Bismillah. Aloe!
Aku balik kampung selama 3 hari untuk beraya. Bila balik semula ke rumah tengok2 elektrik padam!!
Huwaaaaaaa! Habislah semua susu frozen EBM Irdina mencair. Rabak hati tengok perahan susu ibu beku tu kena buang.
Dah la aku ni bukannya jenis yang suka perah untuk simpan stok. Bercinta nak ambik pam Medela tu nak perah tau.
Aku lagi suka bagi direct sebab cepat. Lagi pun Irdina ni memang aku sendiri jaga 24 jam so stok frozen EBM tu hanya untuk time emergency. Contohnya kalau aku nak pergi seminar atau apa2 kelas yang tak bagi bawak baby.
So kena lah Irdina tinggal dengan babahnya kat rumah. Masa tu baru susu beku tu digunakan. Tu pun once in a blue moon kot ekekeke.
Aku tak pasti sejak bila elektrik terputus. Tapi perahan susu ibu yg beku tu dah mencair dengan jayanya. Memang kena buang 100%.
Setiap paket tu aku letak 3-4 oz. Aku rasa ada dalam 60 oz frozen EBM kena buang!! [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”]
Berapa Lama Perahan Susu Ibu Boleh Tahan?
Susu ibu yang baru diperah boleh bertahan selama:
- 4 jam dalam suhu bilik
- 8 jam dalam bilik ber aircond
- 12 jam di dalam cooler box
Susu ibu yang dimasukkan dalam fridge boleh bertahan selama:
- 4 hari di bahagian fridge bawah — bahagian paling dalam
- 2 hari di bahagian fridge bawah — bahagian tepi
Susu ibu yang dibekukan boleh bertahan selama:
- 2 minggu — peti ais 1 pintu
- 3 bulan — peti ais 2 pintu
- 6 bulan — deep freezer/chest freezer
Susu beku yang dicairkan boleh bertahan selama:
- 24 jam dari masa selepas cair
Susu yang dipanaskan boleh bertahan selama:
- 1 jam
Susu yang telah dicairkan / dipanaskan tidak boleh dibekukan semula.