Bismillah.
Aku suka makan roti canai cicah kuah dal pekat. Biasanya kalau pergi kedai mamak aku akan order roti canai telur. Sedapnya! Terliur pulak. Haha!
Satu lagi variasi roti canai yang aku suka ialah ROTI CANAI BOM atau lebih dikenali sebagai ROTI BOM.
Apa Beza Roti Canai Dengan Roti Bom?
Roti Bom adalah sejenis roti canai. Cara penyediaan roti bom adalah sama seperti roti canai. Tetapi hasil akhirnya selepas dimasak adalah berbeza.
- Roti Bom tidak perlu ditebar seperti roti canai
- Roti Bom lebih kecil dan tebal berbanding roti canai
- Roti Bom rangup di luar dan lembut di dalam
Adunan roti yang siap dicanai untuk Roti Bom hanya perlu ditekan sedikit sahaja sebelum digoreng. Tak payah tebar dan leperkan macam roti canai. Mudah sahaja nak buat!
Aku jumpa resepi Roti Bom Rangup ini di Facebook. Simpan dulu dalam blog untuk rujukan diri sendiri. Next time nak buat senang.
RESEPI ROTI BOM RANGUP
6 cawan tepung gandum (diayak)
3 sudu besar susu pekat
1 ½ sudu besar gula
3 sudu kecil Garam
2 ½ gelas air suam ( 1 gelas = 250 ml )
Marjerin untuk salut doh semasa perapan
- Larutkan gula , garam & susu pekat dalam segelas air , tuang ke dalam tepung
- Uli tepung sambil tuang air selebihnya sedikit demi sedikit ( bila doh dah ok stop tuang air , takut terlembik )
- Terus uli doh , buat bulat-bulat kecil & salut dengan marjerin
- Perap doh anggaran masa 4 – 6 jam (lagi lama lagi sedap), kemudian boleh mula mencanai
- Masak atas kuali leper @ non stick pan sambil renjis-renjis minyak
Resepi & Gambar Kredit : Emmie Marzianty (MAHN)
RESEPI TELAH DICUBA!
Aku sudah cuba buat Roti Bom dari resepi Roti Bom Rangup di atas pada 28/4/2020. Buat juadah untuk berbuka puasa.
Maklumlah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Bazar Ramadhan tak ada.
Biasanya suami beli Roti Bom Kuah Kacang Dhal dari Pasar Malam atau Bazar Ramadhan. Bulan puasa ini terliur pulak aku nak makan Roti Bom.
Menceceh air liur omak ni hah!
First time aku buat Roti Bom dari Resepi Roti Bom Rangup ini. Sangat sedap!!
Suami dan anak-anak aku makan bertambah-tambah. Suami cakap sebiji sama macam Roti Bom dari Pasar Malam. Siap order lain kali buat lagi banyak-banyak. Boleh buat stok Roti Bom frozen.
Oh ya! Semasa mencanai aku tabur sedikit gula pasir. Rasanya jadi rangup dan lemak manis. Cubalah!
PS1 : Gambar Roti Bom aku tak cantik sangat. Next time buat Roti Bom lagi nanti aku ambil gambar comel-comel.
PS2 : Nanti aku kongsi resepi Kuah Kacang Dhal yang aku sudah cuba.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.