Bismillah.
Nasi lemak adalah makanan favorite aku sekeluarga. Patut lah badan berlemak-lemak. Haha!
Aku dulu time bekerja, hampir setiap hari akan singgah ke gerai tepi jalan untuk beli nasi lemak pandan untuk breakfast. Aku ni kalau tak makan heavy untuk breakfast memang tak sampai tengahari perut dah pedih berbunyi.
So nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk memang menu wajib sarapan pagi aku time kerja. Baru ada tenaga luar biasa untuk bekerja. Haha!
Ada satu mak cik ni nasi lemak dia memang berlemak habis. Kena pulak dengan sambal paru atau sotong pedas. Tambah pula ayam berempah. Perghhh. Memang terangkat habis. Hehe!
Tapi sejak resigned, aku dah tak makan sangat dah nasi lemak. Kat rumah suka makan mi goreng, kue teow goreng, roti, pancake, waffle atau cokodok. Menu sarapan atas permintaan anak-anak. Omak jadi chef kena lah makan sekali. Huhu!
Jarang aku masak nasi lemak. Sebab nasi lemak aku masak tak sedap. Tak boleh lawan nasi lemak mak cik gerai tepi jalan. Keh keh keh!
Kenapa ye aku masak nasi lemak tak jadi macam nasi lemak gerai tepi jalan? Mesti ada rahsia besar nasi lemak ni! Ya! Memang ada!
Cara Masak Nasi Lemak Pandan Sedap Berlemak
Hari tu aku ada terjumpa satu resepi nasi lemak. Kat situ ada cakap rahsia menyediakan nasi lemak yang sedap berlemak, berderai cantik dan tahan lama.
Bahan-bahan yang digunakan semua sama sahaja. Tapi TIMING MELETAK SANTAN tu yang berbeza!
Nasi TIDAK DIMASAK BERSAMA SANTAN. Santan dimasukkan apabila nasi mendidih hampir kering.
Aku biasa masak nasi terus campur santan. Patutlah tak sedap nasi lemak aku. Tak rasa kat mana lemaknya tu. Wahaha!
Sejak aku masak nasi lemak cara baru ni memang perghhhh sangat nasi lemak aku. Anak-anak dan suami siap bertambah 3 kali! Kena pulak dengan sambal bilis aku yang kaw tu. Hehe!
Resepi Nasi Lemak Pandan Santan Kotak Sedap
Bahan-Bahan Nasi Lemak Pandan
Beras – basuh dan tos
1 helai daun pandan – carik dan simpul
Garam
1 – 2 inci halia – hiris
1 cawan santan pekat (1 kotak)
Cara Masak Nasi Lemak Pandan
- Masak nasi dengan air seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
- Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
- Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung hingga nasi masak. Siap!
Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak
Bahan- Bahan Sambal Ikan Bilis
1 mangkuk ikan bilis – basuh dan tos
3-4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 mangkuk cili kisar
Air asam jawa – 1 sudu kecil pes asam jawa
Garam
3 sudu besar gula – kena ada rasa manis
Sedikit gula Melaka – supaya rasa lemak
Cara Masak Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak
Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.
Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan.
Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Letakkan bawang besar hiris. Siap!
Jika suka boleh masak sedikit ikan bilis dalam air fryer. Memang sedap makan nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis campur pula ikan bilis garing. Perghhh sangat!