Krim & Losyen Homemade | Produk Krim & Losyen Formula Homemade Lebih Selamat Dari Produk Hasil Kilang GMP?

Bismillah. Cikros di sini.

Sejak kebelakangan ni aku tengok makin banyak produk homemade yang dijual di Facebook. Sabun homemade yang rupa sebijik macam makanan (puding / kek) pun banyak. Serius nampak sedap dan rasa terliur meleleh air liur omak ni hah. Wa haha!

Sabun Homemade

Krim dan losyen formula homemade pun bersepah orang buat. Siap claim organik dan lebih selamat daripada produk keluaran kilang. Dibuat dengan penuh kasih sayang kan gittewww.

Biasanya produk homemade seperti sabun, krim dan losyen untuk sapuan kulit ni menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti essential oil, shea butter, beeswax, olive oil, coconut oil, almond oil, madu lebah, herba, rempah dan dried fruits.

Sabun Homemade

Memang semua bahan-bahan tu natural dan bagus untuk kulit. Tapi sure ke selamat bila buat banyak untuk dijual kepada pengguna?

Ye lah. Bancuh sendiri bahan-bahan dan packaging semua buat sendiri. Siap ada small homemade lab kat rumah tu.

So harapnya perkongsian dari puan Eiyma Jalil dari GIM Cosmetic ni membuka minda founder produk homemade ni. Fikir masak-masak sebelum pasarkan produk homemade korang pada orang ramai.

Kelulusan KKM itu sangat penting bukan sahaja kredibiliti produk tetapi yang lebih utama ialah untuk menjaga keselamatan pengguna.

Formula Homemade Lebih Selamat Dari Kilang?

Ada seorang hamba Allah pm saya bertanyakan soalan di bawah:

“Puan, saya ada terbaca iklan online mengatakan pilihla produk yang formulation di hasilkan oleh homemade. Formula homemade lebih selamat dari kilang. “. Bole puan bagi pandangan dan sedikit komen?

Sebenarnya formulation tu tak bersalah. Nak pakai formulation mana2 pun boleh asalkan kita suka kan….Yang menjadi persoalan ialah bila kita pilih formulation homemade, ada beberapa soalan yang kita sebagai customer/pengguna perlu persoalkan:

  1. Production produk kita tu dimana? Di rumah atau akan di bawa ke kilang GMP utk di process? If kilang GMP, customer mempunyai hak untuk tau kilang mana produk mereka diproses.
  2. Kalau di proses di rumah dan boleh dapat KKM no, bagaimana boleh dapat KKM no sedangkan tidak di proses di kilang GMP? Guna ulat token ke?

Sebenarnya formulator yang buat formula homemade ni boleh buat lab mereka sendiri di rumah untuk tujuan menghasilkan sample formulation pada customer. Setiap sample yang dikeluarkan perlu di tampal sticker sample dan perlu ada R&D Reference no.

Sabun Homemade

Katakan customer dah suka dengan sample R&D u, untuk menjalankan production yang bakal ditampal sticker any final brand, ianya dah xbole di lakukan di lab lagi. Walaupun 50pcs. Formulator perlu mencari mana2 kilang GMP yang boleh perform formulation tersebut dengan proses GMP yang betul in order to get KKM no dan boleh dijual dengan selamat. Itu adalah proses yang betul.

Jadi, jangan salahkan formulation. Tapi sebagai customer kita perlu tahu bagaimana proses pembuatan formulation tersebut dan di mana. Supaya bila kita buat marketing, xadalah rasa bersalah tipu pengguna kan.

Mungkin ramai yang tidak tahu yang kilang GMP ni akan di audit oleh pegawai KKM yang sgt tegas setiap tahun.

Macam pengalaman GIM Cosmetic tahun 2017, bila KKM datang audit, tangki air pun auditor KKM panjat dan check air tangki cuci berapa kali dan mesin air RO berfungsi dengan baik tak. Detail maintenance supplier dia check.

Agak2 lah, kalau buat bancuhan kat rumah, ada tak audit check tangki air kat rumah penah cuci ke tak? Erm….itu baru cakap pasal tangki air. Audit kalau datang kilang, memang segala detail mak nenek dia akan check satu2. Habuk syiling, dinding, meja dan perkakasan pun dia rasa satu2.

Memang pening waktu audit tapi bila dipikir balik, kkm buat semua ni untuk melindungi kepentingan pengguna. Nak jual produk yang nak tepek kat muka orang ni beb. Bukan benda main2.

Apakah Ulat Token @ Ulat KKM?

Hari ni saya nak cerita pasal “ulat token @ulat kkm“. Apa benda tu ek? Selalu dengar pasal ulat tiket jew…
.
Sendikit ulat token ni dah lama dah, dan kebelakangan ni semakin berleluasa. Mereka ni offer service apply kan KKM no untuk produk customer walaupun customer tak buat produk di kilang berstatus GMP.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Bagus lah senang customer nak dapat NOT no kan? Bunyi macam bagus, tapi hakikatnya memang akan makan diri sendiri. Sebabnya:

  1. NOT no bagi sesuatu produk hanya boleh di apply oleh kilang yang berstatus GMP sahaja kerana apabila nak apply dalam system KKM nanti, kita wajib memilih dari list kilang GMP dalam system KKM tu nama kilang GMP mana yang kita buat produk kita. Kalau tak pilih nama kilang, memang tak akan dapat no NOT KKM. Persoalan saya di sini ialah, ulat KKM ni guna nama kilang mana ek? U all tau?
  2. Sekiranya anda tidak tahu kilang mana yang ulat KKM ni guna semasa daftarkan produk anda di dalam system KKM, sekiranya ulat KKM ni daftar atas kilang yg penah ada rekod buruk seperti produk dari kilang ni selalunya isi merkuri dan barang2 yg di larang. Agak2 nya, apa reputasi produk anda? Buat marketing bagitau kilang muslim, halal, kilang GMP, xada merkuri tapi…..(sila isi tempat kosong sendiri)
  3. Formulation produk di bancuh di rumah yang tidak mengikut peraturan GMP yang telah ditetapkan oleh KKM, lepas tu pergi apply NOT guna ulat KKM. U all tau tak, bila dapat nombor NOT KKM ni, automatic customer set kat otak diaorang yang produk ni dikeluarkan oleh kilang berstatus GMP, tapi realitinya bancuh kat umah je. Sian customer kena tipu lagi….
  4. U all tau tak, untuk setup kilang yang berstatus GMP ni, min modal paling busuk pun RM800k. Macam2 syarat KKM letakkan in order nak pastikan bancuhan formulation tu tak dijangkiti kuman. Sebelum filling botol kena UV dulu buang kuman botol, semua bekas bancuhan wajib guna stainless steel yang ada kualiti dia, bukan stainless steel kedai mamak je dik. Sabun pencuci untuk semua bekas ni pun kena pakai sabun khas yg diluluskan KKM je, bukan pakai axion je dik, setiap bulan maintenance lipas tikus dan binatang2 lain wajib buat dan macam2 lagi la. Agak2 kalau bancuh kat umah, malam2 lipas lalu kat mangkuk bancuhan yang kita tak nampak, esok guna bekas tu buat bancuhan serum muka. Selamat……

Oklah, kak long dah penat berleter. Sebagai peniaga u all pikirla sendiri masih nak terus menipu pengguna ataupun tidak. Kita diberi pilihan dan pilih lah jalan yang betul untuk kebaikan bersama.

Setiap orang buat silap, asalkan kita mampu mengubah keadaan, insyaallah Allah akan bantu. Berniagalah dengan cara yang betul. Biar untung lambat dan sikit asalkan berkat dan berkekalan biz kita. Mungkin ada segelintir follower kak long kurang minat dengan pendedahan yg kak long buat, tapi benda ni dah lama dan kak long terpanggil untuk berkongsi cerita.

Eiyma Jalil, GIM Cosmetic

Sabun Homemade Terbukti Tercemar Bakteria!

Sharing dari puan Eiyma Jalil dari GIM Cosmetic lagi. Perghhhh!! Sabun homemade yang nampak sedap macam makanan berwarna warni tu rupanya boleh tercemar dengan bakteria!

Alhamdulillah, hari ni saya sangat kagum dengan keputusan yang telah dibuat oleh seorang hamba Allah ini. Selepas membaca semua artikel saya pasal “ulat token” dan proses yang betul di kilang GMP, beliau mengubah fikiran untuk tidak menjual sabun yang dibuatnya sendiri dirumah atas 2 sebab.

  • Pertama isu kebersihan sebab setelah menghantar lab test, kandungan microb atau bacteria sangat tinggi dalam sabun yang dihasilkan.
  • Kedua sebab dia tak nak terjebak dengan penipuan pada pengguna sebab kalau buat home made memang tak dapat KKM. Memang mudah nak dapat KKM melalui ulat token, tapi beliau buat keputusan untuk tidak memulakan bisnes dengan perkara yang tidak baik. Saya sentiasa sokong akak. Dan percaya lah, kalau niat kita betul dari awal, insyaallah Allah akan bantu kita nanti.

Sabun Homemade

Sabun Homemade

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *