Macam tak percaya pulak saya menulis tentang politik!
First time ever. Percaya lah…. heh heh.
Saya kurang gemar berbicara bab politik ni. Kat Facebook lately ni.. banyak yang up-kan status pasal tokoh politik pujaan masing-masing. Kecam mengecam. Aib mengaibkan. Bahasa pulak… Astaghfirullah.
Banyak yang tak best tentang politik. So… saya try to avoid politics as much as I can. Termasuklah office politics… haru you.
Tapi sebab beberapa hari lagi nak Pilihan Raya Umum 2013 ni.. saya rasa nak cerita pasal politik sikit. Sikit jeeee… heh heh.
Sayangi Selangor… Yakini BN….
Itu lagu yang bukan main rancak dimainkan kat TV… Motif? Nak rebut kembali negeri Selangor lah…
Kalau rakyat jenis hanya jenis tengok TV je tu confirm masuk dah jarum…ye lah.. asyik iklan pasal BN je kan.. cuba bagi chance pembangkang masuk TV jugak.. ada berani? heh heh.
Saya ni menumpang je kat negeri Selangor ni.. walau pun dah beli rumah dalam negeri Selangor tapi saya bukan anak jati Selangor. Nama pun tak sempat tukar untuk mengundi dalam negeri Selangor ni.
Sebab tu tak dapat kad dari ex-PM yang mintak maaf sebab dulu BN tak jaga Selangor dengan baik hingga terlepas ke tangan pembangkang tu kannnn.
Biasalah tu… kalau dah bertahun-tahun-tahun-tahun jaga sambil lewa mesti orang menyampah. Sama macam Terengganu dulu lah.. bila terlepas baru nak tersedar. Baru nak bangkit Gelombang Biru. Tepuk dahi.
Saya tengok Pilihan Raya Umum 2013 ni, ex-PM banyak habiskan duit rakyat untuk raih sokongan rakyat. BR1M la.. elaun buku.. elaun sekolah.. elaun itu ini… berbilion dah habis kot kannnn… mana dapat duit tu?
Cukai lah jawapannya. Bukan duit rakyat ke tewwww. Banyak tau saya bayar cukai pendapatan tahun lepas..ngeeee.
Alamak.. saya membebel pulak pasal politik. Kata nak tulis sikit… tapi tertulis banyak pulak.. heh heh.
Saya nak zoom in sikit ke calon pilihan raya Lembah Pantai. Sebab apa tau…
Sebab saya rasa perang poster @ bendera pilihan raya kat area Lembah Pantai P-121 ni memang sangat super duper hebat. Tak pernah saya tengok perang poster meriah macam gini. Serius teruja beb heh heh.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Saya selalu lalu Jalan Kerinchi tu so kat situ memang sangat meriah dengan poster.
Sebulan sebelum parlimen dibubarkan mereka dah up-kan poster pilihanraya. Makin dekat dengan pilihan raya umum 2013 makin meriah.
Penuh sepanjang jalan. Kalau lah tiang lampu dan pokok-pokok tu ada suara.. mesti mereka dah kata: janganlah jerut kami dengan tali poster dan bendera ni semua, sakit weehhh! heh heh.
Pos @ khemah gerakan setiap parti politik pulak menyemak je kat tepi-tepi jalan. Nak parking pun susah. Saya komplen ni sebab pagi-pagi saya tak boleh parking untuk beli nasi berlauk kat gerai kak Yan… geram sangat.
masa ni tak banyak poster @ bendera.. sekarang tak nampak pokok dah
Khemah gerakan parti politik kat Jalan Kerinchi tu memang makan banyak space parking kereta. Terutama khemah gerakan Barisan Nasional. Siap letak 6 khemah gerakan kat situ.. PKR ada up satu je tapi BN up-kan 6 khemah.. aci tak tewwww.
Nurul Izzah Anwar vs Raja Nong Chik
Dulu masa pilihan raya umum 2008, ramai tak jangka Nurul Izzah boleh mengalahkan Dato’ Seri Shahrizat. Kali ni Nurul Izzah akan bertanding melawan Raja Nong Chik daripada Barisan Nasional.
Siapa akan menang?
Ntah… saya bukannya nujum pak belalang. Nurul Izzah ada karisma tersendiri. Raja Nong Chik pun sama. Saya pun tak mengundi kat kawasan Lembah Pantai. Wo pu chi tauuu la.
Tapi saya suka Nurul Izzah. Sebab nama anak saya pun Izzah. Boleh gitewww… heh heh.
Saya jugak suka tengok Nurul Izzah berpakaian. Sempoi. Pakai tudung bawal je kan. Bagus la kan.. tak jadi mangsa fesyen.
Jalan Raya Bertar, Pokok Bunga dan Traffic Light
Saya nak share beberapa fakta menarik yang berlaku sempena pilihan raya 2013 ni kat Jalan Kerinchi.. Hari-hari saya lalu sini so memang sangat ketara magik berlaku.
Jalan Raya
Sepanjang saya bekerja kat Bangsar South ni (sejak April 2012)… jalan Kerinchi tu memang tak rata. Lubang pun ada. Biasa lah kan tu.
Tapi sebulan sebelum parlimen dibubarkan tiba-tiba datang beberapa jentera meratakan jalan dengan tar. Jalan Kerinchi jadi sangat cantik pulak… heh heh.
Of course lah saya suka. Sebab tak ada lah tayar kereta saya tu bergegar masa nak ke office.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Traffic Light
Kawasan Kerinchi tu memang kawasan kediaman. Penuh dengan flat, apartment dan kondominium. So… pagi-pagi confirm jalan jem. Terutama bila penduduk flat berpusu-pusu keluar dengan kereta untuk ke NPE. Bas RapidKL, bas UM dan bas sekolah tambah memburukkan keadaan.
Dekat simpang keluar dari flat ke Jalan Kerinchi tu memang ada traffic light dipasang lebih setahun yang sudah. Tapi tak pernah menyala pun. Buat hiasan je kat simpang tu. Pagi-pagi saya memang kamikaze je redah jalan kat simpang tu.
Tapi sebulan yang lepas ada keajaiban berlaku. Traffic light tu tiba-tiba menyala dan berfungsi!
Pokok Bunga
Divider sepanjang jalan Kerinchi tu biasanya kosong je. Tak ada pokok apa pun.
Tapi dua tiga minggu lepas (selepas jalan dicantikkan)… divider tu dah dibuat baru dan mula ditanam pokok bunga segera @ instant.
Motif? Sebab ada menteri nak datang kat khemah gerakan pilihan raya BN kat situ..heh heh.
So… kerja siapakah yang tetiba buat magik cantikkan jalan, nyalakan traffic light dan tanam pokok bunga tu?
Fikir lah sendiri ek?
hahaha, “Likes” this entry. Dalam sempoi hasil tulisan, ada makna disebaliknya