Bau badan @ body odor = B.O memang semua orang tak suka. Stinky like shit. Busuk kohong. Tengik dooh. Hangit.
Dulu masa kat sekolah, sesiapa yang ada masalah bau badan ni biasanya kena pulau secara senyap. Kena kutuk kat belakang tu biasa la.. boleh pengsan kalau duduk dekat lama-lama… ngeeee.
Pernah tak masuk dalam lif dan tetiba rasa nak muntah? Ada orang bau badan busuk tengik sampai nak putus saraf otak kita. Tu rasa nak pengsan. Confirm pernah ahhh.
So… apa nak buat untuk elak badan berbau?
Alahai. Tak kan itu nak kena ajar. Zaman moden ni orang pakai deodorant lah.. atau anti-perspirant deodorant.. kasi bau wangi sikit ketiak masyinnn tu… heh heh
Masa saya remaja belasan tahun, saya pernah guna serbuk Hibka B.O. … serbuk putih yang disapu kat ketiak tu.
Tapi benda serbuk tu tak sesuai dengan ketiak saya. Makin tengik ada lah. Terutama bila berpeluh. Pastu rasa geli bila serbuk tu jadi ketul-ketul melekit bercampur peluh…ewwwww.
Lepas tu saya cuba macam-macam brand deodorant. Rexona, Nivea, Ginvera dan macam-macam lagi.
Saya tak suka pakai deodorant ada pewangi. Sebab bila campur dengan peluh akan wujud bau badan yang oh tengik yang maha hebat…heh heh.
Biasanya saya pakai BODY SERIES Deodorant And Antiperspirant Roll-on yang neutral scent atau bauan lembut. Tapi ketiak akan berbau jugak selepas beberapa jam.. walaupun tak kuat tapi bau tetap bau.. adeh.
Memanglah bau badan tak kuat mana pun. Tapi kalau kita cium ketiak sendiri rasa nak pengsan jugak.. heh heh
Deodorant vs Anti Perspirant
Deodorant dan Anti Perspirant tu tak sama. Lain kandungan dan lain fungsinya.
Deodorant tu untuk mencegah bau ketiak melalui haruman @ tapi tak boleh cegah peluh. Sebab tu pakai deodorant wangi kejap je. Bila peluh stinky!
Anti Perspirant pulak ada juga pewangi tapi tujuan dia untuk mencegah peluh menggunakan aluminium salts.
Garam aluminium dalam anti perspirant tu lah yang menyebabkan stains @ kesan kotor warna kuning pada baju. Memang geram kalau baju kesukaan kita ada stains kuning kat ketiak. Lagi-lagi baju warna putih.
Biasanya baju yang ada stain kuning kat ketiak tu jadi macam keras macam plastik pulak kat area stains tu… adeh.
Deodorant atau Anti Perspirant ni biasanya ada aluminium salts iaitu Aluminium Chlorhydraat. Aluminium ni bertindak menutup liang peluh dengan menjadikannya sempit.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Motifnya: Tiada peluh tiada bau.
Aluminium dalam sel badan akan menyebabkan sel bengkak dan menutup liang peluh. Peluh ada tapi tak boleh keluar.
Sebab tu aluminium dalam deodorant anti perspirant dikatakan bahaya dan menjadi penyebab kanser payu dara. Mana taknya.. setiap hari paling kurang 10 jam ketiak diselaputi aluminium tu. Lama-lama?
Tajuk pasal Kourtney Kardashian tapi tak cerita pun pasal dia?
Eh… lupa pulak… ngeeee.
Apa kaitan aluminium dalam deodorant dengan Kourtney Kardashian?
Kourtney Kardashian selebriti terkenal tu sanggup ada bau badan busuk demi untuk menyusukan anaknya!
Bau badan busuk tengik sebab tak pakai deodorant lah. Kourtney Kardashian langsung tak pakai deodorant sejak melahirkan baby girl dia. Sebab takut bahan toksin macam aluminium, parabens dan formaldehyde dalam deodorant masuk dalam liang susu.
Susah payah nak beranak tiba-tiba lahir bagi baby minum susu campur aluminium + parabens + formaldehyde. Omaigod!
Walaupun tak ada kajian terperinci yang mengesahkan bahaya deodorant dalam susu ibu tapi sebagai ibu mestilah kita concern kan. Ada ke ibu yang tak kisah baby telan bahan kimia aluminium, parabens dan formaldehyde? Tak ado kannnn.
So.. kalau kita concern @ risau why risk it? Kenapa nak ambil risiko yang kemungkinan besar bahan kimia dari deodorant tu masuk dalam susu ibu kannnnn.
Sebab tu Kourtney Kardashian selebriti femes tu pun sanggup ada body odor. Tengik pun tengik ah…ada aku kisah? janji baby dapat disusukan dengan selamat.
Saya setuju sangatttttt dengan Kourtney Kardashian!
Actually… masa mengandung hari tu saya dah buat experiment tak pakai deodorant. Keputusannya = bau ketiak adalah sungguh asyimmmm @ hangit… ha ha ha!
Saya sendiri tak sanggup cium bau diri sendiri.. ini kan pulak orang lain… ngeeee. So.. terpaksa lah calit sikit-sikit.
So.. better jangan pakai deodorant lah masa breastfeeding kannn.
Kalau breastfeeding dua tahun maka dua tahunlah ketiak hangit…ohsemmnya.. macam ni laki pun boleh lari… heh heh.
Jangan risau… ada deodorant yang tak ada bahan kimia aluminium, parabens dan formaldehyde tapi sangat power dalam mencegah ketiak berbau.
Sebelum saya cerita deodorant apa mari saya share petua cegah bau badan ni. Cubalah kot berkesan kannnn. Tak payah habis duit beli deodorant.
Mandi kerap
Kalau fully housewife duduk rumah je boleh lah try.. 5 kali sehari ke.. tapi kalau kerja ofis time mana nak mandi tu…heh heh.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Sapu limau nipis
Setiap kali lepas mandi sapu limau nipis kat ketiak.. limau tu belah dua okei.. jangan lurus bendul pergi sapu kulit limau seketul tu pulak.
Daun pokok jambu
Ramas daun pokok jambu dan sapu di ketiak.. saya pernah buat ni masa remaja dulu.. memang tak ada bau badan hanya ada bau daun je.. okey la tu kannn.. tapi mana nak cari pokok jambu di tengah bandar ni..
Minum air bunga cengkih
Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam air panas. Amalkan meminum air bunga cengkih ni setiap hari. Anyone pernah try?
Cukur bulu ketiak
Ada orang kata bulu ketiak panjang tu seksi.. ntah tang mana seksi pun saya tak tau.. geli ada la.. so rajin-rajin la cukur kasi bersih itu ladang bawah ketiak.
Jaga pemakanan
Jangan makan makanan yang menaikkan bau badan macam petai, jering, durian.. dan sebagainya tuuu.
Muka cantik body lawa tak guna kalau badan hangit… tak gitewww?
Alamak… dah panjang sangat entri ni. Lain kali je ekkk saya cerita pasal deodorant yang tak ada bahan kimia aluminium, parabens dan formaldehyde tapi sangat power dalam mencegah ketiak berbau tu.
Daaa!