Baru nak cerita pasal hari raya..dah basi dah cerita raya 2013 ni….ekekeke..
Tak kira… nak cerita jugak.
Finally… selepas bertahun-tahun tak balik kampung untuk beraya.. tahun ni saya dapat balik kampung…. horeh… lompat katak… eh.. lompat bintang!!
Tahun-tahun sebelumnya kena kerja lah… tak leh travel sebab mengandung lah.. macam-macam lah. Hati memang membuak-buak nak balik… tapi sebab tak boleh so kena lah redha… tak kan nak mengamuk baling pinggan mangkuk pulak kannnn….ekekeke
Kami balik kampung sehari sebelum raya. Ikut hati nak balik awal tapi since time tu tengah awal bulan… kena closing akaun maahh… so nak tak nak… sehari before raya tu baru boleh bertolak balik.
Ingatkan jalan jem… tapi tak jem langsung!
Sebab ramai yang dah balik kampung pada Sabtu & Ahad sebelum raya tu la kot.
Mabeles sungguh sebab saya tak perlu beratur panjang nak masuk toilet di R&R…ha ha ha.
Biasa time raya ni… fuhh… line nak masuk toilet tu mengalahkan line orang beratur untuk dapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kot.
Sebab jalan tak jem so Irfan dan Izzah dapat menikmati permandangan cantik sepanjang lebuh raya dengan tenang. First time Irfan balik kampung ni tau.
Malam raya kat kampung memang seronok lah. Boleh main bunga api dan mercun. Eh..… shhhhhh…. ekekeke.
Berkepul-kepul asap bunga api sampai masuk dalam rumah. Bunyi mercun pulak berdentum-dentum. Macam berlawan-lawan pun ada.
Mana ntah mereka dapat supply mercun tu tak tahu lah.
Teringat masa kecik-kecik dulu masing-masing tunjuk hebat lawan bunyi meriam buluh. Bergegar kampung…telinga pun sakit. Sakit sebab dengar bunyi tak apa… kalau sakit kena letupan meriam buluh.. sendiri kutip lah tangan dan kaki yang terlerai… erkkk… kejamnya.
Siapa suruh cari nahas betul tak….ekekeke.
Raya tahun ni Izzah saya belikan baju kurung peplum ready made je… tak larat nak menjahit… kain banyak tapi nak potong dan jahit ku tak berdaya…hu hu
Irfan pun sama… pakai baju melayu teluk belanga ready made jugak. Susah nak jumpa saiz dia so kena alter sikit. Nasib baik maknya terer juga bab alter-mengalter ni.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Memang seronok raya kat kampung ni. Tapi satu je tak best…
Budak-budak pakat fokus main game kat iPad!!
Hilang semangat hari raya macam ni. Bangun pagi ngadap iPad.. lepas pakai baju raya ngadap iPad.. nak bergambar pun iPad melekat kat tangan.
Sampai Irfan yang baru berapa bulan tu pun tertarik dengan iPad… huh!
Nampak tu dalam gambar – Irfan sibuk menyelit nak tengok budak-budak yang dah besar semua tu main iPad *tepuk dahi*
Bila hari raya… tak sah kalau tak buat sesi fotografi kan.
Lepas bergambar bersama keluarga masing-masing dan mak bonda tercinta… saya terus ajak Izzah berposing kat depan rumah. Tak tau bila lagi dapat balik kampung so kena gunakan masa yang terhad ni untuk abadikan suasana kampung dalam gambar.
Jiwang pulak rasa…ekekee
Irfan pulak belum boleh jalan so sesi fotografi buat dalam rumah je lah.
First time pakai baju raya dan samping… besar gedabak…ekekeee
Oh ya.. kalau raya tak sah kalau tak tayang ole-ole biskut raya dari Istana Negara ni. Sedap..sedap..sedap!