Kisah Sekolah | Tips Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual Waktu

Bila anak dah mula sekolah ni macam-macam pulak maknya nak kena tahu. Ye lah.. mana boleh serah bulat-bulat pada cikgu kan. Kurang-kurang kita kena jugak ambik tahu tentang silibus pelajaran anak. Boleh bantu anak masa dia buat homework kannnnnn.

Pssst… ini rahsia yang tak rahsia dah pun hehehee. Saya dulu masa sekolah rendah dari darjah satu hingga enam memang tak pernah buat homework. Balik sekolah terus campak beg. Petang terus keluar main dengan kawan-kawan. Pusing satu kampung.

Tak buat homework pun kebal tau tak kena denda dengan cikgu. Macam mana? Saya tak buat homework. Saya buat schoolwork!!! Homework semua saya buat masa kat sekolah so jadilah dia schoolwork….ekekekeke.

Ye lah…kalau bawak balik homework memang tak ada orang pantau saya buat pun. Parents saya tak sekolah… tak educated. Bab pelajaran memang confirm tak boleh tolong saya pun. Abang sulung kat oversea. Kakak kat asrama.

Ada abang dua orang lagi pun tak leh harap. Sama je macam saya..ekekekee.

Eh… melalut cerita pasal homework pulak dah. Okei soriii.

Sekolah pun dah 2 minggu ni so JADUAL WAKTU @ TIME TABLE sekolah pun mesti dah dapat kan. Jadual waktu ni bantu kita supaya anak hanya bawak buku berkaitan subjek yang diajar pada hari tersebut sahaja.

Tak ada lah kena bawak SEMUA buku setimbun yang berat nananggggg tu. Dah la kecik kena pulak bawak beg berat dengan buku teks dan buku aktiviti. Senget bahu budak-budak tu semua.

Saya nak bagi tips ni. Macam mana nak bagi  anak kita terutama yang baru darjah satu tu supaya pandai susun buku sekolah sendiri dalam beg???

Tips ni memang sangat membantu mak pak yang bekerjaya, penat bila balik rumah atau memang saja je pemalas nak susun buku-buku sekolah anak tu…ekekekeke.

Susah payah sikit je masa mula-mula tu. Pastu senang dah hidup kita lepas buat ni. Sebab anak confirm pandai susun buku sendiri. Tak payah tengok jadual waktu pun. Magik!!!

STIKER HARI PADA BUKU MENGIKUT JADUAL WAKTU

Alah. Bukan magik sangat pun. Kita cuma kena rajin sikit bila dapat buku teks & buku aktiviti serta jadual waktu sekolah anak tu. Lepas balut buku tu dengan plastik bagi cantik, saya print Stiker Hari yang saya buat sendiri dalam Excel.

Stiker Hari

Pastu tengok jadual waktu sekolah anak dan tampal stiker hari tu dengan selotep pada luar buku-buku sekolah anak.

Stiker Hari

Contoh:

Isnin – Jumaat ada subjek Bahasa Malaysia. Jadi stiker hari Isnin-Jumaat yang berlainan warna akan dilekatkan pada semua buku Bahasa Malaysia.

Selasa & Khamis ada subjek Bahasa Cina. So… lekat je lah stiker hari Selasa dan Khamis pada luar buku Bahasa Cina.

Stiker Hari

Simple? Of coz sangat mudah, senang dan menjimatkan masa!!!

Stiker Hari

Print lah kaler stiker hari tu ikut warna-warna terang yang menarik. Izzah memang dari hari first start belajar pun dah pilih dan susun buku-buku sekolah dalam beg dia sendiri. Mamanya tak perlu susah-payah tengok jadual waktu untuk dia. Sukanya!

Stiker Hari

Belum terlambat lagi kalau nak start buat sekarang pun. Nak copy file Stiker Hari yang saya buat ni pun boleh.

KLIK SINI untuk download Stiker Hari!!!

Kalau ada print dan guna stiker hari saya ni bagi lah kredit sikit kat blog saya ni. …ahakks!!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *