Tajuk bedooh sikit. Memang masa pantang hari tu saya kena bengkak susu yang sangat dahsyat. Terus demam dan sakit satu badan. Keras memang keras. Tapi keras lagi batu. Heh heh.
Bukan mudah jadi ibu menyusu badan nih. Macam-macam cabaran ada. Ingatkan baby keluar je terus sumbat kopek semua bereh. Jangan mimpi nak beres.
Cracked nipple. Blocked duct. Mastitis.
Adeh. Memang menyakitkan. Ibu yang dalam pantang pun boleh jadi down dibuatnya. Nak menyusu anak pun kena tanggung macam-macam sakit. Mana tak meroyan. Heh heh.
Cracked Nipple | Puting Merekah
So far saya tak ada masalah cracked nipple ni sangat. Ada sikit lah masa Irfan baru lahir tu. Pedih-pedih sikit tu biasalah. Asyik kena kekoh je mana tak cracked. Heh heh. (kekoh = gigit)
Baby salah kekoh tu.
Cracked nipple atau puting merekah ni berlaku kalau salah cara menyusu. Breast kan ada puting dan bahagian bulat hitam sekelilingnya tu dipanggil areola.
Baby patut kekoh areola tu. Kalau baby asyik gigit nipple memanglah senang kena cracked nipple.
Bila dah merekah tu confirm rasa pedih masa menyusu. Ada yang teruk sampai berdarah. Adeh.
Baby pun kadang-kadang gelojoh jugak. Tak sabar nak nenen. Sua je tetek terus kekoh macam buaya lapar. Kena puting je pulak tu. Mau tak meraung maknya. Heh heh.
Kalau kena cracked nipple atau rasa pedih-pedih ngilu tu apa nak buat?
Saya biasanya sapu Earth Mama Angel Baby Natural Nipple Butter. Lega sangat. Hilang rasa pedih. Cepat baik pulak tu.
Produk Earth Mama Angel Baby ni memang kesukaan saya. Dah lama saya guna sejak 2008. Sebab berkesan dan organik tanpa bahan kimia.
Natural Nipple Butter ni salah satu produk Earth Mama Angel Baby yang saya pakai. Best sebab lepas sapu tak payah lap atau cuci. Boleh terus susukan baby. Selamat okeh.
Blocked Ducts | Liang Susu Tersumbat
Tahu tak setiap puting ada lebih kurang 15-20 liang susu? Banyaknya! Saya pun baru tahu. Heh heh.
Masa pantang saya ada kena blocked duct beberapa kali. Tiba-tiba je bengkak sebab liang susu tersumbat.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Memang sakit. Rasa berketul-ketul dan bengkak bila disentuh.
Mulanya hanya 1-2 liang susu tersumbat. Bengkak hanya pada kawasan ducts (liang). Bersilih ganti kiri dan kanan.
Lepas diurut beberapa kali sebelum dan semasa menyusu, terus sembuh bengkak susu tu. Masa urut tu memanglah sakit tapi lepas tu rasa lega sangat.
Ada sekali tu breast belah kiri saya kena blocked duct 100%. Satu breast bengkak, rasa semua urat (liang susu) berketul-betul dan sakit tahap ultraman kena belasah dengan raksaksa dah. Bengkak pada ducts (liang) dan jugak pada lactiferous sinus kat bahagian areola tu.
Sentuh sikit atau kena baju sikit pun sakit giler. Bila baby menyusu lagilah sakit. Sebab baby duk gigit liang susu kat areola tu kan.
Suami pulak bantai gelakkan saya bila saya jerit sakit. Lagi dia suruh Irfan gigit kuat-kuat. Bila tengok saya menangis barulah dia tanya kenapa. Ingat saya jerit main-main lah tu.
Berjurai air mata sambil menyusukan Irfan. Terus demam beb. Menggigil satu badan.
Malam tu saya buat urutan membulat non-stop. Letak minyak herba sikit pastu urut. Kalau terus urut macam tu je tanpa minyak lagi lah sakit. Kesat. Tak pasal-pasal melecet pulak breast. Adeh.
Masa Irfan menyusu pun saya urut. Memanglah sakit breast yang kena blocked duct tu bila baby gigit. Tapi kena tetap bagi baby menyusu untuk clearkan susu yang terkumpul.
Alhamdulillah. Esoknya sikit demi sedikit rasa sakit tu hilang. Lepas dua hari terus sembuh. Tak ada lagi rasa bengkak atau urat berketul-ketul.
Blocked duct ni boleh berulang kalau kita tidak kerap atau lambat menyusukan bayi. Boleh jugak jadi masa kita dah kerja dan malas mengepam.
Moral of the story? Rajin-rajinkan diri menyusu dan mengepam. Boleh? Ngeeeeee.
Breast Mastitis | Radang Payudara
Apa pulak mastitis ni? Bukan emas setitis okeh.
Breast mastitis ialah radang (inflamation) payudara akibat jangkitan kuman. Mastitis ni tak sama dengan blocked duct. Ada beza.
- Blocked duct = liang susu tersumbat ; urat terasa berketul dan bengkak akibat susu banyak/lambat menyusu/tidak perah
- Mastitis = radang tertumpu pada satu kawasan payudara; terasa bengkak, panas dan merah akibat jangkitan kuman
Blocked duct tu biasanya cepat sembuh lepas diurut dan menyusukan bayi. Tapi breast mastitis tu sudah urut berpuluh kali pun tak sembuh-sembuh. Sakit sampai berminggu-minggu.
Saya pernah kena mastitis ni masa umur Irfan sebulan lebih. Hampir dua minggu saya sakit sebelah kiri. Tempat yang sama macam dalam gambar yang saya cilok dari Google.
Mula-mula rasa bengkak tapi bila disentuh tak ada rasa ketul-ketul macam blocked duct. Rasa sakit tertumpu pada satu kawasan yang berbentuk empat segi tepat.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Bergerak sakit. Tunduk lagi lah sakit. Macam ditarik-tarik otot di situ.
Bila sentuh of course sakit sangat. Kat tempat terkena mastitis tu rasa panas bila di sentuh dan kulit jadi merah. Memang boleh beza sebab area lain di breast yang sama tak rasa panas.
Saya urut dan urut berpuluh kali dan teruskan menyusu. Tapi bengkak dan sakit tetap ada.
Memanglah. Sebab tetek dah keradangan. Lambat sikit lah nak baik. Kalau jumpa doktor ni mesti kena telan antibiotik. Tak nak lah saya.
Terus saya cari maklumat tentang breast mastitis kat internet. Banyak petua merawat breast mastitis ni. Menjadi ke? Mari kita tengok jeng…jeng.
menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)
ros: Siapa pencipta petua ni? First time dengar kena sikat tetek. Heh heh. Okey saya try guna sikat rambut baby. Alamak. Tak menjadi pun. Lagi sakit ada. Adeh.
tuam dengan tuala panas
ros: Tuam breast dengan tuala panas ni bagus. Tapi leceh sikit. Sebab kena rendam dalam air panas dan perah. Kena hati-hati tau.
tekap daun kobis sejuk pada payudara
ros: Hmmm. Thumb down untuk petua ini. Tak praktikal sebab kobis tak ada. Heh heh.
- Tuam dengan benda panas bagus untuk legakan blocked duct. Boleh buat aliran susu kembali lancar.
- Tuam dengan benda sejuk bagus untuk legakan breast mastitis. Boleh kurangkan rasa sakit dan bengkak.
Saya gunakan BabyLove Breast Comfort ni. Beli masa kat Tesco. Multipurpose boleh guna untuk tuam panas atau tuam sejuk.
Biasanya saya letak dalam fridge untuk tuam sejuk. Mudah nak guna. Nyaman je rasa.
celup cuka makan dengan kapas.. sapu pada payudara setiap hari hingga hilang bengkak
ros: Basahkan kapas empat segi tu dengan cuka. Tampal kat tempat bengkak. Rasa lega sangat. Tapi kena tahan bau cuka tu kuat sangat.
Saya cuba petua ni sebab teringat masa kecik dulu pernah guna cuka bila kena beguk (mumps) di leher. Cuka dicampur serbuk nila supaya mudah disapu dan melekat pada kulit. Beguk tu kan bengkak so kalau cuka boleh rawat beguk mesti boleh rawat breast mastitis jugak. Logik la jugak kan.
urut dan urut secara membulat
ros: Urutan memang berkesan untuk kes blocked duct. Mastitis pun berkesan walau ambik masa. Kena amalkan selalu.
daun sirih disapu minyak zaitun dan layur pada tudung periuk panas.. tunggu suam dan tekap pada payu dara
ros: Hmmm. Tak ada daun sirih la. Tak praktikal. Leceh lah nak layur-melayur ni.
Saya tak pergi jumpa doktor pun bila kena breast mastitis tu. Alhamdulillah lepas dua minggu sembuh jugak mastitis tu.
Risau jugak kalau jadi makin teruk dan kena breast abscess pulak. Breast abscess tu bila mastitis tak dirawat dan menyebabkan tumbuh biji macam jerawat bernanah pada kulit payudara.
Kalau dah sampai tahap breast abscess tu memang kena buat treatment kat hospital untuk keluarkan nanah dari breast. Adeh.
Saya teruskan urut payudara dan makan vitamin C banyak-banyak setiap hari. Lega bila area yang bengkak makin lama makin mengecil dan kemudian terus sembuh.
Lama dah xjenguk k.ros. Thanx ilmunya. Baby encem jgn kekoh mama dehs
@sitisifir10, pekabar? saya pun lama tak menerjah blog orang.. 😉
Terima kasih puan sbb kongsi. saya tengah kena. pergi jumpa doc tp doc buwi antibiotic dan pesan jangan bagi bayi hisap. Tapi saya raso takdoklah sampai tahap radang lagi jadi buat masa sekarang saya tuam dan teruskan menyusu anok. degil sikit. hikss