippy cup
- melabel botol susu formula yang siap dibancuh
- melabel mainan pun boleh!
Produk ni actually memberi manfaat kepada semua peringkat umur. Juga sesuai untuk penjagaan harian, tadika, sekolah, semasa bersukan dan juga di pejabat.
So mommies yang bekerja tu boleh juga guna label botol Baby Koala ni untuk melabel bekas minuman di pejabat. Best kan!
Memang sangat memudahkan mommies untuk melabelkan botol simpanan susu, susu formula untuk mengenalpasti botol bayi, sippy cup dan botol air terutamanya di pusat penjagaan anak, tadika dan sekolah.
Label Botol Boleh Tulis, Basuh Dan Tulis Semula!
Aku paling suka label botol susu Baby Koala ni sebab ianya reusable. Boleh tulis nama, tarikh dan jenis isian pada label. Next time nak guna label botol Baby Koala ini boleh dicuci / padam untuk ditulis maklumat yang baru.
Syok sangat sebab aktiviti melabel botol susu anak menjadi sangat mudah. Label botol Baby Koala ni ada pelbagai warna yang menarik so label pada botol susu, botol minuman atau bekas makanan menjadi berwarna-warni. Seronok weh!
Setiap pek mengandungi 4 keping Label Botol Baby Koala dan 1 pen marker.
Keistimewaan Label Botol Baby Koala
- Boleh digunakan dengan mana-mana marker pen kerana ia mudah dipadam dengan air
- Sangat elastik dan fleksibel
- Dihasilkan daripada silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, BPS, PVC dan Phthalate.
- Mesra alam dan tidak beracun
- Mudah dan menjimatkan
- Boleh di sterilizer, dishwasher dan microwave save
- FDA Amerika Syarikat diluluskan
- Comel dan berwarna warni!
Cara Penggunaan Label Botol Baby Koala
- Masukkan label pada botol
- Tulis pada label menggunakan marker pen yang disediakan atau mana-mana permanent marker pen. Tunggu selama beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya.
- Jika memanaskan botol di dalam air, pastikan korang lap label perlahan-lahan supaya tulisan tidak hilang.
- Selepas mencuci label, jika ingin menulis semula dengan serta merta, pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering.
- Untuk menghilangkan tulisan, hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap denga span.
- Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais, pastikan botol simpanan susu diletakkan dalam ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang.
Dapatkan Label Botol Baby Koala sekarang!
Label Botol Baby Koala berharga RM49.90 dan setiap pek mengandungi 4 keping label botol dan 1 pen marker.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Baby Koala. Menjadikan hidup ibu lebih mudah!
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/babykoalaland
Instagram www.instagram.com/babykoalaland
Shopee: https://shopee.com.my/babykoala2018
Platform Membeli-belah Online: Motherhood.com.my
Dealers: Bebehaus, Baby Dots, Babyland SS2