Bismillah. Cikros di sini.
Sebelum puasa lagi kuih kerbau guling atau kuih kuba guling sudah tular di media sosial. Rezeki kerbau tiba-tiba popular jadi viral. Wahaha!
Sekali tengok rupa kuih kuba guling yang berwarna hitam disaluti kelapa parut tu nampak tak menyelerakan langsung. Kuih kaler hitam kan.
Ramai yang geli tengok apa lagi nak makan. Belum cuba lagi dah muntah hijau. Bedooh!
So mana datangnya kuih kuba guling ni? Kuih hitam kuba guling ni berasal dari Thailand dan sangat popular di wilayah sempadan Kelantan dan Thailand especially Rantau Panjang.
Nama asalnya kuih hitam dan juga dikenali sebagai kuih golek nyior. Ntah macam mana tiba-tiba dapat nama kuba guling.
Maybe sebab kuih ni warna hitam macam kaler kulit kerbau dan disaluti kelapa parut. So macam kerbau berguling dalam lumpur lah. Wahaha!
Resepi Kuih Kuba Guling (Kerbau Guling)
Kuih kuba guling ini adalah sejenis kuih manis. Rupanya macam kuih kasui tapi tekturnya lagi lembik dari kuih kasui.
Aku suka makan kuih kuba guling yang disejukkan dalam peti sejuk. Lemak-lemak manis rasanya. Mabeles!
Nak buat kuih kuba guling ni senang sangat. Tapi bahan utama iaitu pewarna hitam daripada abu tempurung kelapa of coz mesti ada. Nak lagi mudah beli sahaja “activated charcoal” yang ada di kedai bakeri.
Since ramai yang geli nak makan kuih hitam kuba guling ni, ada yang tukar letak warna hijau pandan. Derhaka resepi tu!
Bila kuih dah warna selain hitam tak layak lagi dipanggil kuih kuba guling dah weh. Jadi kuih iguana guling kot. Wahaha!
Aku share sini cara buat kuih kuba guling dengan gunakan resepi kuih kuba guling dari Suhaili Mohd Zain.
Bahan-Bahan
- 250gm tepung beras
- 150gm tepung jagung
- 3 sudu besar tepung pulut
- 200gm gula kastor
- 1/2 sudu makan kapur
- 100ml air arang tempurung (atau activated charcoal)
- setengah biji santan. Atau setgh kotak santan kalau pakai santan kotak. Kalau pakai santan fresh, santan tu diperah dan jadikan pekat. Sukatan termasuk dalam 100ml air. Jangan cair plak.
- Kelapa parut dicampur sedikit garam untuk menggulingkan kerbau di dalamnya. Jadilah kuih hitam bersalut kelapa parut.
Arang @ Activated Charcoal BAHAYA MAKAN?
Amboi!! Mentang-mentanglah kuih kuba kuling tak secomel kuih-kuih lain yang berwarna-warni, sedap je korang cakap bahaya makan sebab arang penyebab kanser?
Mai omak nak bagi tau ni. Kuih muih lain yang warna warni tu lagi bahaya tau. Sebab guna pewarna tiruan. Boleh pulak makan tanpa was-was sebab cantik kan.
Actually, air arang tempurung kelapa dalam pembuatan kuih kuba guling ni adalah ACTIVATED CHARCOAL yang selamat dimakan.Tak beri kesan pada kesihatan manusia selagi tidak diambil dalam kuantiti yang banyak.
Activated charcoal TAK SAMA dengan arang (kesan hitam) pada makanan yang dibakar/goreng seperti sate, daging bakar, roti bakar, roti canai dan sebagainya.
Arang pada makanan dibakar dikenali sebaga Polisiklik hidrokarbon (PAH) yang terhasil akibat pembakaran arang/minyak pada suhu tinggi. PAH dilaporkan oleh IARC (International Agency for Cancer Research) sebagai komponen yang meninggikan risiko untuk memperoleh kanser (karsinogen).
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
So say yes kepada activated charcoal dalam kuih kuba guling!!
Activated charcoal ni sudah lama digunakan dalam pembuatan makanan untuk bagi warna hitam pada makanan. Contohnya: burger Korea McD, roti charcoal yang ada di kedai bakeri, aiskrim hitam, kek charcoal dan jugak moon cake (kuih bulan) hitam.
Sesiapa yang pernah kena GASTRIK mesti pernah dapat ubat warna hitam @ ubat charcoal (arang) untuk legakan sakit perut.
So cuba lah try test makan kuin kuba guling tu. Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru lah perghhhh rasa dia. Haha!