Kisah WAHM | Penapis Air Coway Model Core

Kak Ros ni dah jadi WAHM (Work at Home Mom) sejak bulan March 2015. Memang seronok betul. Tak lagi jadi kuli makan gaji. Tak perlu risau kena tidur cepat sebab kena bangun awal untuk drive ke office. Kalau tidur lambat bangun awal pukul 4.30am tu confirm masa kat office tu jadi zombie..hahaha!

Yang bestnya duduk rumah ni kan…. tak ada lagi sakit jiwa rempuh jem di NKVE dan NPE setiap hari. Heaven rasanya hidup tanpa stress ni.

Syok memang syok. Tapi bila buat bisnes sendiri dari rumah ni kenalah pandai URUS MASA.

Memanglah. Akak ni pulak mom without maid pulak tu. So… kena pandai-pandai la buat kerja rumah (masak, kemas dapur, basuh baju, lipat baju, iron baju dll), ajar Izzah buat homework, ulangkaji dan personal tusyen setiap subjek, jaga dan layan Irfan DAN fokus bisnes sendiri (research, update blog & FB, jaga kedai online dll).

Fuhh. Rasanya buat kerja dari rumah ni lagi banyakkkkkkkkkkkkkkkkk kerja dari kerja makan gaji. Masa ada 24 jam. Tolak masa tidur, masa urus rumah tangga dan layan anak – tinggal berapa jam sangat je pun yang akak boleh betul-betul fokus mengadap laptop. Lama-lama boleh jadi tensen jugak ni hahahah!

Tak boleh jadi ni. Akak kena ada PEMBANTU!!

Pembantu ni bukan orang gaji Indon atau maid okey. Akak memang tak suka ada orang asing duduk dalam rumah. Maid memang tak mau lah. Buat lagi tambah sakit jiwa lagi lah kalau ada maid ni kot. Dah la bayaran mahal.

Pembantu yang akak maksudkan ialah GADGET atau alat yang boleh bantu ringankan beban kerja rumah akak ni..hehhehee.

Penapis Air Coway Core

Salah satu gadget yang akak rasa sangat membantu seorang WAHM macam akak ni ialah Water Filter @ Penapis Air. Rumah akak ni memang dah pasang water filter besar kat luar rumah tu. Tapi still lah kena masak air kan untuk minum.

Penapis Air Coway Core

Akak perlukan penapis air yang bagus boleh terus minum tak perlu masak air lagi dah tu.

Penat tau masak air guna thermos air elektrik dan kemudian kena masuk dalam bekas lain untuk disejukkan. Dalam sehari 3-4 kali kena buat sebab penghuni rumah memang banyak minum air. Tak larat den weh.

PENAPIS AIR COWAY MODEL CORE

Ada banyak model penapis air Coway ni. Ada jenis yang letak atas table (table top). Ada yang jenis besar letak atas lantai (floor standing).

Mula-mula ingat nak ambik yang kecik je. Maklumlah famili akak ni bukannya besar pun. Tapi bila fikir balik baik ambik yang besar terus. Tangki lagi besar kan…hehhehe.

Pulak tu ada model baru penapis air Coway Core ni. Baru lancar bulan Jun 2015.

Penapis Air Coway Core

Akak ambik penapis air Coway Core ni. Pengganti kepada Coway model Metro. Coway Core ni memang sangat sesuai lah untuk rumah yang berkeluarga besar, pantri pejabat atau tempat awam.

Akak suka penapis air Coway Core ni sebab kapasiti simpanan Core adalah besar iaitu  23 liter dengan 3.6L air panas, 4.8L air sejuk dan 15.6L untuk suhu bilik. Sesuai sangatlah untuk penghuni rumah yang banyak minum air macam famili akak ni.

Tangki besar jadi tak risau sangat kalau air paip tak ada. Air Coway kan ada…hahhahaha!

Satu lagi sebab akak pilih penapis air floor standing Coway Core ni sebab dia ada lagi banyak filter daripada yang table top. Ada 5 filter: Plus-Sediment Filter, Pre-Carbon Filter, RO Membrane Filter, Inno Sense Filter dan Ceramic Filter.

Penapis Air Coway Core

Harga beli tunai Coway Core ialah RM4,600 dan sewa beli ialah RM140 sebulan. Akak pilih sewa beli dengan kontrak 2 tahun je sebab kalau beli tunai tu kena top up bayar duit maintenance pulak. Tak kosa la kan. Duit cash yang ada better simpan, beli emas atau guna untuk bisnes.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Penapis Air Coway Core

Kalau korang nak pasang penapis air Coway ni better cari yang kontrak 2 tahun. Kebanyakan agen Coway offer yang 5 tahun kontrak. Akak rasa lama sangat 5 tahun tu. Tapi kalau nak jugak 5 tahun tu ikut suka hati korang la…hehhehe.

Penapis Air Coway CoreSejak ada penapis air Coway Core ni rasa ringan sikit kerja dapur akak ni. Tak payah fikir nak masak air. Tak payah fikir air untuk minum habis. Tak payah tunggu air panas sejuk untuk minum.

Penapis Air Coway Core

Nak air milo panas? Letak milo dan tekan je Coway. Nak air jus sejuk? Letak je jus buah dan tekan  je Coway. Nak air suhu bilik? Tadah cawan tekan je Coway. Heaven beb!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *