Koleksi Resepi Pulut | Resepi Pulut Sekaya Pandan Kukus – Cara Masak Pulut Sekaya Telur Kelantan

Bismillah.

Sekaya adalah makanan zaman kanak-kanak yang aku sangat suka. Sebab emak aku pasti akan masak sekaya telur semasa bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa.

Kampung aku di Jerteh yang berada dalam Besut iaitu sebuah daerah negeri Terengganu yang bersempadan dengan negeri Kelantan. Jadi kuih sekaya yang emak buat adalah versi sekaya Kelantan.

Pengaruh Kelantan memang kuat di daerah Besut. Kami bukan sahaja menggunakan bahasa Kelantan dalam percakapan harian, malah makanan pun sudah tentu  ala Kelantan.

Kuih sekaya Kelantan yang emak aku buat adalah 100% sekaya telur TANPA pulut.

Tapi pulut sekaya telur pun sedap juga dijadikan pemanis mulut.

Aku ada jumpa beberapa resepi pulut sekaya pandan di FB. Aku simpan dalam blog ini sebagai rujukan diri sendiri. Senang nak cari resepi pulut sekaya pandan ini bila nak masak.

Resepi Pulut Sekaya Telur Pandan Kelantan

RESEPI PULUT SEKAYA TELUR PANDAN KELANTAN

Bahan-Bahan Untuk Lapisam Pulut

½ kilo pulut (rendam selama 1 jam)
1 kotak kecil santan
Garam

Kukus pulut bersama santan smpai masak selama 30 minit

Bahan-Bahan Untuk Lapisan Sekaya

6 – 10 biji telur
6 keping gula merah @ nise
Daun pandan

Masak gula merah bersama sedikit air & daun pandan.. Biarkan sekejap.
Pukul / blender telur bersama cecair gula merah. Kemudian kukus semula selama 30 minit.

Sejukkan pulut sekaya pandan sebelum dipotong.

Resepi & Gambar Kredit : Faizatul Aida‎ (MAHN)

RESEPI TELAH DICUBA!

Aku sudah cuba buat pulut sekaya Kelantan menggunakan resepi Pulut Sekaya Telur Pandan di atas pada 30/4/2020. Hasilnya memang sangat sedap!!

Sedikit tips untuk dapatkan hasil pulut sekaya pandan telur Kelantan yang best:

  • Guna 10 biji telur supaya lapisan sekaya lebih tebal berbanding pulut.
  • Pukul telur dengan TANGAN supaya lapisan sekaya lebih berongga dan cantik
  • Taburkan sedikit gandum pada atas pulut sebelum letak adunan telur supaya ia tidak meresap ke dalam pulut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *