Kisah Juicing @ Mengejus | Kuvings Silent Juicer Robust Rob (Model NS-993)

Mengejus? Macam kelakar pulak translate perkataan “juicing” ke Bahasa Melayu ni. Akak guna juicing la ye lagi sopan bunyinya…hehhehe.

Dah lama nak cerita pasal juicing ni. Sejak bila terjebak dengan aktiviti juicing? Hmmm… rasanya since 2013. Lepas akak beli Kuvings Silent Juicer tu.

Sebelum tu bukannya tak buat fresh jus. Tapi guna blender biasa je. Lepas tu ada beli Philips Juicer tapi jenis mata pisau blade lebih kurang macam blender jugak. Hari-hari buat jus tak sampai setahun rosak terus tak boleh guna. Hampeh kan.

Beli Kuvings Silent Juicer lagi puas hati. Mahal tapi memang berbaloi-baloi lah. Puas hati sangat.

 

Kuvings Silent Juicer

Alah. Guna je lah blender buat jus. Buat apa susah payah habis ribu ringgit beli Slow Juicer?

Mak aihh. Macam jeles je soalan hahahah. Macam mana nak cakap ye. Hmmm.

Juicing tak sama dengan blending. Jus dihasilkan Slow Juicer ni lagi pure, pekat dan tanpa hampas. Rasanya lagi sedappppppp!

Tahukah korang? Minuman buah yang dihasilkan oleh blender atau juicer yang guna blade (mata pisau) tu sebenarnya bukan jus tapi smoothie.

  • Jus = air buah-buahan atau sayur-sayuran TANPA serat (fiber)
  • Smoothie = air buah-buahan DENGAN serat (fiber)
Smothie juga nampak macam pekat (tapi sebenarnya tak) sebab ada serat dan rupanya macam gambar di bawah ni. Nampak tu serat terapung di permukaan gelas? Ha ahh.. itulah hasil air buah menggunakan blender atau juicer biasa. Macam tak sedap je kannnn.
Kuvings Silent Juicer

Kuvings Silent Juicer – Robust Rob (model NS-993)

Akak guna Kuvings Silent Juicer ni. Kaler merah. Masa beli pada tahun 2013 dulu Kuvings Silent Juicer ni tak ada nama – cuma ada rujukan model NS-993.

Kuvings Silent Juicer

Baru tadi akak terjah laman web Kuvings. Mak aihhh. Setiap slow juicer Kuvings tu sudah diberi nama!

Kuvings Slow Juicer yang akak ni namanya Robust Rob. Nasib baik bukan Robo Cop…hehhee.

Maklumat lanjut tentang Kuvings Silent Juicer Robust Rob ni:

Model NS-993
Color Pearl Red
Type Millstone Method (Masticating)
Speed Low Speed (80rpm)
Power Consumption 240W
Rated Voltage 240V
Size 245 x 165 x 435(H) mm
Weight 7KG
Capacity 1000ml
Maximum Use Less than 30 minutes
Materials Ultem, Tritan, ABS, PC

Nampak perkataan masticating tu? Apo ko bondo tu jang?

Juicer ni ada 2 jenis. Centrifugal vs Masticating. Erkk…complicated pulak nak mengejus ni.

Centrifugal juicer tu macam Philips Juicer yang guna blade tajam tu lah. Juicer macam ni hanya sesuai untuk buahan dan sayuran keras tapi tak boleh mengejus sayuran berdaun macam bayam atau sawi.

Jus yang dihasilkan juicer jenis Centrifugal ni kena cepat-cepat minum sebab tak tahan lama.  Mudah teroksida (rosak) sebab dihasilkan guna blade berkelajuan tinggi yang menghasilkan haba dan menyebabkan jus cepat rosak.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Masticating juicer pulak macam Kuvings Silent Juicer yang guna “auger” yang tak tajam. Auger ni macam lesung batu lah. Buah atau sayur dilenyek dengan perlahan-lahan biasanya dalam 80 rotation per minute(80rpm). Juicer jenis ni memang mengejus secara slow sebab tu namanya juga adalah Slow Juicer.

Jus yang dihasilkan Slow Juicer tahan lebih lama. Nak juicing sayuran berdaun pun boleh. Sesuai sangat bagi yang nak mengejus banyak-banyak dan simpan dalam freezer.

Kuvings Silent Juicer

Harga Kuvings Slow Juicer Robust Rob masa akak beli tahun 2013 dulu RM1,399 dapat free Mincer Unit for Vertical Juicer. Pejam mata beli. Nak mengejus untuk hidup lebih sihat. Siap beli banyak buku tentang juicing dari Amazon lagi. Nanti senang akak share lagi tentang juicing ni.

Kuvings Silent Juicer

Harga Kuvings Silent Juicer Robust Rob sekarang ni dalam RM1,500+. Masih mahal.

Alang-alang nak beli slow juicer, boleh consider beli Kuvings Wide Mouth Silent Juicer. Lagi mudah dan pantas nak mengejus. Tak payah potong buah boleh terus masuk je dalam juicer.

Tapi harga Kuvings Wide Mouth Silent Juicer ni lagi mahal dalam RM2,400+++. Sepadan lah harganya dengan orang yang malas dan nak cepat je tu….hehhehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *