Kisah Lampin Kain | Apa Itu Lampin Kain @ Cloth Diaper = CD?

Bismillah. Aloe!

Cloth diaper @ lampin kain moden. Aku dah guna lampin kain moden @ CD ni sejak 2008 sampai sekarang. So aku ni kira otai bab lampin moden la kot ekekeee!

Jom berkenalan lebih mesra dengan cloth diaper moden ni. Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta sure rambang mata! [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Lampin Kain Moden

Lampin kain moden @ cloth diaper juga lebih dikenali sebagai CD adalah lampin kain dengan rekabentuk moden.

Aku ingat lagi masa adik bongsu aku baby sekitar tahun 1980an – kain lampin biasa + diaper cover plain dengan snap buttons digunakan dengan meluas. Pastu masa anak2 saudara aku kecik sekitar tahun 1990an, kain lampin biasa + diaper cover plastik yang kena ikat tu sangat popular.

Masa aku mengandungkan Izzah pada tahun 2007 aku pun teruja nak bagi baby aku pakai lampin kain flat ni. Tapi aku lupa macam mana cara nak lipat kain lampin tu. So aku search la internet.

Lampin Kain Moden

Cara Lipat Kain Lampin Jenis Flat / Napkin / Muslin / Tradisional

Aku terjumpa tentang lampin kain moden @ cloth diaper = CD! Ada 2-3 orang mommy bloggers kat Malaysia ni yang dah guna CD. Teruja sungguh aku.

Sampai habis beribu lah aku invest beli diaper covers, chinese prefolds dan pocket diapers. CD masa tu sangat mahal sebab mostly imported dari oversea. Pejam mata je beli huhuhuu!

Aku plan nak guna diaper cover + chinese prefolds masa dalam pantang. Tapi tinggal impian saja lah.

Sebab masa pantang aku rasa blues @ macam zombie sangat sebab kena cesar emergency @ 34 weeks. Pastu baby Izzah kena warded 11 hari sebab kuning + jangkitan usus. Anak first pantang sendiri pulak tu. Nasib baik tak meroyan.

Lampin Kain Moden

Izzah @ 3 months — pakai diaper wrap size S + prefold

Izzah baby pramatang so saiz sangat la kecik. Memang tak sesuai pun nak guna CD tu semua. Gedabak besar sangat.

Masa Izzah umur 3 bulan baru aku mula ber-CD secara sambilan – masa weekend dan malam je aku guna lampin kain moden. Siang hantar taska guna lampin pakai buang. Bila jalan2 pun aku guna disposables. Pemalas betul aku hehee. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Masa Irfan aku started CD-ing masa umur dia 11 bulan. Malas sangat masa tu. Masa Irdina ni started masa umur dia 6 bulan. Aku ingat malas dah nak CD lagi. Tapi since aku ni WAHM so memang peluang terbuka untuk full CD-ing baby Irdina. Lepas ni dah tak kan ada baby so why not la kan?

Apa Itu Lampin Kain @ Cloth Diaper = CD?

Lampin kain moden @ CD ni ada banyak jenis sebenarnya. Mak2 yang baru nak berjinak2 dengan lampin kain moden sure pening lah ekekeke.

Biasa kita panggil jenis2 lampin kain moden ni sebagai sistem lampin kain moden @ cloth diaper system. Antaranya:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • Prefolds + diaper cover
  • Pocket cloth diaper
  • All-in One (AIO) cloth diaper
  • All-in Two (AI2) cloth diaper
  • Fitted cloth diaper
  • Hybrid cloth diaper

Lampin Kain Moden

Fuyohhhhhhhhhhhh. Banyaknya!!!! [wp-svg-icons icon=”neutral” wrap=”i”]

Cloth diaper biasa menggunakan fabrik PUL (Polyurethane Laminate) sebagai lapisan paling luar yang mempunyai penebat air untuk elak cecair tembus keluar @ bocor.

Kain fleece atau microsuede digunakan sebagai lapisan pemisah antara PUL dan kulit bayi. Fleece atau microsuede adalah fabrik lembut yang menyerap air @ wicking dan membuatkan bayi berasa kering dan selesa.

Lampin kain moden prefolds + diaper cover ni sangat mirip dengan lampin kain tradisional.

Lampin Kain Moden

Bezanya lampin kain moden tak guna kain lampin nipis (muslin/cheese cloth). Tapi guna kain prefolds yang sudah sedia dilipat dan lebih tebal.

Lampin Kain Moden

Lampin Kain Moden

Izzah @ 3 months — prefolds + diaper wrap + snappi

Pocket cloth diaper adalah lampin kain moden berpoket. Dalam poket boleh letak insert/soaker.

Lampin Kain Moden

Biasanya insert/soaker ni dibuat daripada kain yang menyerap cecair seperti kain microfiber, hemp atau bamboo. Contoh: Bum Genius, Happy Heinys, Charlie Banana, Fuzzibunz.

Lampin Kain Moden

All-in One (AIO) adalah lampin kain moden dengan inserts/soaker dijahit terus pada diaper cover. AIO sangat memudahkan bagi moms yang malas nak masukkan insert dalam poket. AIO ni bagus sebab inserts/soaker melekat jadi tak lah kelam-kabut cari inserts masa nak guna. Contoh: Happy Flute, Grovia

Lampin Kain Moden

All-in Two (AI2) adalah lampin kain moden dengan inserts/soaker yang melekat pada diaper cover tapi boleh cabut @ detachable. AI2 juga ada pocket jadi boleh convert jadi pocket diaper. Mabeles tau AI2 ni! Contoh: Tiny Bibiya, Bamboolite

Lampin Kain Moden

Fitted cloth diaper adalah lampin kain moden yang keseluruhan kainnya adalah menyerap air. Jadi fitted diaper perlu guna diaper cover untuk elak kebasahan. Lampin kain moden fitted ni selalunya datang dalam saiz berbeza untuk newborn, S, M dan L. Fabrik yang digunakan juga pelbagai seperti cotton knits, flannel, hemp, terry cloth, sherpa, bamboo atau velour.Contoh: Kissaluvs, Baby Beehinds, Grovia

Lampin Kain Moden

Hybrid cloth diaper merujuk kepada pocket cloth diaper atau AI2 yang boleh juga guna disposable inserts disamping inserts/soakers yang washable tu. Contoh: Charlie Banana

Lampin Kain Moden

Charlie Banana Hybrid — disposable inserts

Lampin kain moden @ cloth diaper = CD kebanyakannya dalam saiz One Size iaitu boleh laras ke saiz S, M dan L. Jadi cloth diaper beli sekali boleh guna dari newborn hingga toddler. Sangat menjimatkan!

Lampin Kain Moden

Kenapa Patut Guna Lampin Kain Moden = CD?

  • Menjimatkan – beli sekali boleh guna berkali-kali & boleh diwariskan kepada anak2 lain
  • Mesra Alam – mengurangkan sisa buangan terbanyak di dunia iaitu lampin pakai buang
  • Selamat dan sihat – tiada bahan kimia bertoksik, tiada ruam lampin , sesuai untuk kulit sensitif
  • Gaya Baru – pelbagai warna dan corak menarik… i like! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Lampin Kain Moden

Nota: $ dalam USD — RM2,000 cloth diaper vs RM6,000 disposables

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *