Kisah Lampin Kain Moden | Swim Diaper Charlie Banana Comel Sungguh!

Masa Irfan umur 3 bulan saya berkira-kira untuk menghantar baby saya tu belajar berenang. Mak over okeh…ekekke.

Actually… masa tu saya tertengok satu video clip baby ‘terjatuh’ dalam air kolam dan pandai menyelamatkan diri dengan terapung secara terlentang di permukaan air. Baby tu sudah dilatih untuk naik ke permukaan, terlentangkan diri dan terapung dengan tenang sehingga bantuan datang.

Sangat mengujakan hati seorang ibu macam saya ni.

Kelas Renang Bayi

Terus saya klik link asal video dan mengetahui something yang sangat membuka mata. Baby kecik lagi senang belajar berenang. Sebab dah 9 bulan duduk dalam air ketuban dalam rahim tu kan.

Kelas Renang Bayi

Bagi baby… air adalah sangat selesa dan menenangkan. So.. lagi cepat kita ajar baby berenang lagi cepat dia pandai.

Tu la sebabnya mak jadi over nak hantar baby umur 3 bulan berenang… ha ha ha.

Research punya research… terjumpalah satu tempat kat Damansara yang ada kelas renang bayi. Baby seawal umur 6 bulan dah boleh belajar berenang.

Lagi mak rasa excited. Berbunga-bunga dalam hati dan hantar Irfan belajar berenang dengan Erika Peres. Tapi since Irfan baru 3 bulan saya hold la dulukan.

Tapi saya tak leh tahan lagi nak jugak belikan Irfan seluar renang @ swim diaper (lampin renang). Keterujaan melampau sangat dah ni ekekee.

So… saya search lah online nak cari swim diaper untuk Irfan. Cari punya cari tak jugak jumpa.

Kebanyakan kedai online yang jual cloth diaper @ lampin kain moden tak ada jual swim diaper. Dulu-dulu ada tapi sekarang macam semuanya samada dah tak jual atau out of stock.

Agaknya rezeki saya kot tetiba terjumpa satu Facebook page ni. Page tu memang jual lampin kain moden. Ada beberapa jenama tapi saya sangat tertarik dengan jenama Charlie Banana. Macam kiut je bunyi nama Charlie Banana tu kan.

Charlie Banana

So… saya buka tengok dan walllaaaah! Ada jual swim diaper yang saya nak.

Comel-comel pulak tewwwwwww….. mata saya dah berbintang-bintang rambang. Mak nak semua!!!

Tamak. Pang. Lempang muka sendiri.

Nasib baik corak swim diaper yang comel tu banyak untuk baby girl. Selamat duit mak..ekekeke.

Saya beli dua swim diaper untuk Irfan. Satu saiz S dan satu saiz M. Harga RM42 setiap satu.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Swim Diaper Charlie Banana

Irfan ni rangka kecil comel macam mak dia je kan so sampai sekarang dah 14 bulan pun masih saiz S. Petite baby lah pencetus ummah Irfan Harith ni.

 

Swim Diaper Charlie Banana

Charlie Banana Swim Diaper Handsome – saiz S (5-7 kg)

Swim Diaper Charlie Banana

Charlie Banana Swim Diaper Robot Boy – saiz M (7-9kg)

Saya memang jatuh cinta dengan lampin renang @ swim diaper jenama Charlie Banana ni. Kualiti kain dan jahitan memang terbaik.

Swim Diaper Charlie Banana

Lapisan luar lampin renang Charlie Banana ni macam cloth diaper jugak iaitu kalis bocor. Lapisan dalam pulak dibuat dari kain kapas yang oh oh oh sangat lembut.

Swim Diaper Charlie Banana

Lagi satu yang bestnya ialah lampin renang ni boleh dijadikan training pant semasa kita nak potty train baby. 2 dalam satu. Jimat jimat jimat.

Irfan dah 14 bulan tapi saya tak hantar pun dia belajar berenang di kelas renang bayi. Erika Peres pun dah lama berhenti dari pusat renang kat Damansara tu. Kat situ masih ada kelas renang bayi tapi macam tak cukup masa nak hantar sebab clash dengan kelas renang dan taekwondo Izzah.

Swim Diaper Charlie Banana

So… saya hold dulu lah ajar Irfan berenang. Tunggu 2 tahun lagi boleh hantar dia belajar berenang di PADE tu. Buat sementara ni… main-main air sajalah kat kolam kecik di PADE tu.

3 Comments

  • Assalam…
    Bagaimn puan mengatasi masalah kandungan klorin yg agak tinggi di kolam renang untuk baby atau pool utk baby mmg lain kndungan klorinnya. Tkasih.

    • @rin, klorin ni katanya merbahaya sebab boleh affect paru2 baby kalau tertelan atau terbau kuanti yg banyak… kita tak leh kawal kandungan klorin dalam kolam renang tapi kita boleh buat perkara ni untuk elak kesan klorin pada baby:

      1. jika lalu je tepi kolam dan terbau klorin yg kuat jgn bawa baby masuk kolam.. kandungan klorin too high la tu kalau belum apa2 dah bau

      2. jangan terlalu kerap bawa baby mandi kolam.. sekali seminggu no harm.. melebihi 3 kali tu too much lah

      3. mandikan baby dengan air biasa banyak2 lepas main kolam

      4. baby kena umur 3 bulan ke atas… kalau kelas renang kena tunggu 6 bulan ke atas sebab masa ni sistem imun dah develop

      5. takat baby main air guna pelampung tu takde masalah.. jgn pegi selam kepala baby dalam air sudah (kecuali masa kelas renang dengan jurulatih professional lah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *