Koleksi Resepi Crepe | Resepi Durian Crepe 5 Jenis Tepung – Cara Buat Durian Crepe Simple Sedap Step by Step

Saya suka durian crepe. Masa mengandungkan Irfan dulu memang tergila-gila dengan durian crepe ni. Mengidam sakan..heh heh.

Siap order durian crepe dari Cik Min Macaron dari Bentong sana tu. Nasib baik dia ada kedai bergerak. Kalau tak meleleh air liur baby sebab mengidam durian crepe Cik Min tak dapat.

Durian crepe tiba-tiba jadi popular. Sana sini orang jual durian crepe.

Saya pernah beli durian crepe dari siapa ntah dah lupa. Tak sedap. Seciput sangat letak durian. Tak puas makan sebab tak terasa durian.

Suka sangat durian makan je lah durian. Buat apa makan durian crepe kalau dah tahu dalam durian crepe memang seciput durian kannnn.

Memang betul. Durian original memang 100% lagi sedap, puas dan syiokkkk berbanding durian crepe.

Tapi sebab dah ternampak gambar durian crepe ni macam sedap. Kena lah beli rasa…mahal pun mahal lah…ekeekee.

Durian Crepe

Bila rasa sekali…eh.. sedap pulak. Kombinasi fresh cream, durian dan kulit durian crepe tu macam mencair di mulut.

Sedap… sedap….sedap!

Lepas bersalin saya dah lupakan durian crepe. Tapi beberapa hari lepas masa berjalan di Param saya ternampak ada stall menjual durian crepe ni. RM10 untuk 6 biji durian crepe yang kecik!!

So… kalau rajin buat lah sendiri durian crepe ni ye. Mana saya dapat resepi ni pun lupa dah. Masa tu kelam-kabut nak masuk wad terjumpa resepi ni terus copy paste simpan.

Saya parking resepi durian crepe kat posting ni untuk rujukan masa depan.

Tak tau bila rajin nak buat…ekeke keke!

Resepi Durian Crepe 5 Tepung (6-10 biji)

nota: tbsp=table spoon/sudu makan; tsp=teaspoon/sudu teh

Bahan-Bahan Kulit Crepe

  • 3 tsp tepung jagung
  • 2 tsp tepung hong kong/gandum
  • 2 tsp tepung ubi kentang
  • 2 tsp tepung ubi kayu
  • 1 tsp tepung custard
  • 5 tsp gula aising
  • sedikit garam
  • 2 tsp mentega (dicairkan)
  • 125gm air (atau susu segar)
  • 3 biji telur gred A or 4 gred B
  • Sedikit esen vanilla / pandan

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan. Kemudian tapis supaya tidak berketul. Gunakan non-stick pan untuk masak crepe. Bila crepe dan kering terus angkat (tak payah terbalik kan).

Bahan-bahan Filling

  • 100 gm susu segar
  • 1 kuning telur
  • 20 gm gula halus
  • 2 tsp tepung custard

Kacau bahan2 ni dengan cara double boiler hingga pekat.

  • 125 gm non dairy whipping cream (putar kental)

Cara-caranya:

Satukan kedua dua bahan dengan kaedah kaup balik. Campurkan isi durian/jagung krim/mangga dengan nisbah 1:1. Kalau nak lebih rasa durian sebenar 3/4 cream: 1 durian.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Letakkan isi cream di tengah2 crepe (side yang x cantik) dan lipat bentuk bantal.

Tahniah. Dah siap durian crepe!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *