Koleksi Resepi Puding | Resepi Puding Karamel Tanpa Telur – Cara Buat Puding Karamel Tanpa Kukus Simple, Mudah & Sedap

Puding karamel adalah sejenis pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai.

Aku suka rasa puding karamel yang lembut berlemak disaluti rasa pahit manis gula hangus (karamel). Sangat lazat terutama apabila dimakan selepas disejukkan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan puding karamel juga mudah didapati. Ada puding karamel menggunakan telur dan ada juga puding karamel tanpa telur.

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Mudah Simple Sedap

Cara buat puding karamel yang sedap juga ada pelbagai cara iaitu masak di atas dapur gas, kukus atau bakar dalam oven dengan kaedah water bath (bain marie).

Aku simpan sini Resepi Puding Karamel Tanpa Telur yang aku sudah cuba. Next time nak buat puding karamel boleh rujuk semula sini.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan Karamel (Saiz Loyang 7 inci)

2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan air

Cara Masak Karamel

Masukkan air dan gula pasir dalam loyang. Masak atas api sederhana sehingga gula cair keperangan.

Bahan-Bahan Puding Karamel

1 paket serbuk agar-agar (10gm) / agar-agar tali (20gm atau 25gm)
4 cawan air
3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis

Cara Masak Puding Karamel

Satukan semua bahan hingga sebati. Tapiskan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga larut.

Setelah mendidih kuat , tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada karamel tadi. Sejukkan puding karamel tadi di dalam peti sejuk.

Resepi & Gambar Kredit : Norra Kyla (MAHN)

RESEPI TELAH DICUBA!

Aku telah cuba buat puding karamel tanpa telur seperti di atas pada 5/4/2020. Puding karamel yang aku buat ini memang sangat lazat sekali. Sedap… sedap… sedap!

TIPS PUDING KARAMEL YANG SEDAP

Sedikit tips untuk dapatkan hasil puding karamel yang best :

  • Panaskan GULA TANPA AIR jika mahukan karamel yang lebih pekat dan sedap. Aku tak guna air dan tambah sukatan gula jadi 5 sudu.
  • Hiaskan puding karamel dengan buah-buahan seperti hirisan strawberi, kiwi dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *