Koleksi Resepi Kacang | Resepi Kuah Kacang Dhal Roti Canai / Roti Bom Jenis Kasar Simple Sukatan Cawan

Bismillah.

Aku suka makan roti canai dengan KUAH KACANG DHAL. Terutama kuah kacang dal yang teksturnya kasar dan pekat. Sedap!

Susah sebenarnya nak jumpa penjual kuah kacang dal yang jual jenis kasar macam itu. Kebanyakan kuah kacang dhal yang aku jumpa dijual ialah jenis halus sebab penjual kisar halus kacang dal.

Biasanya kuah kacang dhal yang dijual di kedai mamak atau pasar malam ada pelbagai campuran sayur seperti ubi kentang, lobak merah, terung dan sebagainya. Sedap juga bila kuah kacang dal campur sayur ini.

Aku jumpa resepi kuah kacang dal simple ini di Facebook. Simpan dulu di blog untuk rujukan diri sendiri. Next time nak buat senang.

Resepi Kuah Kacang Dhal Simple Sedap

Resepi kuah kacang dhal yang ini memang simple dan boleh jadi asas kuah kacang dal sebelum campur lain-lain bahan seperti sayur. Nak makan macam itu sahaja tanpa campuran bahan lain pun sangat sedap.

RESEPI KUAH KACANG DHAL ROTI CANAI

Bahan-bahan Kuah Kacang Dal Simple

1 cawan kacang dhal
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk cili  (letak supaya  warna kuning kunyit lagi menyerlah – tak letak pun tak apa)

2-3 ulas bawang merah* – hiris nipis
2-3 ulas bawang putih* – hiris nipis
1 inci halia* – mayang halus
1sk biji sawi*
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3-4 kuntum bunga cengkih*
1 tangkai daun kari*

Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara Memasak Kuah Kacang Dal Simple

  1. Basuh bersih kacang dhal dan rebus hingga empuk. Masukkan juga serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit garam.
  2. Bila kacang sudah empuk, biarkan seketika. Dalam masa yang sama, tumis bahan tumisan yang bertanda * hingga layu, sedikit kekuningan dan harum.
  3. Lenyek-lenyekkan sikit kacang dhal agar texture kuah kacang dhal ada yang halus dan kasar.
  4. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk kacang dhal tadi dan masak lagi hingga bahan tumis dan kacang dhal tadi bergaul sempurna. Masak dalam lebih kurang 5-10 minit.
  5. Masukkan garam gula secukup rasa. Siap!
  6. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

Resepi & Gambar Kredit : Nik Nazirah (MAHN)

RESEPI TELAH DICUBA!

Aku buat ROTI BOM RANGUP sebagai juadah berbuka puasa pada 28/4/2020. Aku juga telah cuba buat kuah kacang dhal simple menggunakan resepi kuah kacang dhal di atas.

Hasilnya memang sungguh sedap! Anak-anak aku sangat sukakan kuah kacang dal simple ini. Boleh buat lagi next time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *