Kisah Sekolah | Hari Pertama Darjah Satu Tahun 2015

Pejam celik. Celik pejam. Kelip-kelip mata. Tetiba anak pun dah besar!!!

Izzah, anak saya yang number one tu dah masuk 7 tahun…dan…dan…dan… dah sekolah darjah satu tahun ini….alhamdulillah.. rasa macam tak percaya pun ada.

Belek-belek gambar lama masa dia baby dulu… rindu pulak pada Izzah masa baby dulu-dulu…kecik, comel dan pasrah je bila dipeluk cium. Sekarang? Masih lagi comel tapi dah tak kecik dan bila dipeluk cium melawan babe….nasib baik dia tak sepak je (Izzah yellow belt 2 taekwondo)…ekekee.

Izzah

Okei.. nak cerita tentang hari pertama Izzah darjah satu. Isnin 12 Januari 2015. Saya ambik cuti lah nak tengok anak masuk darjah satu. Tengok je tau. Tak teman pun lama-lama kat situ.Tak kosa mak.

Izzah berdikari macam saya darjah satu dulu lah. Flashback sikit masa saya darjah satu tahun 1981…jeng jeng..jeng.

Masa saya masuk darjah satu dulu, mak dan ayah saya tak hantar pun pergi sekolah. Saya pergi dengan abang sulung saya je. Naik vespa kepunyaan pak cik saya.

Dulu-dulu tak ada ujian diagnostik kemasukan darjah satu pun. Daftar je saya terus masuk kelas pandai 1 Teratai. Kira hebat lah cikgu tu dapat tengok kepandaian saya dengan mata kasar je…ekekekeke.

Izzah pulak hari tu kena duduki ujian diagnostik dulu. Based on results ujian tu baru ditetapkan kelas dia.

Sekolah agama.. Izzah dapat masuk kelas 1 Omar. Kelas ni kelas kedua pandai lah kat sekolah tu. Babahnya kata ujian hari tu dia dapat markah sipi je lagi nak masuk range kelas Abu Bakar (kelas pandai la tu)..Saya tak kisah pun. Kelas mana-mana pun janji belajar betul-betul…kannnn?

Sekolah kebangsaan…Izzah dapat masuk 1 Berlian. Kelas ini kelas paling pandai antara 7 kelas kat sekolah tu. Tetiba rasa bangga pulak… siapa mak bapak cakap dia tak bangga anak masuk kelas pandai tu pembohong besar la tu…ha ha..

Mak bapak yang anak masuk kelas tak berapa pandai tu tak perlulah rasa down kot. Sebab penetapan kelas ni hanya based on ujian diagnostik @ akademik semata-mata. Tak perlulah pressure anak ok.

Kat mana sekolah Izzah? Sekolah gomen biasa di luar bandar je. Sekolah kampung macam mak dia dulu lah… dah memang kami duduk area kampung…. heheheh.

Sekolah Agama + Sekolah Kebangsaan

Izzah ni kami hantar dua sekolah. Sekolah agama sesi pagi. Sekolah kebangsaan sesi petang.

Hari pertama sekolah, Izzah dah bangun pukul 6 pagi. Semangat terlebih. Padahal sekolah start pukul 8 pagi nak ooiii. Adiknya pun bangun sekali pagi-pagi buta tu…adeh.

Izzah

Saya tak ikut hantar dia pagi tu. Tapi masa rehat pukul 9 saya pergi tengok. Saja je nak sekodeng kantin sekolah tu. Nak jugak tahu harga makanan dan minuman kat kantin sekolah tu kannn.

Izzah

Sekolah kebangsaan sesi petang starts pukul 1.20 petang. Kali ni saya pergi sekali. Sebab nak jumpa cikgu dan nak sekodeng kantin sekolah tu pulak…ekekeke. Pasal kantin sekolah ni saya cerita lain hari.

Izzah

Kat sekolah kampung ni pun ada kelas bahasa. Boleh pilih nak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Tamil. Best kan?

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Izzah

Sebab Izzah dah belajar bahasa Arab kat sekolah agama so saya bagi dia ambik bahasa Mandarin lah. Lagipun dia memang dah belajar bahasa ni sejak umur 4 tahun. Boleh la kecek Cino sikit-sikit.

Izzah

So far… Izzah okei je pergi sekolah hari pertama ni. Dah biasa pun kan. Lagipun kawan-kawan masa tadika dulu ramai. Ada geng!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *