Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Sekarang mudah. Almost semua benda boleh buat online. Tengok keputusan peperiksaan sekolah pun boleh!
Syukur. Tahun ni Izzah lagi cemerlang dari tahun lepas. Much much better. I like. Rosak grammar hak hak!
Sebab dia memang pandai kah? atau… sebab mak dia latih tubi dia bertubi-tubi kah? Ntah…kah kah! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Nota Lutut: Sila jeles. Sila muntah hijau! Suka hati aku lah nak cerita. Dengki meh?
Keputusan Peperiksaan Sekolah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan tahun ni Izzah dapat 4 awards.
- Kedudukan nombor 4 — actually nombor 3 dalam kelas / darjah tapi share dengan 2 orang
- Mata pelajaran terbaik — Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Dunia Sains
Tak kan nak monyok anak dapat hadiah kan? Mesti lah bangga. Bila bangga mesti kompang satu kampung. Kampung aku blog aku ni lah. Hehe!
Kamon lah. Baru darjah 2 kot. Setakat exam akhir tahun pun nak heboh. Nak kecoh. Pleaseeee!
Oppsss. Tersembur nada-nada cemburu di situ. Aloh. Dengan budak pun nak jeles. What lah? [wp-svg-icons icon=”tongue-2″ wrap=”i”]
Tahun ni aku rasa hadiah macam best sikit lah. Dapat piala dan dapat juga buku latihan 9 ketul untuk darjah 3.
Jimat duit aku. Biasa aku berabis ratus2 semata untuk beli buku latih tubi dia. Mak lompat bintang!
Anak aku ni bukan pandai sangat pun. Biasa lah budak-budak. Banyak main je pun kan.
Aloh. Aku dulu pun sama jugak. Ko pun kan? Baik mengaku. Hak hak hak!
Actually aku pernah cuba try test. Aku biar je dia pandai2 sendiri.
Tak bagi tunjuk-ajar kecuali masa homework. Masa nak exam aku buat dunno je. Hasilnya?
Izzah tak cemerlang mana pun. Banyak careless masa menjawab. Banyak benda dia blur dan confused. Banyak benda dia confessed tak tau!
Budak ni cikgu ajar kat sekolah mana serap sangat pun. Sebab tu tak boleh harap pada cikgu je.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi tak tau lah. Mungkin anak aku je kot macam tu.
Anak ko mungkin daya serapan tinggi macam sponge bob. Cikgu ajar serap 100%.
Anak aku tak. Cikgu ajar serapnya maybe 40%-50% je kot. Hehe!
Kadang2 aku fikir. If benda asas masa darjah 2 ni. Dia konfius. Tak leh kuasai.
Masa darjah 3,4,5,6 how lah? Dah lah ssekarang dengan KBAT bagai. Aku tengok soalan pun boleh pengsan 10 kali. U think?
That’s why aku kena jadi cikgu tusyen peribadi dia. Semua subjek. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Arab.
Aku tutor yang multi-purpose. Eh… multi-talented lah weh! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Hasil didikan mak rimau yang tak berapa rimau ni — kira okey lah result Izzah tu. Aku fokus subjek yang penting2 je.
Nampak tu Bahasa Cina ada peningkatan? Berkesan ajaran mak rimau ni rupanya. Hak hak hak!
Keputusan Peperiksaan Sekolah Agama
Sekolah Agama pula bertambah baik dari tahun lepas. Dapat kedudukan nombor 3 dalam kelas.
Masa hari penyampaian hadiah Izzah dapat hadiah plak, buku nota dan alat tulis.
Subjek sekolah agama ni memang menguji sikit ke-terer-an aku. Sebab semua dalam tulisan Jawi mah. Kena asah balik bakat baca Jawi tau.
Pastu Bahasa Arab. Perghhhhhh! Sangat mencabar minda.
Aku ni basic je kot Bahasa Arab. Belajar pun sambil lewa. Masa Form 4 & 5. Dah berabad lamanya tu.
Still aku rasa Bahasa Arab ni okei dari Bahasa Cina. Sebab aku tahu baca. Kena cari makna jah. Tapi Bahasa Cina tu – baca pun tak tau. Camno den nak ajar anak den!
Alhamdulillah. Berkat mak rimau mengaum bertubi-tubi. Result Bahasa Arab Izzah kira cemerlang bagi aku. Good job!
Pernah dengar “melentur buluh biar dari rebungnya?”
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Nak anak pandai, rajin belajar? Tapi harap pada cikgu je? Budak tu anak ko ke anak cikgu?
Sudah lah tu. Jangan jeles. Doalah anak ko pun cemerlang juga. Usahalah. Bantu anak ko jadi cemerlang. Insyaallah, boleh!