Masa Izzah baby dulu… saya tak perlukan bottle and food warmer ni. Sebab saya tak express my milk @ tak simpan stok susu perahan (EBM = expressed breast milk).
Saya jugak tak buat stok makanan pejal yang dibekukan.
So… nak beli bottle and food warmer buat apa kekdahnya kannn.
Tapi time baby Irfan ni berbeza. Irfan masih lagi menyusu badan dan saya ada menyimpan susu perahan dalam freezer. Saya juga bekukan stok makanan pejal dia.
Kena ada lah bottle and food warmer ni untuk menyenangkan hidup saya dan suami…ekekeee.
Memang lah boleh je panaskan susu dengan rendam dalam air panas. Tapi saya rasa tu makan masa jugak. Malas nak tunggu kot.
Makanan pejal beku pulak kalau simpan dalam baby cube tu boleh je panaskan dalam microwave. Tapi saya tak nak guna microwave sebab macam makin banyak zat yang hilang kan.
Jadi…..
Saya beli Autumnz Bottle and Food Warmer nih. So.. nak buat Autumnz Bottle and Food Warmer review sikit nih.
Autumnz Bottle and Food Warmer ni untuk kegunaan di rumah sahaja @ home use.
Ada lagi satu jenis iaitu Autumnz Home & Car Warmer yang boleh guna dalam rumah dan dalam kereta. So.. senang nak panaskan susu dalam kereta.
Tapi saya tak minat.
Bila ntah saya nak panaskan susu beku dalam kereta tu .. direct feeding kan senang… makanan pulak kalau travel letak je lah dalam thermos.. habis cerita…. ekeeekee.
So far saya suka Autumnz Home Warmer ni.
- Memudahkan – senang nak panaskan susu dan makanan baby kat rumah
- Selamat – suhu naik secara perlahan (tidak mendadak)
- Senang guna – hanya tambah air dan pulas tombol
Sesuai untuk susu dan makanan bayi yang dibekukan serta yang tak beku (simpan dalam suhu bilik) pun boleh.
Dia punya lubang pun besar so muat masuk segala jenama botol susu tak kiralah Avent ke.. Tommee Tippee.. MAM dan lain-lain.
Cara guna:
- 40 °C – untuk panaskan susu dan kekal panas secara automatik
- 70 °C – untuk panaskan makanan bayi
- 100 °C – untuk nyah kuman aksesori feeding yang kecik macam sudu, teethers, putting dll.
Tak payah hafal bab suhu tu semua sebab kat tombol tu dah ada gambar botol susu dan mangkuk makanan…just pulas je tombol…ekeekee..
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Autumnz Bottle and Food Warmer for home use ni ada:
- 1 unit warmer
- 1 unit heating bowl & lid
- Warranty: 1 Year
Harga pasaran Autumnz Home Warmer ni RM79.90. Masa saya beli ada sales so dapatlah dalam RM63.90.
Tips guna Autumnz Bottle and Food Warmer @ Home Warmer.
Sebab suhu bottle warmer ni naik perlahan-lahan so jenuh juga nak tunggu panas. Ambik masa 10-15 minit jugak la.. ntah-ntah tengah nak panas tu baby dah melalak lapar… tak ke haru…ekeeee
Saya selalu pulas tombol pada 100’c dan bila dah panas je pulas balik pada suhu yang kita nak. Buat macam ni cepat sikit kot.
Pastu kalau isi air.. tengok had maksima tu.. jangan la sampai penuh… tak pasal-pasal nanti melimpah air panas. Sakit je dapat tau… (pengalaman nih…).. heheee.