Pejam celik dah 9 bulan saya menyusukan baby Irfan. Pencapaian yang membanggakan. Sebab masa Izzah dulu saya gagal di tengah jalan.
Tak salah gagal selagi kita bangkit dan belajar dari kegagalan tu kan. Same goes to my breastfeeding journey.
Masa Izzah dulu saya tak peduli pun pasal peralatan menyimpan susu ibu samada plastik storage bag atau storage bottle.
Sebab susu saya sangat sangat sangat ciput. Perah pun tak keluar macam mana nak simpan…ekekeke.
Alhamdulillah… rezeki Irfan menyusu badan tu masih ada. Tak lah semeriah macam air paip mengalir tapi insya Allah… cukup untuk Irfan.
Storage bottles atau storage bags?
Bagi saya depends pada kemampuan masing-masing la kot.
Kemampuan menghasilkan susu dan kemampuan berbelanja…ekekeke.
Belanja untuk beli milk storage bottles adalah lagi menjimatkan dari beli milk storage bags.
Sebab?
Botol susu perahan boleh tahan sampai 6 bulan dengan penggunaan lasak. Tapi bag susu perahan hanya sekali pakai sahaja lepas tu tak leh guna dah. Kena belanja banyak untuk beli storage bag tu.
Tapi milk storage bag @ liner ni bagus sebab boleh menjimatkan ruang. Boleh letak 12 oz per bag!
Kalau susu sangat meriah mengalir macam air paip dan ada banyak stok susu perahan hingga kena beli deep freezer lah tu kena buat belanjawan la kan.
Pilih samada nak guna milk storage bottles, milk storage bags atau kombinasi kedua-duanya sekali.
Macam mana kalau susu tak meriah sangat?
Kalau stok susu perahan macam saya sekadar untuk 1-2 hari berikutnya maka tak perlu la kan deep freezer. Tumpang simpan dalam freezer fridge biasa tu muat je pun.
Susu kat ruang atas… ayam/daging kat ruang bawah freezer.
Tak payah gatal nak beli deep freezer…. ekekeke.
Kalau susu tak berapa meriah sekadar 3-5 oz sekali perah tu better guna milk storage bottle je kot. Jimat duit.
Tapi kalau nak guna milk storage bag jugak tak de hal punya. Jimat ruang.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
So… samada milk storage bottle atau milk storage bag bergantung kepada kemampuan menghasilkan susu dan kemampuan berbelanja.
Cara Menyimpan Susu Perahan Dalam Storage Bag @ Liner
Saya dulu ‘cerdik’ sangat sebab simpan susu perahan menegak macam ni.
Confirm la makan ruang. Pastu panik sebab freezer dah makin kurang space…padahal susu bukan banyak pun…ekekeke
Lepas mentol menyala atas kepala baru terfikir nak simpan susu perahan posisi berbaring macam ni.
Kalau susu yang disimpan kurang dari had pada storage bag tu kena tulis lah jumlah kat situ. Sebab bila dah baring tu tak tahu dah jumlah dia…heh heh.
Tapi kan…..
Kena tengok jenis atau jenama milk storage bags jugak kalau nak letak baring macam tu. Terutama kalau susu banyak dan nak letak tahap maksima pada storage bag tu.
Sesetengah design milk storage bag tu boleh buatkan bentuk beg tu membulat setelah susu beku.
So.. walaupun dah baring macam mana pun tetap makan ruang maah!
salam, saya ada ambik pic puan satu untuk rujukan,,,maaf, sy tak bg tahu awal..sy cr di google keluar gambar dr blog ni. semoga gambar puan memberi manfaat.