Alhamdulillah. Setelah bekerja makan gaji dan mengkayakan orang lain selama 16 tahun, akhirnya kak Ros ni dapat jugak kekuatan untuk hantar surat resigned. Tahniah pada diri sendiri. Fuhhh!
Actually, dah 4 bulan pun akak resigned ha ha! Blog pun dah kembali bersawang selama 4 bulan tu. Patutnya lepas resigned ada banyakkkkk masa nak tulis blog. Tapi ada benda lain yang lebih priority untuk di settle kan. So… hari ni lah baru dapat belek blog kesayangan beta ni.
Sejarah kerja makan gaji ku yang best : 2 tahun retail + 4 tahun kurier + 10 tahun gas manufacturing = 16 tahun!!
Sebulan lepas graduated dari Universiti Malaya, akak dapat kerja kat satu syarikat hypermarket tersohor kat Malaysia ni. Jadi Account Assistant dengan gaji mula RM1,400 je pun. Lulusan degree Accounting UM yang tersohor tu dapat gaji banyak tu je? Memang jeles dengan adik yang ada diploma kolej je tapi gaji mula dia RM1,800! Serius jeles beb… hahahhaa!
Dalam masa 2 tahun tu dapat naik pangkat la sikit dari Account Assistant jadi Account Executive. Gaji pun naik kepada RM1,900. Kira alhamdulillah lah. Boleh lah tukar motor Yamaha buruk akak tu kepada kereta kancil kaler biru.
Tak de lah kena berpanas dan berhujan masa pergi kerja. Lagipun, senanglah nak pergi rumah kakak kat KL dan adik kat Sepang tengok anak buah serta balik kampung. Tak payah susah payah berebut beli tiket bas masa nak raya. Kereta tu barang keperluan la kiranya kannn.
Tapi ada jugak yang pertikaikan kenapa kak Ros beli Kancil je tak beli kereta Wira? Mak aihhh… apa baran akak nak beli kereta Wira yang besar tu sedangkan gaji akak ni kecik je dan status pun single je masa tu. Nak bagi selesa orang tumpang? Tolong lah…hahhaha!
2 tahun dengan retail company, tiba-tiba dapat offer dari syarikat kurier milik bumiputera. Rasa berat hati jugak nak tinggalkan retail ni sebab walaupun orang Melayu 2-3 orang je tapi syarikat ni sangat stabil. Tapi sebab yang offer tu orang yang dah lama kenal so terima sajalah. Lagipun kurier tu syarikat berhad. Mesti staff welfare jaga baik punya.
Tapi hampeh la. 4 tahun akak kat situ hanya sekali je naik gaji dan dapat bonus!! Kupik sangat syarikat kurier tu. Akak buat kerja bagus pun tak dapat recognition. Bonus jauh sekali la. Buat penat je bersengkang mata lead projek tukar accounting system yang lapuk tu kepada yang baru. Kerja bodoh je mengkayakan orang lain.. padan muka kak Ros ni hah.. hahhaa!
Dapat je kerja lain cepat-cepat akak blah. Kali ni syarikat Melayu jugak tapi akak stay 1 bulan ke kat situ. Dapat kerja kat kilang gas international teruslah akak cabut. Dengan syarikat gas ni kak Ros bertahan selama 10 tahun!
Nama je kerja kilang tapi kerja bahagian ofis punya – jadi Akauntan je pun – kira duit orang juta-juta. Asalnya ofis kat Shah Alam so kak Ros beli lah rumah kat Klang. Lepas tu ofis pindah Kelana Jaya. Lepas tu pindah lagi ke Bangsar South sebab nak status MSC tu. Makin lama makin jauh. Ambik masa sejam tu akak nak drive pagi-pagi dari Klang ke Bangsar South.
Pejam celik dah 4 tahun akak ulang alik dari Klang ke Bangsar South. Bertahan lama la jugak sebab company jaga kebajikan staff dengan bagi flexi hour masuk pukul 7 balik pukul 4 untuk elak jalan jem. Pastu 2 hari dalam sebulan boleh kerja dari rumah. Increment dan bonus pun tiap tahun ada walaupun bonus tu makin lama makin ciput hahaaa!
Masa awal kerja dulu bos Cina ok je rasa no problem. Pastu tukar bos Korean tersangatlah best dia ni. Memang seronok giler kerja dengan boss Korea ni. Tapi biasalah benda best mana bertahan lama. Lepas 3 tahun tukar bos Cina lain pulak. Masih ok lagi sebab dia ni memang knowledgeable sebab dah berpuluh tahun kerja dengan company ni. Apa-apa je boleh refer dengan dia.
Agaknya bos ni bengang sebab tak dinaikkan pangkat walaupun pengalaman dan ilmu lagi banyak dari pompuan gedik yang tetiba dijadikan Senior Finance Manager tu sooooo dia blah. Huwaaaa!
Buat sementara ada manager baru dari Europe yang tall, dark and tak berapa hensem. Hmmm.. bos baru ni walaupun foreigner tapi since dah kerja lama dengan syarikat dan ada ilmu juga so akak ni tak risau sangat. Lagipun dia jenis yang protect staff dia dan tak kedekut belanja makan mahal-mahal ekekekeke. So okey lah.
Tapi yang best tak kan bertahan forever and ever kan. Habis tempoh 2 tahun dia balik Europe lah. Bermulanya mimpi ngeri bagi kami. Dapat pulak boss baru pompuan. Outsider pulak tu. Sebelum ni semua bos adalah insider. Ada ilmu tentang syarikat. Yang ni outsider so ilmu zero!!
Tambah lagi bila kita buat training untuk dia langsung tak fokus. Berkali-kali ajar tapi tak dapat pick up masuk otak dia tu. Macam tu nak jadi boss? Susah nak respek lah gaya gitu. Rasa pelik pun ada kerja dengan bos pompuan ni sebab sebelum ni direct bos akak semua lelaki.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Pelik dan menyampah sebab dia anggap staff dia macam best friend dia pulak. Baru kenal je kot tapi semua benda peribadi kita dia nak korek. Pastu sikit-sikit nak pegang tangan. Sikit-sikit nak peluk. Konon caring la tu.
Pastu sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak jeles. Akak belanja office mate minum kopi SF pun dia jeles. Pastu digunakan kita ni untuk kepentingan peribadi dia. Bos pompuan memang macam ni ke?
Masa tu dah berkira dah nak blah secepat mungkin. Tak tahan akak ni dengan bos macam tu. Tak pernah dapat boss yang kacau privasi hidup staff macam tu sekali.
Agaknya diri sendiri tak tahan pressure bos ni pun resign lepas beberapa bulan! Ganti boss lelaki baru. Hmmm… dia ni kira okey lah. Tapi sebab akak dah plan lama nak resign sebab rumah pun tunggang langgang tak terjaga sebab sibuk bekerja (alasan je tu…hahaha) + nak fokus mengkayakan diri sendiri…. so bulan 3 hari tu akak selamat memberhentikan diri dari bekerja mengkayakan orang lain!!
Alhamdulillah.