Kisah Sekolah | Tips Hilangkan Kesan Kotor Pada Baju Sekolah Putih

Hmmm… bila ada anak yang sudah bersekolah ni memang banyak pening maknya tau. Lagi-lagi anak yang sekolah gomen. Kalau sekolah swasta atau international school tu mungkin tak ada masalah ini.

Sebab sekolah mahal uniform pun ada kaler.  Tak macam sekolah gomen yang baju seragamnya kaler putih.

Nightmare you! Dahlah kasut putih cepat kotor. Baju sekolah pun warna putih. Memang confirm kotor punya lah lepas balik sekolah.

Kesan Kotor Baju Sekolah

Ye lah… budak-budak kecik macam Izzah yang baru darjah satu ni mana reti nak jaga baju. Kalau budak sekolah yang dah besar tu mungkin lebih berhati-hati masa duduk atau masa makan. Ni budak yang tengah lasak… huhuhu.

Izzah pakai baju kurung putih untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Setiap hari 2 pasang. Bermakna, setiap minggu akak ni ada 10 helai baju sekolah warna putih nak kena sental!

Masa shopping baju sekolah dulu memang akak nak jugak bagi dia pakai pinafore. Supaya tak lah nampak sangat kesan kotor. Pinafore kan kaler biru gelap…hehehhe.

Tapi Izzah yang bertegas nak pakai semua baju kurung dan nak bertudung. Kira bagus la tu kan pakai menutup aurat. Alhamdulillah.

Kesan Kotor Baju Sekolah

Biasanya kesan kotor pada baju kurung sekolah ni adalah dari kesan minyak dari makanan bergoreng, air tumpah, coklat dan juga kesan kotoran dari pensil.

Yup. Yang paling biasa ialah kesan kotoran dari pensil ni. Biasalah. Kerusi atau meja kat sekolah ni memang budak-budak selalu conteng. Jadi kesan pensil pasti melekat kat situ.

Bila anak duduk atau meletak tangan semasa menulis, konpem lah kesan hitam pensil tu akan melekat pada baju. Biasanya banyak kotoran di bahagian siku, punggung dan poket. Bahagian siku tu tiap-tiap hari mesti ada. Uhuhhh.

Kadang-kadang kesan contengan pensil pun ada. Pening maknya ni tau.

Cara Hilangkan Kesan Kotor Pada Baju Sekolah

Lupakan saja segala jenis penanggal kotoran komersil macam Vanish, Dynamo dan sebagainya tu. Konon sapu pada kotoran dan terus basuh maka kotoran akan terus hilang. Memang tak lah. Tak percaya cuba lah…hahahahah.

Kalau korang jenis pemalas senang je rendam baju sekolah tu dengan klorox @ peluntur. Rendam baju sekolah yang putih je tau. Jangan pergi rendam sekali kain atau seluar sekolah. Berbelang nanti kain atau seluar tu.

Tapi akak tak suka guna klorox ni. Bau kuat sangat. Pening kepala.

Kesan Kotor Baju Sekolah

Akak gunakan pencuci pinggan jenis Sunlight ni je. Sapu je sikit pada kesan kotoran. Tak payah rendam. Terus je berus. Pasti tanggal lah kesan kotoran pada baju sekolah tu.

Kesan Kotor Baju Sekolah

Lepas tu baru basuh macam biasa guna mesin basuh. Seminggu sekali memang ni lah kerja akak. Menyental baju sekolah Izzah.

Kesan Kotor Baju Sekolah

Tak apa exercise tangan. Cepat sikit tumbuh muscle…hahahah.

 

1 Comment

  • Terima kasih kerana telah memudahkan tugas2 mengemas buku sekolah anak.. jazakallahu khairan ros

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *