Koleksi Resepi Kuih Muih | Resepi Kuih Cucur Sayur Garing Viral – Cara Buat Cucur Sayur Simple Sedap

Bismillah. Cikros di sini.

Aku nak parking resepi dan cara buat kuih Cucur Sayur Viral kat dalam blog aku ni. Senang nak cari balik bila aku tiba-tiba rajin nak buat nanti. Terima kasih tuan resepi yang baik hati share resepi. Semoga murah rezeki.

Nanti bila aku dah cuba buat kuih Cucur Sayur Simple Sedap ni, aku akan update dan letak gambar hasil tangan aku kat sini.

Resepi Cucur Sayur Simple Viral

Bahan-Bahan Cucur Sayur Sedap

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 batang karot di sagat
1 batang kentang di sagat
Sedikit daun sup atau kucai
½ kiub pati ikan bilis atau ikan bilis tumbuk 2 sudu besar
1 biji bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar di hiris halus
1 ¹/² cawan air sejuk atau air biasa pon boleh.
Sedikit garam

Cara Buat Cucur Sayur

Sebatikan semua bahan. Perap 10 minit .lepas perap kacau sekali lagi baru sudukan dalam kuali…goreng hingga garing atau kekuningan dgn api sederhana ya

Selamat mencuba

Kredit Resepi : jj pau mawar via mahn

Koleksi Resepi Mudah & Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *