Kisah Sekolah | Pengusaha Kantin Makan Duit Haram?

Amaran!! Apa yang saya nak tulis ni mungkin menyebabkan pengusaha kantin sekolah tersentap. Terutama pengusaha kantin sekolah yang memang makan cili. Pedas beb… pedas!!

Sudah seminggu kan budak-budak sekolah. Anak saya Izzah tu mula sekolah darjah satu tahun ni. Last week baru start sesi persekolahan 2015.

Hari pertama sekolah saya ambik cuti. Bukan sebab nak teman Izzah pergi sekolah. Tapi nak pergi sekodeng persekitaran sekolah dan juga nak tengok keadaan kantin sekolah tu jugak. Jadi mata-mata gelap yang tak berapa gelap lah hari tu….ekekeke.

KANTIN SEKOLAH AGAMA

Izzah sekolah agama sesi pagi. Waktu rehat pukul 9 pagi selama 20 minit. Cepat-cepat saya merempit naik motor dengan suami dan Irfan ke sekolah Izzah. Gayat pulak naik motor ni. Padahal dulu hari-hari merempit bawak motor masa belajar kat UM. Gayat konon. Hover sangat la mak.

Kantin Sekolah

Keadaan kantin kelihatan bersih dan selesa. Menu dengan harga ada dipaparkan dengan jelas. Makanan pun nampak sedap dan MURAH!!

Okei. Murah tu subjektif. Murah bagi saya mungkin mahal bagi orang lain. Mungkin bagi saya harga makanan dan minuman kantin sekolah agama di area kampung ni murah sebab saya bandingkan dengan sekolah di bandaraya macam KL yang confirm cekik darah.

Kantin Sekolah

Harga air minuman segala jenis rasa (sirap, barli, oren, cincau, tembikai, nenas, soya, bandung, barli, sarsi) hanya 30 sen (gelas kecik) dan 50 sen (gelas besar). Murah tak tu? Murah la kan.

Kantin Sekolah

Harga makanan berat seperti mee, laksa, nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, nasi ayam dan sebagainya tu bermula dari 60 sen hinggan RM1.50.  Murah kot kan.

Kantin Sekolah

Harga kuih muih macam karipap, donut, cucur, apam adalah 30 sen sebiji, manakala roti pizza, roti john dan burger RM1 setiap satu. Portion agak besar jadi saya rasa agak berpatutan lah harga kuih muih di kantin sekolah ni.

So…. range harga makanan dan minuman kantin sekolah agama ni dari 30 sen – RM1.50 sahaja. Bagi duit saku RM1 pun dah cukup untuk anak beli makanan dan minuman.

KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN

Izzah sekolah kebangsaan sesi petang. Waktu rehat pada pukul 3.30 pm selama 20 minit. Gigih saya mengendong Irfan untuk pergi sekodeng kantin sekolah waktu matahari panas terik tu.

Kantin Sekolah

First impression…..kantin sekolah ni besar, bersih dan nampak selesa. Makanan juga pelbagai. Senarai makanan dan harga ada dipaparkan. Harga kuih muih ada yang 40 sen satu, ada RM1 satu. Harga makanan berat macam nasi goreng dan mee goreng RM1 sepinggan. Harga air pulak dari 80 sen ke RM1 satu gelas besar bergantung pada jenis air.

Hmmmm… harga makanan kantin sekolah ni agak mahal bagi saya. Kuih kecik cinonet harga 40 sen seketul. Hotdog kecikkkk dan nugget goreng je pun. Haishh.

Kalau nak bagi anak duit belanja kurang-kurang kena bagi RM3-5 kat sekolah ni. Masa perhimpunan hari tu pun cikgu ada bagitau. Mahal tu. Sekolah kampung je kot.

PENGUSAHA KANTIN MAKAN DUIT HARAM?

Disclaimer dulu boleh? Saya tak kata semua pengusaha kantin sekolah makan duit haram tau. Tajuk saya pun ada question mark tu… Bila tajuk ada tanda soal maknanya ia bukan statement atau tuduhan tapi pertanyaan… ada faham?

Kisah benar ni berlaku pada saya minggu lepas. Masa saya pergi sekodeng kantin sekolah Izzah tu…masa tu belum waktu rehat so suasana kantin masih tenang.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kantin Sekolah

Tapi bila loceng waktu rehat berbunyi….MasyaAllah!! Kelam kabut betul keadaan kat kantin tu. Budak-budak kecik ni mana reti beratur. Pening mak.

Tempat duduk pun tak cukup untuk budak-budak sesi petang duduk. Bayangkan…korang dikelilingi beratus-ratus budak kecik berbaju putih yang riuh-rendah mulutnya. Nak pengsan rasa. Tabik spring lah pada cikgu-cikgu yang boleh handle budak-budak ni…mih mih.

Harga seketul nugget atau hot dog kecik 40 sen satu. Kalau dua ketul 80 sen la kan? So… kalau bagi duit RM1 mestilah dapat baki 20 sen. Kannnnnnnnnnnn.

Saya pergilah beli hot dog 2 ketul masa keadaan kantin tengah sesak dengan budak-budak tu. Saya bagi duit RM1. Tadah tangan dan tunggu punya tunggu…. dan tunggu lagi… dan tunggu lagi… orang kantin tu tak jugak bagi duit baki saya 20 sen tu.

Mungkin dia sibuk sangat layan budak-budak tengah berebut membeli makanan kot. Muka saya pun dia tak pandang. So.. saya sabar je lah dulu. Bila hilang sabar saya jerit panggil lah si kakak kantin tu.

Saya: Kakkkkkkk… duit baki 20 sen saya belum bagi lagi ni!

Kakak Kantin: Eh.. kan dah bagi tadi?

Saya: Mana ada kak. Saya belum dapat.

Akhirnya dapat jugak saya duit baki 20 sen. Okei fine. Mungkin kakak tu lupa la kan. Pening layan budak-budak.

Kantin Sekolah

Kemudian.. saya pergilah beli air oren.. satu gelas 80 sen. Saya bagi RM1. Patut dapat baki 20 sen la kannnnnnnnnn. Tadah tangan dan tunggu punya tunggu…. dan tunggu lagi… dan tunggu lagi… pak cik kantin tu tak jugak bagi duit baki saya 20 sen tu. Tak sempat panggil dia saya dah terpaksa beri laluan pada budak-budak kecik yang menghimpit nak beli air jugak tu.

Alah. 20 sen pun nak kecoh. Heh! 20 sen tu duit jugak tau. Of coz saya berkira. Sebab apa tau…

Kalau dengan saya mak budak yang tinggi sikit je dari budak-budak sekolah rendah tu pun mereka boleh buat bodoh tak bagi duit baki… soo…..dengan budak-budak sekolah terutama budak darjah satu yang innocent tu pun lagi lah mereka suka hati tak bagi duit baki kannnnnnnnnnnn.

Bayangkan. Satu hari 100 budak tak dapat baki 20 sen. 100 x 20 sen = RM20 sehari x 20 hari = RM400!!!

Cuba kira pulak kalau 1,000 budak? Tak masyukkkk ke tu. Halal ke haram? Lu fikir la sendiri.

Nota: Office mate saya yang ada 3 anak bersekolah pun cakap kes orang kantin sengaja tak bagi duit baki ni memang selalu berlaku. Kat sekolah anak-anak dia pun sama. Hal dah dipanjangkan ke PIBG pun macam tiada penyelesaian pun.

BAWA BEKAL KE SEKOLAH

So far… saya tak pernah lagi bagi duit saku pada Izzah. Saya rasa tak perlu kot bagi duit saku sebab:

  • Izzah tak pandai nak mintak duit baki
  • Izzah tak tahu jaga duit (hehehee)
  • Kantin sesak mesti lambat dapat makanan
  • Masa rehat singkat tak sempat makan habis
  • Tak berbaloi beli makanan kantin
  • Bawa bekal dari rumah lagi bagus!

Lagipun kan… waktu rehat tu bukannya waktu makan utama pun. Kira macam snack time je kot. So.. bagi bekal pada anak tak perlu la heavy food. Tak ada masa nak masak dun worry la mak.

Sekadar bekalkan air masak, roti sandwich, roti kaya, buah, kek atau nugget goreng sendiri pun dah cukup kenyang dah budak tu…kannnnnnn.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *