Kisah Lampin Kain | Cara Menyediakan & Menggunakan Lampin Kain @ Pocket Cloth Diaper

Bismillah. Aloe!

Antara banyak2 sistem cloth diaper, aku rasa pocket diapers yang paling leceh sekali nak disediakan. Leceh ni tak bermakna susah. Hanya ada extra steps kena buat berbanding sistem cloth diaper yang lain.

Mudah je steps tu jika dah biasa. Aku suka je guna pocket diapers ni. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Masa Izzah dulu aku guna pocket diapers sebagai day diapers dan night diapers. Masa Irfan dan Irdina aku guna pocket diapers pada waktu siang sahaja.

Lampin Kain Moden

Sebelum aku story tentang cara menyediakan pocket cloth diapers sebelum digunakan, aku nak share panduan masa penggunaan lampin kain moden @ cloth diaper ini.

Lampin Kain Moden

Panduan Masa Penggunaan Cloth Diaper

Kat bawah ni panduan asas bagi yang baru nak berjinak2 dengan cloth diaper berpoket.

  • 7.00 – 10.00 pagi 1 pocket + 1 insert
  • 10.00 – 1.00 tengahari 1 pocket +1 insert
  • 1.00 – 4.00 petang 1 pocket + 1 insert
  • 4.00 – 7.00 petang 1 pocket + 1 insert
  • 7.00 – 12.00 malam 1 pocket + 2 insert
  • 12.00 – 7.00 pagi 1 pocket + 2 insert

Jumlah cloth diaper yang digunakan sehari adalah 6 pocket diapers + 8 inserts.

Penting! Cloth diaper mesti ditukar setiap kali baby buang najis dan apabila CD sudah berat.

  • 3-4 jam, sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
  • penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam (dari jam 10 malam ke 6 pagi)

Cara Menyediakan Pocket Cloth Diapers

Ada 2 bahagian utama pada lampin kain moden berpoket iaitu:

Lampin Kain Moden

Secara asasnya, satu insert/soaker boleh digunakan pada waktu siang untuk tempoh selama 3 jam. Dua inserts perlu disumbat dalam pocket diapers pada waktu malam untuk menyerap lebih banyak basahan.

Aku biasanya guna dua inserts walaupun untuk waktu siang. Baby aku tu kadang2 medium wetter. Kadang2 heavy wetter. Kira selamat sikit guna terus 2 inserts.

Inserts favorite aku untuk pocket diaper ialah Zorb + Microfiber. Zorb aku letak atas Microfiber sebab aku nak kesan stay dry tu bertahan walaupun Irdina duduk.

Microfiber ni memang sangat menyerap tapi bila penyek akibat baby duduk ia boleh “terperah” menyebabkan compression leak = kebocoran. Zorb ni pun super duper menyerap dan boleh hold berganda2 kebasahan berbanding microfiber tapi tiada risiko “terperah”.

Kiranya microfiber tu sebagai insert back up in case Zorb dah terlalu penuh lah. Most of the time hanya Zorb yang basah tapi microfiber masih kering masa aku tukar diaper. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Korang kena tengok juga baby korang samada medium wetter atau heavy wetter. Medium wetter rasanya tiada masalah sangat.

Tapi kalau heavy wetter kena make sure inserts yang dimasukkan dalam pocket diaper mampu menyerap dengan baik. Korang mesti bangun tengah malam untuk menukar diaper bagi mengelakkan kebocoran.

Lampin Kain Moden

Pastikan inserts yang dimasukkan dalam pocket diaper tidak terkeluar dan tidak senget bagi mencegah kebocoran.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Selepas dibasuh dan kering make sure korang dah setting kan @ adjust saiz cloth diaper mengikut saiz baby korang. Biasanya kena setting snap button pada depan cloth diaper dan setengah CD macam Bamboolite & Charlie Banana kena adjust getah elastik pada leg casing.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *