Anak-anak aku suka makan puding. Jadi aku kena lah rajin cari resepi puding untuk dicuba.
Salah satu koleksi resepi puding yang aku temui di FB ialah Resepi Puding Oreo Milo Viral ini. Aku simpan dalam blog ini sebagai rujukan diri sendiri di masa hadapan.
Aku rasa puding oreo milo ini sudah viral sejak tahun lepas. Tapi aku baru ada peluang nak cuba buat puding milo oreo sukatan cawan yang simple ini.
Cara buat puding oreo milo ini sebenarnya ada banyak versi. Tetapi aku suka Resepi Puding Oreo Milo yang di bawah ini.
RESEPI PUDING OREO MILO
Bahan-Bahan Puding Oreo Milo Sukatan Cawan
1 bungkus agar-agar tali 25 gram
6 cawan air
1 ½ cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137 gram
Cara Buat Puding Oreo Milo Simple Mudah
- Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut
- Masukkan gula dan kacau sehingga larut
- Masukkan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati
- Patahkan biskut Oreo dan letak ke dalam acuan
- Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut Oreo dan sejukkan
- Bancuh Milo dengan sedikit air panas
- Panaskan baki agar-agar susu tadi
- Masukkan bancuhan Milo dan kacau sehingga sebati
- Tapis dan tuang adunan Milo secara perlahan-lahan ke atas lapisan putih puding Oreo.
- Sejukkan, potong dan hidang
Resepi & Gambar Kredit : Fauziah Yahya (BIKMM)
RESEPI TELAH DICUBA!
Aku telah cuba buat Puding Oreo Milo ini sebanyak dua kali!! Sedap sangat hingga anak-anak minta buatkan lagi.
Kali pertama aku cuba Resepi Puding Oreo Milo menggunakan biskut Oreo Chocolate Creme tanpa buang krim biskut. Serius super sedap!!
Kali kedua aku buat Puding Oreo Milo menggunakan biskut Oreo Original tanpa buang krim biskut. Sedap juga tapi tidak sesedap Puding Oreo Milo yang guna biskut Oreo Chocolate Creme.
Tips Puding Oreo Milo Viral Simple Yang Sedap
- Jika tidak suka krim pada biskut Oreo Original boleh buang krim dahulu sebelum patahkan biskut Oreo.
- Basahkan acuan dengan sedikit air supaya Puding Oreo Milo mudah dikeluarkan
- Letak acuan Puding Oreo Milo di dalam bekas berisi air sejuk / ais supaya cepat sejuk
- Anda boleh cuba buat Puding Oreo Milo dengan pelbagai jenis biskut Oreo iaitu Oreo Original, Oreo Chocolate Creme, Oreo Double Stuff, Oreo Peanut Butter & Chocolate, Oreo Dark & White Chocolate dan Oreo Golden. Pasti rasa Puding Oreo Milo yang terhasil sangat berbeza kesedapannya.