Kisah Lampin Kain | Insert / Soaker, Doubler / Booster & Liner – Mana Satu Nak Pilih?

Bismillah. Aloe!

Nak berjinak dengan lampin kain moden @ cloth diaper = CD wajib ada ilmu tentang insert/soaker, doubler/booster dan liner.

Uhuh? Apa benda tu? Macam pening je nak sebut ekekeke.Jangan risau. Aku akan ringkaskan setiap satu terma ini dan terangkan maksud dan penggunaannya. Semoga bermanafat.

Aku mulakan dengan terma asas @ basic terms berkaitan lampin kain moden ni.

Insert

Insert atau soakers adalah kain yang disumbat dalam lampin kain moden berpoket @ pocket diaper atau diletakkan dalam waterproof cover. Kain ini mesti dibuat daripada fabrik yang sangat menyerap air @ basahan seperti cotton, microfiber, hemp, bamboo, minky, velour & zorb.

  • Flat – kain lampin tradisional yang dilipat sebelum dipakai bersama diaper cover
  • Prefold – kain lampin yang sedia dilipat beberapa lapisan yang berjahit & sedia untuk digunakan
  • Snake-style – lapisan panjang kain yang boleh dilipat mengikut kesesuaian
  • Petal-style – dua inserts yang dijahir bersama pada bahagian hujung umpama satu kelopak

Soakers

Doubler

Doubler atau booster adalah lapisan kain tambahan yang digunakan untuk menambah kuasa penyerapan lampin kain moden.

Doubler boleh disumbat dalam lampin kain moden berpoket @ pocket diaper, diletak pada bahagian atas insert pada lampin kain moden jenis All-in 2 (AI2), All-in-One (AIO), fitted atau hybrid diaper.

Liner

Liner adalah lapisan kain nipis yang diletak pada bahagian paling atas lampin kain moden. Tujuan liner adalah untuk memastikan kulit bayi kekal kering dan mengelakkan lampin kain moden dari terkena krim ruam dan najis bayi.

Liner Lampin Kain Moden

Liner ada 2 jenis iaitu:

  • Disposable liners @ pakai buang. Dibuat dari cellulose dan boleh dibuang dalam lubang tandas.
  • Reusable liners pula boleh dibasuh dan dipakai berulang kali. Dibuat dari kain fleece yang lembut.

Jenis-Jenis Kain Insert @ Soaker dan Doubler @ Booster

  • Microfiber — adalah kain yang paling banyak digunakan sebagai insert & doubler lampin kain moden. Mickrofiber sangat cepat menyerap cecair dan juga cepat kering. Harganya juga murah. Tetapi microfiber mudah berbau busuk jika tidak dibasuh dengan bersih menggunakan sabun yang sesuai dan air yang banyak. Microfiber sifatnya menyerap cecair jadi ia tidak boleh bersentuh dengan kulit bayi kerana akan menyebabkan kulit beruam.
  • Cotton — adalah kain kapas yang lembut contohnya kain Terry, French terry, flannel dan jersey. Kain kapas adalah serat semulajadi @ natural fiber jadi ia banyak digunakan sebagai inserts dalam lampin kain moden jenis All-in-One (AIO). Kain kapas sifatnya lembut jadi ia boleh bersentuh dengan kulit bayi.
  • Bamboo dan charcoal bamboo — adalah kain yang diproses dari pokok buluh @ bukan natural fiber. Kain bamboo lebih mahal dari microber dan cotton tetapi sangat lembut, nipis dan sangat menyerap basahan.  Bamboo biasa dicampur dengan kain kapas untuk meningkatkan daya serapan.
  • Hemp — adalah natural fiber dan dianggap sebagai kain insert paling premium dan mahal. Sifat kain hemp juga sangat menyerap cecair dan boleh menyimpan cecair dengan lama. Tapi kain hemp ini mengambil masa pula untuk kering. Bila kering hemp terasa agak kesat. Hemp inserts biasanya dibuat daripada campuran hemp dan cotton.

inserts lampin kain moden 08

  • Minky — adalah kain yang sangat lembut dan gebu yang dibuat dari polyester. Kain minky sangat menyerap dan susah melekat kotoran. Ia juga boleh bersentuh dengan kulit bayi.
  • Velour — adalah kain yang sangat lembut dan gebu yang dibuat dari kain kapas atau gabungan kain bamboo dan cotton. Kain velour adalah natural fiber yang lebih “breathable” daripada minky.
  • Zorb — adalah kain terbaru dibuat dari campuran natural fiber dan fiber sintetik. Kain zorb sangan menyerap cecair tapi harganya agak mahal. Susah nak dapat pulak tu. Tak banyak kedai kat Malaysia yang jual zorb.

zorb

Korang juga boleh jumpa insert yang dibuat dari lapisan pelbagai jenis fabrik yang dijahit bersama. Contohnya dua lapisan microfiber dengan satu lapisan bamboo atau stay dry fleece.

Pre-Wash

Inserts daripada natural fiber mesti dibasuh sebelum guna @ prewash 3-5 kali untuk buang minyak atau lilin yang melekat semasa proses pembuatan.

Banyak kan jenis2 insert/soaker & doubler/booster untuk lampin kain moden @ cloth diaper = CD ni? Kepeningan sudah ekekee.

Jangan risau. Pilih ikut kesesuaian dan budget korang. Nak tahu insert/soaker & doubler/booster mana yang aku rasa paling best? Kalau nak tahu apa yang best ikut pengalaman aku selama 8 tahun bergelumang dengan CD ni…tungguuuuuuuuuuuuu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *