Koleksi Resepi Kuih Cina | Resepi Kuih Bulan @ Mooncake Mudah – Cara Buat Mooncake Homemade

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku suka makan mooncake. Tapi mooncake ni harga dia agak kebabooom mahal bergantung pada jenis inti. Nasib baik setahun sekali sahaja ada perayaan kuih bulan ni. Hehe!

Selain daripada membeli mooncake, korang boleh buat sendiri mooncake homemade tau. Perkara utama ialah kena ada resepi mooncake yang mudah nak faham dan of coz kena ada acuan mooncake.

Acuan kuih bulan (mooncake mould) ni kalau jenis tradisional dibuat dari kayu. Comel tapi susah juga tu nak membentuk jadi mooncake yang cantik.

Kuih Bulan Halal Mooncake Melayu Muslim Halal Malaysia

Jangan risau. Sebab zaman dah moden so acuan mooncake pun dah moden dan mudah digunakan. Boleh pilih nak design dan bentuk mooncake yang korang suka.

Kuih Bulan Halal Mooncake Melayu Muslim Halal Malaysia

Mooncake biasanya berbentuk bulat sebab bulan kan bulat. Tapi ada juga mooncake berbentuk empat segi. Tak kisah lah tu. Asal rasa tetap rasa mooncake. Hehe!

Take note: Acuan mooncake adalah mengikut berat mooncake iaitu samada 50gm, 75 gm atau 125gm.

Mana nak beli acuan kuih bulan @ mooncake? Acuan mooncake ada dijual online di 11th Street dan Lazada Malaysia.

Aku share sini resepi mooncake untuk aku refer semula jika suatu hari nanti aku rajin nak buat mooncake homemade. Aku suka resepi mooncake ni sebab guna sukatan cawan. Kitchen scale aku dah lama rosak.

Resepi Mooncake @ Kuih Bulan Homemade

Bahan utama nak buat kuih bulan ialah Sugar Syrup / Golden Syrup. Boleh beli kat kedai atau boleh juga buat sendiri jika rajin.

Resepi Sugar Syrup

  • Sedikit gula Maltose (beli kat kedai atau buat sendiri guna 1/2 cawan gula + 3 sudu air + hirisan lemon)
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji hirisan lemon
  • 1/2 sudu makan garam

Cara-cara: Masak dalam periuk hingga adunan pekat. Titis air dalam adunan dan jika adunan tidak merebak maka sugar syrup sudah sempurna kejadiannya. Biarkan sejuk.

Resepi Kulit Mooncake

  • 3/4 cawan sugar syrup / golden syrup
  • 1/3 cawan minyak kacang
  • 1 sudu teh alkaline water / air abu (kedai bakery ada jual)
  • 1 cawan tepung kek / low protein flour
  • Secubit garam

Cara-cara: Campur sugar syrup + minyak kacang + air abu hingga sebati. Masukkan tepung dan garam. Kacau adunan dengan senduk kayu. Bungkus adunan menggunakan wraping plastic dan rehatkan selama 1 jam.

Selepas tu gentel bentuk bulat dan timbang supaya bersesuaian dengan berat acuan mooncake. Pastikan kurang separuh dari berat mooncake sebab nak kena masuk berat inti juga.

Kalau nak kulit mooncake yang tebal boleh lebihkan berat bebola kulit mooncake dan sebaliknya.

Resepi Inti Mooncake

Inti atau filling mooncake adalah mengikut citarasa korang sendiri.

  • salted egg yolks (kuning telur masin) – ambil kuning dan di kukus
  • lotus seed paste
  • red bean paste
  • green tea paste

Nota: Paste mooncake tu boleh dicampur dengan bijirin atau kekacang kegemaran yang sudah disangai seperti sunflower seeds, pumpkin seeds, chia seeds, sesame seeds dan lain-lain. Boleh juga campur buah-buahan kering seperti kurma, apricot, kismis, berries dan sebagainya.

Contoh Timbangan Untuk Acuan 75gm

  • Kulit mooncake 35gm
  • Inti mooncake 40gm

Leperkan adunan kulit mooncake dan letak bebola inti mooncake di atas. Kemudian balut dan gentel menjadi bebola. Masukkan dalam acuan mooncake yang sudah ditabur sedikit tepung dan tekan perlahan untuk membentuk mooncake.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kuih Bulan Halal Mooncake Melayu Muslim Halal Malaysia

Cara Masak Mooncake

Susun mooncake dalam dulang dan spray sedikit air supaya tidak merekah. Bakar pada suhu 180’c selama 15 minit.

Biarkan selama 5 minit kemudian sapu bancuhan telur kuning + 1 sudu susu pada permukaan mooncake.

Bakar semula mooncake pada suhu 180’c selama 20 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara selama 3 hari sebelum boleh dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *