Kisah Breastfeeding | Review Pam Susu Philips Avent Manual

Alhamdulillah. Irfan dah nak masuk 4 bulan dan saya masih lagi breastfeed dia.

Susu saya tak de lah meriah mana pun. Tapi tetap cukup untuk baby saya.

Saya malas nak compare dengan orang yang ada stok susu berkoyan-koyan. Siap kena beli deep freezer lagi tu. Ada tu sampai stok frozen expired dan kena buang. Murah betul rezeki sampai kena buang rezeki tu.. ish..ish.

Eh.. saya tak nak cerita pasal stok susu frozen lah. Saya nak cerita pasal pam susu @ breast pump.

Masa Izzah dulu saya guna Avent ISIS iQ Uno. Beli dengan harga RM695 beberapa hari lepas keluar dari hospital.

Avent ISIS iQ Uno tu pam susu elektrik dan boleh convert jadi manual. Saya tak suka guna pam elektrik tu sebab susu keluar sikit sangat walaupun breast dah full. Tension punya pasal terus susu tak mau keluar…hu hu

Bila saya guna pam susu manual Avent, saya rasa lagi best sebab boleh control sendiri suction tu. Bila Izzah dah tak breastfeed saya jual set Avent ISIS iQ Uno saya tu.

Bila saya mengandungkan Irfan ni.. saya dah set in mind nak beli pam susu Avent manual. Memang tak buat research atau compare dengan lain-lain brand. Tak kira apa pun nak Avent jugak.. heh heh.

Pam Susu Avent ManualSo.. saya beli set pam susu manual Avent Out and About berharga RM343. Sebab set ni ada cooler bag dan ice packs.

Pam Susu Avent ManualBoleh je nak beli pam susu manual Avent sahaja (RM199) tapi just dapat pam dan teat sahaja. Tak ada cooler insulated bag, ice packs, spare parts dan extra breast milk container lah.

Set pam susu manual Avent Out and About:

  • ISIS Manual breast pump: 1 pcs
  • Breast milk container (125 ml/ 4oz): 2 pcs
  • Microfiber insulated travel bag: 1 pcs
  • Extra soft, Newborn Flow Teat: 1 pcs
  • Cool packs: 2 pcs
  • Spare parts: 1 pcs

Pam Susu Avent Manual Review

Saya suka pam susu Avent manual sebab:

  • Baru pam dua tiga kali susu dah keluar. Cepat betul dapat let-down.
  • Sangat ringan dan mudah alih. Tak perlu elektrik atau bateri. Nama pun manual kan… heh heh.
  • Suction pulak sangat soft dan tak menyakitkan langsung.

Pam susu ni ada patented let-down petal massage cushion yang serupa sedutan baby so sebab tu cepat let down.

Pam Susu Avent Manual

Nak guna pam susu Avent manual atau mana-mana pam susu manual kena tahu tips ni.

Bila dah let down @ susu dah memancut keluar, tak perlu tarik-tarik paddle tu banyak kali. Just tarik sekali dan biarkan susu keluar sampai habis. Lepas tu tarik lagi lah sampai penuh botol.

Itulah teknik yang betul nak guna pam manual supaya tidak lenguh jari jemari @ tangan.

Pam Susu Avent Manual

Bila tahu teknik guna pam manual mesti rasa best guna manual. Terutama kalau korang jenis let down lama dan susu meriah. Sekejap je dah penuh botol kan.

Tak kan pros saja pasal pam susu Avent manual ni. Mesti ada cons jugak kan.

Cons dia hanya satu je. Susu mudah terkumpul dan meleleh kat belakang petal cushion lepas mengepam. Tapi tak banyak pun susu kat situ.

Overall… pam susu Avent manual ni memang best.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tapi saya dah tak pakai pam susu Avent manual ni sebab dah beralih arah pada pam susu Medela Freestyle.

Cepat sikit nak mengepam kat office. Pam Avent manual ni akan di let-go soon. Just the pump and parts without the bag & ice pack.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *