Kisah Lampin Kain | Microfiber, Cotton, Hemp, Bamboo & Zorb — Mana Satu Yang Best?

Bismillah. Aloe!

Baru je nak mencuba lampin kain moden @ cloth diaper = CD dah rasa pening. Dah la CD tu banyak jenis. Insert/soaker & doubler/booster untuk lampin kain moden @ cloth diaper = CD ni pun pelbagai jenis jugak!

Whoaaaaa! Jangan give up dulu okeh. Pilih ikut kesesuaian dan budget korang.Cuba try test tengok yang mana satu korang suka.

Tak semestinya kalau ramai mak2 cakap inserts yg tertentu tu best so yang tu pun the best for you. Actually ianya bergantung kepada prefrence korang sendiri.

Tak cuba tak tau. Tapi sebelum cuba ada baiknya belajar dulu tentang insert/soaker ni.

Aku dah lebih 8 tahun terjebak dengan lampin kain moden @ cloth diaper = CD ni. 8 tahun beb! Tak otai lagi tak tau la tu ekekekee [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Lampin Kain Moden

Take note yang aku TAK JUAL CD = NOT A CD SELLER yang jual CD for profit. Sometimes memang aku jual preloved CD @ terpakai kepunyaan anak2 aku tapi itu once in a blue moon. Bila anak aku dah selamat potty trained hehee.

Apa yang aku nak share adalah dari pengalaman aku sendiri. Lain orang lain pengalaman. So… jangan take all my words la ye.

Daya Serapan Inserts/Soakers

Daya serapan = absorbency merujuk kepada keupayaan sejenis kain @ fabrik untuk menyerap cecair. Lain jenis kain lain daya serapan dia.

Inserts/soakers lampin kain moden @ cloth diaper = CD ni ada pelbagai pilihan dari segi:

  • jenis fiber @ serat yang digunakan samada natural fiber @ serat semulajadi atau serat sintetik — cotton, bamboo, hemp, microfiber
  • jenis proses yang digunakan untuk hasilkan fiber kepada fabrik — knitting, weaving

Kebanyakan inserts kain lampin moden diproses secara knitting sebab proses ni boleh menambah daya serapan kain.

Jenis fiber @ serat inserts lampin kain moden pula mempunyai kelebihan & keburukan @ pros & cons masing-masing. Aku boleh bagi a few tips. Tapi korang still kena cuba try test. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Nama2 Fabrik Inserts/Soakers

1 — Cotton @ kain kapas

Kain cotton adalah natural fiber yang lembut, breathable, menyerap cecair dan mudah dibasuh. Jadi cotton sangat sesuai dijadikan inserts lampin kain moden.

Inserts Kain Lampin Moden

PROS: Natural fiber, sangat menyerap @ absorbent, nipis @ trim, mudah dicuci, tahan lama, sentiasa lembut

CONS: Perlukan banyak lapisan untuk lebih menyerap, menjadi lebih tebal @ bulky

JENIS2: Regular, organic. Wovens: Flannel, birdseye. Knits: Terry cloth, french terry, velour, sherpa.

Aku suka lampin kain moden @ cloth diaper = CD yg guna cotton sebagai inserts ni. Terutama yang cotton organik macam CD Grovia.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sebut pasal Grovia ni – oh oh oh – CD ni kira high end cloth diaper la kot. Sebab cantik sangat dan mahal ekekee. Aku ada 2 ketul je Grovia untuk Irdina.

2 — Hemp

Hemp adalah natural fiber yang sangat menyerap, boleh menyimpan cecair dengan banyak untuk tempoh yang lama. Kain hemp juga sangat tahan lasak dan bersifat antibakteria. Jadi memang sangat sesuai dijadikan inserts lampin kain moden.

Kain hemp dibuat daripada fiber @ serat dari dalam kulit kayu pokok hemp dan biasanya digabungkan dengan kain cotton yang lebih lembut.

Kebanyakan inserts CD daripada hemp adalah campuran 55% hemp dan 45% cotton. Gabungan hemp dan cotton meningkatkan lagi daya serapan inserts lampin kain moden.

Inserts Kain Lampin Moden

PROS: Natural fiber, sangat menyerap & menyimpan cecair, natural fibers, sangat nipis

CONS: Boleh menjadi busuk @ stinky kerana sifatnya boleh menyimpan bau, menjadi kesat @ stiff jika dijemur bawah cahaya matahari, lambat kering, harga mahal

JENIS2: French terry, fleece atau jersey knit.

Aku ada banyak jugak CD dengan inserts jenis Hemp ni. Memang nipis dan sangat menyerap. Cuma bila jemur dan kering jadi keras.

3 — Bamboo

Bamboo walaupun asal dari pokok buluh tapi ianya bukan natural fiber. Sebab fabrik bamboo ni terhasil dari proses kimia berat @ proses viscose. Pulpa kayu pokok buluh dihancur menjadi fiber menggunakan beberapa bahan kimia. Selepas itu barulah fiber bamboo boleh dikait menjadi kain bamboo @ kain rayon bamboo.

Kain bamboo sangat menyerap cecair dan sangat tahan lasak. Jadi ianya sangat popular sebagai insert lampin kain moden @ CD.

Inserts Kain Lampin Moden

PROS: Sangat lembut, semakin bertambah lembut dengan penggunaan, menyerap cecair dengan cepat, breathable, thermal regulating — selesa dan sejuk walaupun semasa basah, nipis, mudah dibasuh, sesuai untuk kulit sensitif

CONS: Harga mahal, ambil masa untuk kering, kurang tahan lasak berbanding cotton, mudah mengecut

JENIS2: Terry, French terry, sherpa, velour dan jersey knits

Aku ada a few CD yang guna inserts bamboo ni contohnya Funky Fluff. Kain bamboo menyerap tapi aku tak berapa suka sebab lambat sangat kering. Matahari panas terik dari pagi ke petang pun masih lembab jugak inserts bamboo ni.

Aku siap sidai lagi dalam rumah pada waktu malam lepas jemur pada siangnya. Esok paginya baru kering.

4 — Microfiber

Microfiber adalah kain yang paling banyak digunakan sebagai insert lampin kain moden @ cloth diaper = CD. Microfiber dibuat daripada 75% polyester dan 25% polyamide. Kain ini memang sangat menyerap cecair. Harga pun sangat murah.

Microfiber adalah fabrik sintetik yang dibuat daripada non-absorbent fibers. Fiber itu sendiri sifatnya tak menyerap cecair. Tapi cara fiber tu disimpul mewujudkan berjuta-juta poket kecil yang mampu menarik dan menyimpan cecair dengan sangat cepat dan berkesan.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Inserts Kain Lampin Moden

PROS: Harga murah, mudah didapati, cepat menyerap, kering cepat, semakin lebih menyerap dengan penggunaan (gets more absobent with use)

CONS: Tak boleh letak direct kena kulit bayi sebab boleh sebabkan kulit jadi kering dan kasar, terasa kesat, mudah bocor jika terlalu penuh — akibat tekanan (leaks from squishing), mudah mengumpul sisa pencuci dan air kencing menyebabkan cepat berbau busuk (stinky)

JENIS2: Terrycloth

Aku suka guna inserts microfiber ni. Sebab cepat serap basahan. Tapi kadang2 bau dia tu perghhhhh. Tapi tu dulu la masa zaman aku ber CD dengan Izzah. Masa tu aku guna sabun Pureen HAD kot. Pastu aku guna Charlie Soap baru ok.

Sekarang aku guna Forever MPD – cecair pencuci mengandungi Aloe Vera. So far tiada langsung masalah inserts microfiber berbau hapak. Bau fresh sangat.

5 — Zorb

Zorb adalah campuran bamboo, cotton dan poly microfibers yang dicipta khusus untuk meningkatkan daya penyerapan lampin kain moden.

Zorb mampu menyimpan 10x cecair berbanding beratnya dan menyerap lebih cepat daripada microfiber. Setiap lapisan zorb ni pula menggantikan 2-3 lapisan bamboo atau cotton French terry. Compression leaks @ kebocoran akibat tekanan pun kurang.

PROS: Sangat menyerap, cepat kering, kurang compression leaks berbanding microfiber, sangat nipis

CONS: Mesti diletak antara lapisan fabrik jenis lain, harga sangat mahal, susah dapat (tak ramai seller)

6 — Zorb II

Zorb II adalah kain zorb yang diletak antara lapisan kain bamboo/cotton — boleh guna sebagai prefold dan fitted diaper.

Satu lapisan Zorb II boleh menggantikan 2 lapisan microfiber terry and 4 lapisan cotton atau bamboo French terry.Zorb II boleh menyerap 20x lebih cepat daripada microfiber, bamboo atau hemp.

Inserts Kain Lampin Moden

PROS: Sangat menyerap, cepat kering, kurang compression leaks berbanding microfiber, sangat nipis

CONS: Sedikit mengecut selepas dibasuh, harga mahal, susah nak dapat di Malaysia

JENIS2: 2 jenis – dimple dan diamond

Kiranya Zorb II ni inovasi terkini cloth diaper. Aku suka sangat Zorb ni.

Sebab sangat nipis tapi sangat menyerap. Mabeles sangat tau.

Aku selalu letak Zorb kat atas dan microfiber kat bawah — sumbat dalam pocket diaper. Lepas 3 jam Zorb tu basah tapi microfiber tu tetap kering!

Jenis2 Fabrik & Kemasan Fabrik Untuk Inserts/Soakers

Jenis fabrik atau kain yang sering digunakan untuk buat inserts lampin kain moden ialah cotton, bamboo fleece dan French terry. Sherpa dan velour ada variasi dari kain French terry — beza pada kemasan pada simpulan kain.

1 — French Terry

French Terry adalah jenis kain berkait mudah regang @ stretchy knit fabric dengan kemasan berkait yang rata pada satu bahagian dan kemasan bersimpul pada sebelah lagi.

Kain ini adalah fabrik popular untuk semua bahagian lampin kain moden @ cloth diaper =CD termasuk fitted, prefolds dan sebagai inserts/doublers.

PROS: Sangat menyerap cecair

CONS: Mengecut hingga 10% saiz asal (bergantung kepada fiber), mesti pre-wash

FIBERS: Cotton, bamboo (biasanya campuran 70% bamboo, 30% cotton) dan hemp

2 — Fleece

Fleece adalah knit fabric @ kain berkait dengan kemasan licin di bahagian luar dan kemasan lembit di bahagian dalamnya. Bahagian lembut dan gebu dibuat daripada French terry yang diberus bagi menghasilan”fleecy side”.

PROS: Mudah didapati, lembut dan gebu

CONS: Harga mahal, jarang ada yang bercorak, mudah mengecut

FIBERS: Cotton, bamboo dan hemp

3 — Sherpa

Sherpa adalah kain French knit terry denagn lapisan berkait licin di dalam dan lapisan lembut yang mewah di luarnya. Sherpa kekal lembut walaupun di basuh berkali2 jadi ia selalu digunakan sebagao diaper inners dan cloth wipes..

PROS: very absorbent, absorbs quckly, Breathable. Soft and luxurious feel

CONS: Expensive

FIBERS: Cotton

4 — Velour

Velour adalah knit terry dengan lapisan licin di luar dan lapisan lembut @ velvety soft di luar. Velour biasa diguna sebagai lapisan atas inserts/soakers dan lapisan dalam @ inner lining lampin jenis fitted dan AIOs.

cotton-velour

PROS: Rasa mewah, lembut dan gebu

CONS: Mahal, tidak tahan lasak, kulit terasa basah sebab bukan kain stay-dry

FIBERS: Cotton, campuran 80% cotton/20% polyester Organic Cotton, Bamboo (BV – bamboo velour)

5 — Terrycloth

Kain terrycloth adalah kain tuala di mana kedua2 bahagian ada pintalan.

PROS: Tebal dan sangat menyerap, mudah didapati, harga murah

CONS: Tebal, kesat dan keras selepas di basuh & jemur bawah matahari

FIBERS: Microfiber

Kain Kekal Kering @ Stay-Dry Fabrics

Lampin kain moden @ cloth diaper = CD menggunakan lapisan kain yang “wicking” iaitu boleh menarik cecair dan menyebarkannya kepada lapisan kain lain di bawahnya. Kulit bayi akan kekal kering walaupun inserts di bawahnya basah.

Setahu aku hanya ada 3 jenis kain yang jenis wicking iaitu:

1 — Microfleece

Microfleece adalah fabrik 100% polyester yang lembut tapi cepat berbulu dan menyebabkan lampin kain nampak buruk.

microfleece

PROS: Tak mengecut, lembut, selesa, kotoran tak melekat, mudah dibasuh, harga murah.

CONS: Mudah memerangkap sisa sabun (detergent build-up) dan berbau busuk, berbulu selepas diguna berulang-kali

2 — Suedecloth

Suedecloth adalah fabrik 100% polyester yang sangat bagus sebagai stay-dry fabric. Aku lagi suka kain suede daripada microfleece. Sebab kesan stay-dry lagi best daripada microfleece.

Suedecloth is an effective stay-dry barrier that stays looking new for a long time.

suedecloth

PROS: Harga murah, tak berbulu, mudah dibasuh, kotoran tak melekat, sangat berkesan untuk kekal kering

CONS: Boleh memerangkap sisa sabun (detergent build-up)

3 — Athletic Wicking Material

Athletic wicking material atau pique adalah kain yang sangat ringan dan licin seperti sutera. Biasanya diguna untuk buat pakaian ahli sukan.

Athletic wicking material kiranya tambahan terbaru kepada kain stay-dry lampin kain moden. Hanya lampin kain moden @ cloth diaper jenama mahal je yang guna athletic wicking material ni. Fabrik ini memang sangat berkesan untuk mengekalkan kulit kekal kering.

athletic-wicking-fabric

PROS: Lembut, nipis, ringan dan odour-resistant

CONS: Boleh jadi berbulu dan menipis selepas tempoh yang lama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *