Adeh. Tepuk dahi. Flip tudung ekekeke.
Tak sangka saya boleh kembali terjebak dengan kegilaan membeli cloth diaper moden @ lampin kain moden ni semula.
Jangan salah sangka. Saya tak kata pengguna lampin kain moden ni giler. Lampin kain moden sekarang ni print semua cantik-cantik. Tu yang buat saya giler shopping tewww…ha ha ha.
Ingat lagi dulu. Masa saya mengandungkan Izzah tahun 2007. Masa tu lampin kain moden tak popular sangat pun. Boleh bilang dengan jari orang yang guna lampin kain moden untuk anak…ekekeke
Saya salah seorang dari peneraju pengguna lampin kain moden ni kot. Perasan nyah. Kenyit mata.
Masa Izzah dulu… mostly lampin kain moden yang dijual adalah diimport dari luar negara. So… harganya memang mahal. RM80+++ seketul. 10 ketul dah RM800.
Saya rasa saya dah melabur dekat 3k kot beli lampin kain moden ni in total. Ntah-ntah lebih lagi. Tapi okey lah sebab lampin kain moden ni boleh jual balik sebagai prelove.
Masa tahun 2007-2009… hanya ada seorang je pembuat lampin kain moden kat Malaysia ni. Maksud saya jenama tempatan. Tapi dia buat lampin kain jenis fitted sahaja. Saya tak berkenan fitted cloth diaper ni. Mudah leaking dan kena banyak saiz pulak tu.
Saya lagi suka jenis one size pocket diaper. Macam jenama Bum Genius, Happy Heinys dan FuzziBunz.
Starting tahun 2010 baru ada banyak jenama lampin kain moden tempatan. Made in Malaysia. Ada banyak juga yang buatan China tapi letak label jenama tempatan.
Saya pernah jugak try brand lampin kain local ni. Menyesal beli. Memang kualiti totally out lah. Nanti senang saya buat comparison semua jenama lampin kain yang saya pernah guna pada baby saya.
Saya lebih suka pada lampin kain moden jenama Bum Genius, Happy Heinys dan FuzziBunz. Lepas Izzah dah fully potty trained… saya jual semua koleksi lampin kain moden saya tu.
Saya tak fikir saya akan guna lagi lampin kain moden tu semua. Sebab saya ni kan bila mengandung je gugur. Dah tiga kali gugur. Macam susah je nak dapat baby lagi.
So… bila mengandungkan Irfan dan melahirkan pencetus ummah ni… saya tak ambik kisah pun pasal lampin kain moden. Malas nak terjebak lagi…ekekeke.
Tapi bila Irfan dah boleh berjalan semasa umur 11 bulan… saya tetiba terfikir.. mesti comel kalau Irfan berjalan terkedek-kedek sambil pakai cloth diaper.
Kalau ambik gambar mesti kiut kannnnn. Izzah dulu banyak koleksi gambar dengan lampin kain.. Irfan pun mesti ada juga. Tak adil tu kalau tak ada.
Apa macam. Logik tak alasan saya nak beli lampin kain moden untuk Irfan? Macam pentingkan diri sendiri saja. Bukannya nak pakai lampin kain moden sebab nak jaga kehijauan bumi.. teruk betul.. ekekeke.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Saya pun mula berfikir. Nak beli jenama apa ek? Macam muak dah dengan Bum Genius, Happy Heinys, Fuzzi Bunz, Autumnz, Lunatots dan sebagainya tu…hmmm.
Oh saya tau!!!
Masa Irfan 3 bulan saya pernah survey online pasai swim diaper. Berhari-hari saya search. Terjumpa jenama Charlie Banana. Saya terus jatuh cinta dan beli 2 helai swim diaper yang boleh juga jadi training pant tu. Memang sweeet.
Kualiti swim diaper Charlie Banana memang sangat bagus. Material sangat soft so saya yakin lampin kain moden jenama Charlie Banana pun mesti sangat okey.
So… Charlie Banana lah pilihan saya!
Charlie Banana – Lampin Kain Hybrid (2 dalam 1)
Biasa kita dengar kereta jenis hybrid kan.. lampin kain moden Charlie Banana ni pun jenis hybrid tau. Tak dapat merasa pakai kereta hybrid… dapat guna lampin kain moden hybrid pun jadi lah….ekekekeke.
Canggih betul lampin kain moden sekarang ni. Tak silap dulu cuma ada Pocket Diaper , Fitted Diaper, Diaper Cover dan All in One (AIO). Sekang ada hybrid pulak. I like.
Actually… ramai parents yang beli lampin kain moden tapi tak guna sepenuhnya pun. Mereka macam saya lah. Guna masa kat rumah saja. Kalau keluar jalan-jalan atau tumpang anak rumah parents atau hantar anak pergi nurseri… ramai yang supply lampin pakai buang.
Mungkin malas nak usung lampin kotor ke sana sini masa shopping. Wangi sangat beb…ekekeke.
Mungkin malas nak ajar orang lain cara betul nak uruskan lampin kain moden. Tak semudah lampin pakai buang. Lepas pakai terus buang. Settle.
Tapi lampin kain moden ni mana boleh terus pakai buang nyah ooi. Menangis meraung la mak budak tu nanti ekekeke.
Kawan saya dulu pernah jadi macam tu. Hantar anak pergi taska. Bekalkan lampin kain moden sebab bontot anak alergik dengan lampin pakai buang. Tetiba baby buang air besar. Penjaga pergi buang dalam tong sampah lampin kain moden yang kotor tu.
Mau tak mengamuk kawan saya. Siap paksa penjaga tu pergi selongkar tong sampah cari balik lampin kain moden tu… nasib baik jumpa dan belum dikutip lori sampah.. kalau tak… mau kena bayar balik harga lampin kain RM40 seketul tu….ekekkee
Charlie Banana ni lampin kain 2 dalam 1. Maknanya….ianya memang lampin kain moden siap dengan insert macam biasa lah. Tapi lagi best sebab Charlie Banana ni kita boleh letak juga disposable inserts.
Sangat berguna time kita travel, jalan-jalan atau hantar anak untuk parents jaga. Inserts yang kotor boleh buang, so.. tak de lah risau nak kena bungkus bawa balik lampin kain yang ada poo poo anak teww…ekekeke.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Assalamualaikum.. boleh saya tahu beli kat mana CD charlie banana ni? 🙂
@fara, saya beli di: https://www.facebook.com/sweetlunashop?fref=ts
Salakedai mana yang ada jual Happy Heinys atau grovia ek?nak cari kedai dlu tengok before beli