Kisah Sippy Cup | Sippy Cup Anak Kotor Berkulat Hitam Macam Ini Sekali.. Ewwww!!

Bismillah. Aloe!

Sippy cup. Korang yang ada anak mesti tahu apa tu sippy cup kan. Bekas minuman khas untuk baby dan kanak2 yang baru belajar minum.

Sippy cup adalah training cup – biasanya dibuat dari plastik – dengan screw atau snap-on lid dan satu muncung berlubang2 @ spout. Ada jugak sippy cup yang jenis straw.

Fungsi sippy cup ni ialah untuk bagi @ ajar anak minum sendiri tanpa menumpahkan air. Ye lah..kalau bagi anak minum cawan biasa confirm akan tumpah air merata2.

Sekali dua mungkin boleh sabar. Kalau berkali2 rasa nak mengamuk jugak kannnnn…ekekeee. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Ada banyak jenis dan jenama cawan sippy @ sippy cup ni kat pasaran. Aku pernah cuba yang murah – RM10+ satu – dan yang mahal seperti brand Avent dan Tommee Tippee – RM40+ sebijik…uhukkk!!

Sippy Cup

Bagi aku kalau korang first time baru nak beli sippy cup ni better beli terus yang mahal dan berkualiti macam Avent tu.

Sippy Cup

Ikut pengalaman aku. Cawan sippy @ sippy cup yang murah tu biasanya plastik dia tu memang low quality. Lembik semacam dan ada BPA pulak tu.

Most of time sippy cup murah ni tak spill proof @ tak kalis tumpah. Pastu tak tahan lasak. Anak baling je mudah pecah.

Aku biasa guna cawan sippy jenama Avent & Tommee Tippee. Memang harga mahal sikit tapi kualiti bagus. Tak risau kalau anak baling berkali2 pun. Sure tak pecah hehehe.

Sippy Cup

Antara sippy cup Avent vs sippy cup Tommee Tippee – aku lagi suka Avent. Aku pernah beli sekali je sippy cup Tommee Tippee. Tapi aku tak suka sebab susah nak cuci straw dia dan anak macam kena sedut kuat2 baru air keluar.

Sippy Cup

Sippy cup Avent pulak parts dia mudah cabut. Senang sangat cuci. Tak lah tumbuh kulat @ mold pada penutup bila cuci dengan kerap.

Sippy Cup Kotor Berkulat Penyebab Anak Sakit

Tak lama dulu aku pernah terbaca kisah viral kat Facebook pasal sippy cup Tommee Tippee kotor.

My friend Simon O’kanada wondered why his son was always sick. He broke the anti-spill top of his “Tommee Tippee” bottle and discovered mold inside the mouthpiece. It doesn’t wash and can’t be seen unless it is broken open. He called the company, and the lady on the phone laughed out out loud. Several moms on other groups have also discovered mold after my post in another Facebook group, so I’m sharing you. If you please, those who have these cups, pay attention! Being washed by hand or in the dishwasher, the mold will stay there!

Sippy Cup

Aku rasa hal sippy cup kotor penuh kulat @ mold memang penyebab anak sakit. Hal ini pernah jadi pada anak aku Izzah.

Masa tu Izzah baru duduk taska. Suatu hari dia bawak balik satu sippy cup warna merah. Terkejut aku tengok sippy cup tu kotor sangat penuh dengan kulat @ mold warna hitam.

Heran jugak siapa punya sippy cup ada dalam beg anak aku tu. Sebaik sampai rumah Izzah cirit-birit. Teruk sangat sampai 2-3 kali berak cair. Bau tahi dia busuk sangat. Macam keracunan makanan je.

Pastu baru aku teringat pasal sippy cup tu. Aku terus tanya cikgu Taska pasal sippy cup tu. Rupanya cikgu taska bagi sippy cup tak bertuan yang berkurun lama ada kat sinki kepada Izzah untuk guna minum air. Dia kata Izzah nak sippy cup jugak sebab kawan2 dia guna sippy cup.

Sippy Cup

Aku memang marah. Nak bagi tengok lah dulu keadaan sippy cup tu. Ni penuh kulat hitam kat dalam penutup dan muncung dia. Aku sental pun tak hilang kulat2 tu semua. Masa cuci tu setompok kulat @ mold tu jatuh terjelepuk macam jelly…ewwwwwww!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Aku sound cakap next time jangan memandai bagi. Kalau ya pun anak aku nak sippy cup apa salahnya inform aku suruh bawah sendiri punya.

Geram betul aku. Terus aku pulang balik sippy cup kotor tu. Nasib baik cirit-birit Izzah tak berlarutan. Kalau tak memang nak kena la kan taska tu. [wp-svg-icons icon=”angry” wrap=”i”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *