Kisah Semasa | Kenapa Ramai Histeria Dengan Justin Trudeau – Perdana Menteri Kanada Yang Baru?

Justin Trudeau. Siapa tu?? Hahaaaa…ada juga yang ketinggalan keretapi kan.

1-2 minggu lepas, Justin Trudeau ni tetiba jadi glamer di kalangan Facebook friends akak.

Ada yang kata nak migrate duduk Kanada yang sejuk tu. Ada yang nak vote Justin jadi PM Malaysia. Ada yang kata mereka melting bak bongkah ais di kala summer. Ada jugak yang berdarah hidung tengok PM Kanada. LOL!!!

Histeria la sangat korang-korang ni hahahha.

Justin Trudeau - Perdana Menteri Kanada

Justin Trudeau ni agaknya sorang je kot Perdana Menteri yang kacak dan muda kat dunia ni. Kot la kannnn. Sebab ramai betul yang angau dibuatnya.Bukan kat Malaysia je tapi rasanya all over the world angau dengan Justin Bieber eh.. Justin Trudeau ni.

Dia baru dilantik menjadi Perdana Menteri Kanada selepas memenangi pilihan raya selepas mengalahkan Stephen Harper yang telah menjadi Perdana Menteri selama hampir 10 tahun.

First time akak tengok gambar PM Kanada Justine Trudeau ni tetiba teringat pada coach Taekwondo Izzah tu, sir Rizman Riduan. Justin ni ada iras muka si Rizman tu!

Justin Trudeau - Perdana Menteri Kanada

Akak pun tunjuk la gambar Justin Trudeau ni pada Izzah. Tanya dia ni siapa? Nak tau dia cakap apa?

Izzah: Ni sir. Tapi rambut dia lain la..kembang!

Mama: Hahahhaaaaa!!

Apa yang menarik sangat tentang Justin Trudeau ni? Selain muda dan ada rupa, dia ni jugak macam menghormati penduduk Muslim di Kanada.

Justin Trudeau - Perdana Menteri Kanada

Ada gambar tunjuk dia tak salam dengan wanita muslim – sekadar letak tangan di dada je. Ada juga gambar tunjuk dia duduk di lantai makan bersama orang Islam dalam masjid.

Tu kot yang buat ramai jadi angau dengan PM Kanada ni. Tapi… don’t judge a book by its cover la beb.

Perdana Menteri Kanada sebelum ni memang penyokong kuat Israel. Perdana Menteri Kanada yang baru ni jika diteliti statements dia sebelum ni pun macam akan meneruskan persahabatan baik dengan Israel. Apa pun ini hal pentadibiran negara dia lah.

Justin ni pun dah kahwin dan ada anak 3 dah pun. Please people. Not available dah…hahaha. So… tak yah lah sampai berdarah hidung @ cair dengan PM Kanada tu sangat kannnn. Peace yo!

Kalau nak sangat jejaka kacak jadi Perdana Menteri Malaysia, meh vote jurulatih Taekwondo Rizman Riduan ni jadi menteri. [wp-svg-icons icon=”cool” wrap=”i”]

Rizman Riduan

Rizman Riduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *