Alamak! Anak aku Irfan dan berbulan-bulan masuk darjah satu, baru sekarang omak ada masa nak update story!
Aku tak lah sibuk sangat pun. Tapi mood tu ke laut. Banyak masalah nak kena fikir dan setel. Omak is pening. Huhu!
Okei back to kisah sekolah Irfan. Since aku ni work from home, so tak perlu susah payah apply cuti untuk teman anak first day masuk sekolah.
Ingat dulu time Izzah, bukan main payah boss nak bagi aku cuti sebab awal bulan tu time kritikal untuk closing akaun. Jenuh pujuk boss tau.
Kiranya ada blessing in disguise lah. Miskin kewangan tapi mewah masa dengan anak-anak. Alhamdulillah!
Ujian Diagnostik Darjah 1 Dibatalkan
Masa Irfan nak masuk pra-sekolah tahun lepas, cikgu-cikgu siap bagi “amaran” yang silibus darjah satu time Irfan nanti sangat susah. So time pra-sekolah, cikgu akan fokus lebih kepada akademik sebagai persediaan masuk tahun satu.
Tup-tup masa bulan 11/2018, Menteri Pelajaran di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan umumkan tiada lagi ujian diagnostik tahun satu.
Maksudnya murid tahun satu tidak akan dibezakan mengikut kepandaian akademik. Peperiksaan untuk murid tahap 1 (darjah 1-3) juga dihapuskan!
Murid tidak lagi dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan. Good news eh? Hmmmmmm.
Sekolah kebangsaan ada keluarkan surat untuk batalkan ujian diagnostik. Tapi ujian tetap diadakan untuk sekolah agama.
Aku rasa penting tu buat ujian diagnostik untuk kenal-pasti murid yang bermasalah pembelajaran supaya mudah cikgu nak fokus bantu.
Sekolah Agama (Sesi Pagi)
Irfan sekolah agama sesi pagi. Hasil ujian diagnostik, Irfan ditempatkan dalam kelas 1 Osman, iaitu kelas nombor 3.
Actually, aku lagi suka ada ujian so boleh tahu tahap kepandaian anak aku kat mana. So aku sendiri boleh pantau apa yang patut.
Macam Irfan ni dia tak berapa fasih baca Jawi. Sebab tu keputusan ujian masuk kelas nombor 3. Bila dah tahu senang aku bantu. Latih tubi praktis kat rumah.
Sebab buku sekolah agama semua dalam tulisan Jawi. Macam mana budak tu nak belajar kalau baca Jawi pun tak pandai? Kannnn!
Hari Pertama Sekolah Agama
Aku dan anak bongsu, Irdina sama-sama hantar Irfan masa first day sekolah Agama. Nak harap kakak Izzah tengok tak boleh sebab Izzah tahap 2 lain sesi.
So, selepas suami hantar anak-anak ke sekolah, dia hantar pula aku dan Dina merempit naik motor. Motor kecik tak muat nak ramai-rami sekaligus. Hehe!
Macam biasalah hari pertama darjah satu sure ramai parents datang sekali. Penuh lah koridor kelas dengan mak bapak. Termasuklah aku ni. Muahaha!
Misi aku mesti nak snap gambar Irfan banyak-banyak sebagai kenangan hari pertama sekolah darjah satu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Suami suruh aku tunggu kat sekolah sampai lah time rehat. Penat omak ni melayan Dina yang keboringan tu. Tapi beli kuih kat kantin terus happy. Haha!
Actually seronok juga tengok gelagat murid dan parents masa hari pertama sekolah ni. Murid-murid biasa lah ada yang meraung menangis tak nak masuk kelas.
Ada juga yang tersalah masuk kelas. Macam kelas Irfan tu, sampai 4 orang salah masuk. Siap booking tempat duduk dah.
Bila murid yang betul datang tak dapat duduk sebab kerusi dah penuh. Rupanya ada yang salah masuk kelas. Mak bapak tak tengok list nama yang tertampal kat pintu dan sign board la tu.
Time rehat pulak lagi best. Ada ramai mak bapak yang “ambil hak” murid-murid dengan duduk sekali kat kerusi meja makan kat kantin tu. Siap berkenduri satu famili kat meja makan tu. Ada adegan suap menyuap pulak tu!
Samada dia tak perasan atau sengaja butakan mata tak nampak bukak-budak yang tak dapat duduk masa rehat nak makan. Sampai ada yang makan berdiri dan duduk tepi longkang. Omak is feeling meh!
Anyway. Irfan bawa bekal so mudah tak payah berebut nak beli makanan kat kantin. Aku cuma ajar dia kat mana sinki basuh tangan dan cari tempat duduk untuk makan. Setel!
Selepas time rehat aku call suami minta datang ambik. Penat sudah omak. Merecik peluh. Haha!
Sekolah Kebangsaan (Sesi Petang)
Since sekolah kebangsaan dah batalkan ujian diagnostik, so aku pun tak tau anak aku masuk kelas mana.
Masa hari pertama sekolah tu gigih aku baca semua senarai nama dari kelas belakang ke depan. Tup-tup tengok nama Irfan dalam kelas 1 Berlian, kelas pertama di blok bangunan tu. Meh!
Owh. Rupanya penempatan kelas dibuat berdasarkan nombor daftar pengesahan masuk sekolah yang dibuat tahun lepas. Since Irfan antara yang terawal mengesahkan kemasukan ke sekolah so masuk kelas pertama lah.
Aku tunggu Irfan kat sekolah kebangsaan sampai dia time rehat tau. Masuk sekolah 12.30pm. Time rehat pukul 3pm. Bayangkan berapa jam aku bertapa kat sekolah tu dalam kepanasan cuaca Malaysia ni. Huhu!
Irdina siap boleh layan tidur dalam pelukan aku masa menunggu tu. Omak pulak kepanasan + kelaparan + kesakitan pinggang. Haha!
Macam-macam perangai murid-murid pada hari pertama sekolah ni. Menangis meraung tu biasa. Nakal menyakat orang pun biasa. Nama pun budak.
Tapi ada jugak mak bapak perangai macam @#$%&. Boleh pulak buat kerja alihkan beg anak aku time rehat semata-mata nak anak dia duduk meja depan sekali!
Terkejut Irfan cari beg dia tak jumpa sebab sudah dialihkan ke tempat lain. Nasib baik jumpa. Fuhhh!
Tapi kan aku respek anak dia. Sebab budak tu sendiri rasa bersalah nak duduk tempat Irfan tu dan minta nak duduk semula tempat asal dia.
Ujian Diagnostik Diadakan Jugak!
Aku ingatkan kelas kat sekolah kebangsaan tu permanent lah. Kata nak campur-campur tak ikut kepandaian kan.
Nak jugak tau macam mana cikgu nak handle mengajar budak-budak yang ketara berbeza kepandaian dalam satu kelas tu. Mesti super duper mencabar kan!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Tapi semasa dalam minggu peralihan yang berlangsung selama sebulan tu, rupa-rupanya murid-murid tahun satu kena juga buat ujian. Aku rasa ujian diagnostik lah kot.
Ye lah. Sure sebelum ni cikgu dah cetak banyak-banyak kertas ujian tu. Tiba-tiba dibatalkan. Better lah bagi murid ambik ujian tu masa minggu orientasi untuk kenal pasti tahap murid.
Sebab selepas tu murid tahun satu dirombak kelas dan dimasukkan ke kelas mengikut keputusan ujian semasa minggu peralihan.
Irfan masih tetap dalam kelas pertama, 1 Berlian sebab dapat markah ujian yang di dalam range untuk kelas tu.
Aku rasa okay sangat lah macam ni. Mudah cikgu nak fokus ajar dalam kelas. So aku pun boleh tahu tahap anak aku kat sekolah agama dan sekolah kebangsaan masa mula-mula sekolah ni macam mana.
Pasal peperiksaan darjah 1-3 dihapuskan tu aku setuju sangat. Horeh!
Aku boleh fokus pada kakak Izzah sahaja untuk 2 tahun ni. Sebab Izzah nak ambik peperiksaan UPKK (darjah 5) dan UPSR + PSRA (darjah 6).