Kisah Breastfeeding | Isu Nursing in Public (NIP) & Selfie Semasa Menyusui Bayi

NIP = Nursing in Public. Isu NIP ni barangkali satu isu yang tak akan lapuk di telan zaman hehehe. Kejap timbul. Kejap tenggelam. Pastu timbul balik!

Tak tahu apa itu NIP? Ketinggalan zaman la korang hahaha. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

NIP ni singkatan kepada Nursing in Public. Nursing kat sini bukan merujuk kepada kerjaya nurse @ jururawat kat klinik / hospital. Tapi merujuk kepada “menyusui bayi“. So…. NIP adalah perbuatan menyusui bayi di tempat awam.

OMG!! Menyusu di tempat ramai orang macam kat stadium, restoran, shopping malls dan sebagainya. Patut kah???

Macam tak patut je kannnnn. Tak malu ke weh?? Sengaja nak tayang tetek buat apa? Attention seeker kot!

Kejam betul lah korang yang berfikiran macam tu. Memang kejam sebab kecam mak-mak yang NIP dengan menyamakan mereka dengan those moms yang NIP kat overseas tu. Ko ingat mak-mak kat Malaysia ni bodoh sangat nak NIP dengan tayang boob??

Marah nampak? Muah haha haha!

Nursing in Public

Tengah NIP kat dewan sekolah. Izzah snap gambar!

Hari tu viral kan cerita brelfie = selfie semasa breasfeed @ nursing in public tu kan. Nak brelfie okei la tapi tak payah la kot nak upload ke FB setiap kali brelfie. Apa ke jadahnya kan. Manusia sekarang ramai otak kuning . [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Mula-mulanya akak malas nak peduli. Tapi makin lama makin teruk pulak caci maki pada ibu yang NIP sambil selfie tu. Bukan lagi mengutuk perbuatan brelfie tapi perlakuan NIP @ nursing in public itu pulak dah. Minda ada kanser macam tu lah. Parah.

Akak tengok orang tu elok je tutup aurat. Ada nampak ke boob dia? Tak de kannnnn.

Kuat melatah rupanya kaum Adam nih. Akak tengok yang mengutuk kaw-kaw tu kebanyakannya masih bujang = belum kahwin = belum ada baby. Nafsu naga kot sampai boleh imagine macam-macam. Siap mintak disusui sekali!!

Ada jugak perempuan yang turut sama menyimbah minyak ke atas bara api. Tak ada baby & tak breastfeed anak tak payah lah nak sembang kencang. Tambah dosa kering je tewwww.

Ada pulak perempuan katanya ada baby jugak tapi “malu” dengan perbuatan NIP sebegitu. MALU weh!

Akak pun tak faham apa nak dimalukan. Bukannya pakai seksi nampak lurah terbelah pun. Asetnya tertutup. Tak nampak apa pun yang memalukan.

Kalau tak selesa memandang janganlah pandang. Kalau mudah sangat pandangan tembus macam x-ray hingga yang tertutup pun boleh terbayang-bayang hingga bangkit nafsu tu better jumpa pakar sakit jiwa la weh. Ko sakit otak tu!

Nampak dan perasan seseorang tengah NIP dan pergi tenung lama-lama ibu tengah NIP sambil imagine bentuk dan saiz macam pervert tu siapa suruh. Syaitan kannnnn!

Oh… yang paling kelakar ada perempuan yang suka berpakaian seksi dengan boob terbonjol & lurah terdedah pun turut sama mengutuk NIP. Katanya memalukan kaum Hawa. Meh?

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sendiri tayang boob dengan berbaju seksi tak malu. Tapi bila tengok ibu NIP @ menyusui anak di tempat awam dengan properly covered boleh jadik malu pulak. Dush sebijik! [wp-svg-icons icon=”lightning-5″ wrap=”i”]

Ibu yang menyusui bayi @ NIP tu for sure dapat pahala memberi anak makan = menyusui bayi. Ko yang berbaju seksi & sengaja menayang kemontokan tetek di tempat umum pulak for sure dapat apa? Lu fikir la sendiri.

NIP Dengan Menjaga Aurat @ Properly Covered

Menyusui anak di tempat awam =NIP TAK SALAH SELAGI IBU MENJAGA AURAT.

NIP kat Malaysia ni tak sama langsung dengan NIP kat overseas. Kat sana of course mereka terus tayang boob sambil menyusu. Kalau kat sini buat macam tu akak pun tak sokong. Memang patut kena marah dan banteras NIP macam tu.

Ada banyak cara yang boleh membantu ibu-ibu NIP dengan berakhlak. Menyusui bayi dengan susu badan tidak bermakna ibu kena selak baju & mendedahkan boob mereka.

Paling mudah nak NIP tanpa mendedahkan aurat ialah dengan memakai nursing wear. Sekarang ni banyak design nursing wear samada blouse, jubah atau baju kurung yang kita boleh beli.

Akak bila keluar dari rumah je memang pakai nursing blouse. Sudah 4 tahun baju-baju akak yang tak nursing friendly dibungkus rapi dalam plastik kedap udara. Sekarang akak ada Irdina pulak so akak expect lagi 4 tahun lah akak kena pakai nursing blouse ni. Nursing blouse sedia ada dah lusuh sangat so kena shopping nursing blouse baru la ni…hahaha!

Nursing in Public

Wearing baby sambil NIP. Tak nampak macam NIP pun kannnn!

Selain nursing wear, ibu NIP boleh pakai tudung labuh menutupi dada, nursing cover, nursing poncho, shawl, ring sling dan SSC. Most of the time, tak ada orang sedar atau perasan pun yang kita tengah NIP.

Nursing Room Kan Ada!

Memang ada nursing room tapi di shopping malls yang besar-besar sahaja tau. Stadium, sekolah, kedai runcit, restoran, food court, supermarket, stesen bas, train komuter dan pasar tak ada!!

Baby pulak kalau lapar nak menyusu tak kira masa dan tak kira tempat. Baby nak susu SEKARANG juga! Mana baby faham kalau ibu minta dia bersabar. Melalak dan meraung hingga biru la budak tu kalau tak cepat-cepat disusui.

Tengah sedap-sedap makan kat restoran di shopping mall tetiba baby menangis nak susu. Restoran kat level 3. Nursing room kat level 1. Patut kah si ibu berlari cemas sambil mendukung bayi yang meraung tu turun eskalator? Kalau si ibu buat macam tu ntah kena tahan security pulak sebab gayanya dah macam orang menculik bayi!

Habis tu nak menyusui bayi di mana? Surau. Kat level lain pulak. Jenuh nak cari sebab shopping mall tu luas. Dengan panik dan bising baby meraung ingat senang nak cari?

Pergi toilet lah! Amboi. Toilet tu tempat makan ke? Ko sanggup makan ke dalam jamban? Kalau jamban tahap first class besar, bersih dan ada lounge dengan kerusi tu boleh lah consider.

Ni jamban sempit, berair dan berbau tu ko suruh ibu menyusui bayi. Kotor weh!

Nursing in Public

NIP kat luar Stadium Bukit Jalil. Nampak macam tengah peluk baby je kan?

Pengalaman akak NIP ni kan. Selagi aurat sebagai seorang Muslimah dijaga semasa NIP tiada masalah nak NIP kat mana-mana pun. Public swimming pool, stadium, shopping mall, restoran dan sebagainya. Orang tak kan perasan unless kita sengaja nak menunjuk tengah NIP. [wp-svg-icons icon=”bullhorn” wrap=”i”]

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *