Bismillah. Aloe!
Aku rasa la kan. Mesti ramai mak-mak yang tak mandikan anak sebelum hantar ke pengasuh atau taska kan? Betul ke betul.
Isu ni macam kecik je tapi boleh jadi isu besar punya. Boleh jadi gaduh antara pemilik taska dan mak bapak. Isu mandi pagi!
Pengasuh tuduh mak bapak pemalas dan tak sayang anak. Mak bapak tuduh pengasuh makan duit tapi tak nak buat kerja. Dua2 aku setuju ekekee.
Pengalaman aku hantar anak ke taska ni tak lah banyak sangat. Aku ada tiga anak. Hanya Izzah sorang je yang pernah duduk kat taska dari dia baby hingga umur 5 tahun.
Irfan dan Irdina sangat bernasib baik sebab ada rezeki untuk kami jaga sendiri di rumah.
Tapi masa Izzah ni aku dah pernah hantar dia hingga 3 taska tau. Pengalaman berbeza. Ada nightmare jugak hingga terpaksa tukar taska.
Mandi Pagi = Senang Buat Aktiviti
Tak semua taska mewajibkan anak dimandikan di rumah sebelum di hantar ke taska. Taska A dan Taska B yang aku hantar Izzah dulu tak wajib pun kena mandi pagi. Sebab taska tu memang purely tempat jaga budak.
Tapi lain cerita pulak kalau taska jenis playschool dan ada jadual aktiviti @ kelas harian. Mesti ada peraturan kena mandi pagi sebelum datang. Macam Taska C iaitu taska yang paling lama Izzah duduk.
Sure lah kena mandi pagi sebelum ke taska. Bayangkan. Kalau ada 30 budak tak mandi lagi. Pukul 8 starts mandi. Pukul 11 kot baru siap semuanya mandi kat taska.
Habis tu. Bila nak buat aktivitinya? Bila tak buat mak bapak marah la pulak. Kata taska penipu. Bayar mahal-mahal tapi tak ada aktiviti yang dijanjikan. Taska makan duit. Taska bagi janji palsu!
Taska pulak kena tengok jugak situasi. Kalau budak tu hari-hari tak mandi pagi. Hantar lambat pulak tu. Memang wajib mak bapak kena sound lah kan. Senang terminate je terus hahahaha!
Kalau kadang-kadang tak mandi pagi tu. Tak payah lah taska nak bising-bising. Tolong je lah mandikan. Ikhlaskan hati tu boleh?
Aku masa Izzah Taska C memang tak miss mandikan dia setiap pagi. Siap terus pakai uniform. Izzah pun faham kalau nak ke taska kena mandi.
Anak Tak Mandi Pagi = Mak Pemalas
Amboi mulut! Main sedap mulut tok nenek dia je kan. Melabel mak bapak macam-macam. Tak mandikan anak mak bapak pemalas. Tak sayang anak.
Kenapa nak terasa? Buat la tewww? Muahhaaaahaaa!
Sebagai mak memang aku terasa. Sikit je. Tak banyak. Tapi mak tetap nak sentap.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Ada ke patut cakap hanya mak yang hantar anak siap mandi layak bergelar IBU. So yang tak mandikan anak tak layak jadi ibu gitu? Brensek.
Masa taska A dan taska B aku hantar Izzah tak mandi pagi. Aku hanya tukarkan diaper pagi-pagi buta tu. Izzah masa tu umur bawah setahun. Baby lagi.
Kalau aku pemalas aku tak tukar dah diaper anak. Main angkat anak terus masuk kereta hantar taska.
Hambek ko dengan diaper penuh tahi tu. Korang setelkan lah. Tu baru namanya mak bapak pemalas kannnn. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Anak Tak Mandi Pagi = Mak Tak Nak Bonding
Pagi pengasuh mandikan. Petang pun pengasuh mandikan anak tu. Nanti anak bonding lebih dengan pengasuh jeles pulak maknya.
Hanya sebab mak tak mandi anak pagi dah kena tuduh mak tak nak luangkan masa dengan anak?
Common sense lah sikit. Mandi pagi hanya salah satu cara bonding. Ada beratus macam perkara lagi yang boleh menguatkan bonding @ hubungan anak dengan ibu.
Masing-masing ada cara tersendiri. Apa yang korang rasa terbaik untuk diri sendiri tak semestinya terbaik untuk orang lain.
Tak salah pun bila ada mak cakap dia dah bayar taska. Memang tujuan diwujudkan taska tu untuk apa? Untuk ambik upah jaga anak-anak masa mak tu pergi kerja kan. Tujuan mak hantar anak taska? Supaya ada orang tolong jaga hal ehwal anak masa mak pergi kerja.
Memang duit tak kan dapat beli masa dengan anak yang hilang masa ibu pergi kerja. Bayar RM1 juta pun masa yang hilang tetap tak kan kembali.
Kalau ada pilihan memang tak adanya mak tu nak hantar anak pergi taska. Kalau duit ada kepuk-kepuk tak naknya mak tu pergi kerja dan upah taska jaga anak.
Most moms yang aku kenal nak jaga sendiri anak. Nak luangkan masa dengan anak sepanjang hari. Nak tengok anak membesar depan mata. Memang tu impian ramai mak-mak. Tapi tak semua mak beruntung macam tu.
Sebab ada mak kena kerja lah taska tumbuh macam cendawan lepas hujan. Betul tak?
Bayar RM500 Bising Macam Bayar RM500k
Sedihnya la aku tengok pengusaha taska yang boleh kata mata duitan. Katanya bayaran RM500 tak berbaloi untuk jaga budak hingga kena mandikan sekali. Bayar RM1 juta baru boleh consider tolong mandikan?
Fuhhhh. Habis tu apa tujuan korang bukak taska kalau bukan untuk ambik upah jaga dan asuh budak.
Nampak sangat tak ikhlas. Ambik upah hanya untuk “tengok” sahaja. Bukan untuk jaga budak tu? Heran aku tau.
Fasiliti taska taraf hotel 5 bintang kah nak mintak bayar RM1 juta sebulan? [wp-svg-icons icon=”shocked” wrap=”i”]
Aku ada kawan pengusaha taska kat Damansara. Yuran bulanan dia RM2,000 sebulan. Yes. Dua ribu!!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Memang mahal tapi taska dia sentiasa full house. Macam mana mak bapak sanggup bayar mahal untuk upah taska jaga anak?
Jawapannya simple. Servis dan fasiliti mesti excellent. Baru lah boleh gebang nak caj mahal.
Taska kawan aku tu rumah banglo dua tingkat. Hiasan dalaman sangat cantik. Peralatan memang mahal. Suasana memang sangat cozy untuk penjagaan kanak-kanak. Pengasuh bayi pun ada background nursing. Memang berbaloi dengan yuran mahal tu.
Mandi Anak = Sentuhan Kasih Sayang
Bab mandi anak pagi sebelum ke taska ni. Memang sebaiknya mak bapak mandikan dulu anak sebelum hantar ke taska.
Tapi guna common sense lah. Kalau anak dah besar dan taska ada aktiviti @ kelas. Memang wajib la mandikan dulu.
Lain lah kalau baby lagi kan?
Mak Rushing Pergi Kerja = Alasan Malas Mandikan Anak
Pemilik taska yang ada anak kecik jangan lah berlagak sangat. Tak payah bandingkan diri sendiri dengan mak bapak lain.
Korang tu boleh masuk kerja bila-bila masa. Tak ada orang nak marah atau pecat kalau datang kerja lambat. So boleh lah take time mandikan anak pagi2 kan. Kalau anak ramai pun boleh relek lagi tunggu semua anak siap mandi.
Aku faham situasi mak bapak yang kena rushing pergi kerja. Aku pernah kerja makan gaji. Aku tahu betapa azab dan stressnya bila kena maki sebab masuk kerja lambat. KPI jatuh. Bonus kena sekat.
Bertolak ansur lah. Saling sokong menyokong. Pengasuh @ taska dan ibu bapa saling bergantung antara satu sama lain.
Tak ada mak bapak yang bekerja. Tak wujud lah taska.
Tak ada taska. Susah mak bapak nak pergi kerja.
Aloe you vera much!