Kecoh sekarang. Pasal ibu muda mati ketika bersalin di rumah. Tanpa bantuan pakar perubatan. Hanya dibantu suami dan seorang doula bertauliah.
Sebulan lepas pun ada kes kematian masa unassisted homebirth macam ni. Seorang ibu berumur 40 tahun memilih teknik bersalin Hypnobirthing (salah satu cara bersalin secara alami – natural birth).
Malangnya ibu anak sulung ini mati akibat tumpah darah.
Apakah Hypnobirthing?
Saya pernah ikuti kursus Hypnobirthing dengan seorang pengajar teknik Hypnobirthing bertauliah pada tahun 2008. Hajat dihati nak bersalin secara alami (natural and gentle birthing) di hospital.
Tapi masalah uri di bawah (placenta previa) menyebabkan saya tidak dapat bersalin normal. Kena bedah semasa kandungan 34 minggu kerana PPROM (Preterm Premature Rupture of Membranes). Air ketuban pecah sebelum 37 minggu!
Nak gentle birth macam mana kalau dan kena injek steroid (dexamethasone) untuk matangkan paru-paru baby. Kemudian kena injek macam-macam dadah semasa dan selepas dibedah. Termasuklah dadah morfin..hu hu.
Tak apa lah. Janji saya dan baby selamat.
Walaupun tak dapat buat gentle birthing tapi saya masih lagi dapat faedah dari cara bersalin Hypnobirthing tu. Sebab kursus Hypnobirthing merangkumi persediaan ibu semasa mengandung dan semasa bersalin.
Hypnobirthing melatih minda separuh sedar kita untuk lebih tenang menghadapi proses kelahiran. Saya belajar teknik pernafasan dan relaksasi yang dapat mengurangkan tekanan emosi dan rasa sakit semasa bersalin.
Memang berkesan. Bukan sahaja kepada saya tetapi kepada bayi dalam kandungan. CTG menunjukkan baby saya tetap tenang walaupun air ketuban sudah pecah lebih 24 jam. Saya dibedah kerana doktor pakar tidak mahu ambil risiko sebab air ketuban sudah tinggal terlalu sedikit.
Alhamdulillah. Bayi lahir dengan selamat tanpa apa-apa komplikasi walaupun lahir pada usia kandungan 34 minggu. Apgar score pun tinggi. Berat pun okey 2.45kg.
Saya diletakkan di bahagian high risk wad bersalin dengan pengawasan 24 jam sebab kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Tapi lepas 6 jam bersalin saya sudah aktif bangun untuk ke bilik air dan menguruskan bayi.
Ketua jururawat yang memantau saya pun hairan. Tak pernah kot tengok ibu bersalin cesar di high risk section yang cergas macam saya. Dadah morfin yang disuntik di bahu sebagai pain killer tu terus dihentikan.
Untuk pengetahuan, cara bersalin teknik Hypnobithing ini sudah lama dan diasaskan oleh Marie Mongan dari Amerika Syarikat.
Hanya ada beberapa kaunselor Hypnobirthing bertauliah di Malaysia. Salah seorang ialah Soo Wai Han yang mengamalkan Hypnobirthing sejak 2003. Saya belajar dari Wai Han ni lah.
Apakah AMANI?
Berbalik kepada kisah terbaru ibu mati bersalin di rumah. Arwah memilih cara bersalin alami mengikut kaedah AMANI yang menerapkan nilai Islam semasa bersalin.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
AMANI bermaksud: Assisting Mothers for Active Natural Instinctive Birth. Gentle birthing dengan teknik AMANI ni bukan baru dan bukan hanya wujud di Malaysia. Ia diasaskan oleh Aisha Al Hajjar dari Arab Saudi.
Mereka yang berminat dalam bidang natural and gentle birthing teknik AMANI boleh mendapat kelulusan menjadi samada Birth Educator atau Doula bertauliah.
Birth Educator ada kelayakan menganjurkan kelas persediaan bersalin mengikut cara bersalin yang diamalkan dan dipelajari samada Hypnobirthing atau AMANI.
Apa pula beza antara Doula dan Midwife?
DOULA adalah seseorang yang diminta oleh ibu untuk memberi sokongan moral dari awal kehamilan, semasa proses melahirkan sehingga selepas kelahiran. Sesiapa sahaja boleh menjadi doula sebab doula bukan memberi khidmat nasihat perubatan.
So.. mak, kakak, jiran, sahabat sejati dan suami boleh jadi doula. Tapi kalau kita nak somebody yang ada pengalaman bersalin guna teknik samada Hypnobirthing atau AMANI tu menemani kita kenalah cari Doula bertauliah.
MIDWIFE pula adalah bidan bertauliah untuk menyambut kelahiran bayi dan mempunyai kelayakan untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan perubatan.
Gentle Birth vs Home Birth
Ramai salah anggap. Natural and gentle birth (bersalin secara alami) BUKAN homebirth (bersalin di rumah).
Bersalin secara alami boleh dibuat samada di hospital atau di rumah.
PILIHAN ditangan ibu yang bersalin. Pilihan mestilah dibuat selepas ibu fikir masak-masak kebaikan dan keburukannya.
Jangan main ikut trend. Tak semestinya si A berjaya bersalin di rumah secara gentle birth, si B pun nak jugak buat sama. Cermin diri dulu lah. Banyak benda kena ambil kira.
- Pastikan baby dalam kandungan sihat
- Pastikan kedudukan baby tidak songsang
- Pastikan baby tidak stress
- Pastikan ibu tiada masalah seperti uri di bawah, kurang darah merah, kencing manis, darah tinggi, mengandung kembar, tidak lewat usia dan sebagainya (risiko tumpah darah, sawan, keracunan darah dll)
- Pastikan ibu tidak pernah kena bedah (risiko uri melekat, tumpah darah dll)
Macam mana nak pastikan? Kena lah buat pemeriksaan mengandung berkala.
Kalau didapati kita ada masalah memang confirm lah tak boleh ambil risiko bersalin di rumah. Gentle birth kat hospital saja lah.
Jangan main redah dan ikut trend. Buat keputusan bijak.
Fikirkan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan. Fikirkan kesejahteraan anak-anak yang lain dan keluarga.
Kalau dah yakin dan confirm kita memang sihat untuk bersalin di rumah adalah bagus kalau ada midwife @ bidan bertauliah yang menemani kita.
Suami dan doula bertauliah sekalipun tidak dapat berikan kita nasihat dan bantuan perubatan dengan segera jika ada komplikasi. Jangan salahkan sang suami atau sang doula jika ada yang mati bersalin di rumah. Pilihan kita pasti ada baik dan buruk. So.. be well informed.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Pengamal yoga terkenal Nini Ahmad pun dulu merancang bersalin di rumah. Tapi dia pastikan dia betul-betul sihat dan ‘well informed’ dengan segala kemungkinan baik dan buruk. Dia juga mengupah seorang bidan dari Itali untuk menemaninya. Berlaku komplikasi serius dan bidan terus menasihatkan ke hospital. Nini bersalin secara gentle birth di hospital siap tak potong tali pusat baby lagi tu (lotus birth).
Alangkah baik jika sistem kesihatan kita dapat support mereka yang nak bersalin di rumah dengan menyediakan bidan bertauliah macam yang diamalkan di UK dan negara-negara maju lain. Kalau tak nak bagi free yang berbayar pun tak apa la kot.
Apakah Bersalin Secara Alami?
Bersalin secara alami (natural and gentle birthing) ni sebolehnya nak elak sebanyak mungkin campur-tangan perubatan.
Sebab tu ada yang elak dari buat antenatal check up. Pergi check up dan buat ultrasound sekali dah yakin diri boleh buat gentle birthing kat rumah.
Come on lah. Jangan terlalu yakin.
Ada kawan saya yang sepanjang mengandung langsung tiada apa-apa masalah tetapi bila saat melahirkan kena darah tinggi dengan bacaan melebihi 200!
Nasib baik bersalin kat hospital. Boleh di kesan dan cepat dibantu. Tak boleh bayang kalau dia bersalin di rumah dan kena eklampsia @ sawan sampai berbuih mulut. Memang tak sempat nak tolong.
Kenapa ramai yang nak bersalin di rumah?
Gentle birthing nak elakkan buat perkara-perkara macam:
- VE (vaginal examination – seluk bawah tu).
- IV drip (masuk air).
- CTG (lekat mesin kesan rentak jantung baby di perut ibu).
- Induce guna Pitocin.
- Episiotomy (gunting kemaluan)
- Potong tali pusat
- Cucuk vitamin K dan vaksin pada baby
Semua tu prosedur hospital yang biasanya berlaku semasa bersalin. Kalau tak nak kena buat birth plan yang doktor setuju untuk ikut. Baru lah gentle birthing boleh dibuat di hospital.
Tapi nak dapat doktor dan hospital yang support bersalin secara alami ni memang payah. Terutama hospital kerajaan. Hospital swasta pulak kalau ada yang support gentle birthing pulak kosnya memang tinggi. Tak mampu beb.
Sebab tu ramai yang pilih bersalin di rumah. Murah kot. Lagi selesa dan tenang. Tiada langsung campur tangan perubatan semasa bersalin. Boleh bersalin dalam kolam berisi air suam. Boleh bersalin atas katil bilik tidur. Boleh bersalin ditemani suami dan anak-anak.
Tak seronok ke tu?
Saya pun nak bersalin secara normal – natural and gentle birthing. Tak kisah lah gentle birth di hospital atau di rumah. Janji gentle birthing. Memang impian saya
Tapi kalau dah tahu diri bermasalah tu memang tempah maut la kan kalau teruskan.
Kisah ibu muda yang mati bersalin di rumah baru-baru ni memang panas. Berapi-api. Meletus-letus.
Salah siapa tu? Entah. Kita tak tahu cerita sebenar. Doakan saja arwah tenang di sana.
Memang mati bersalin mana-mana pun boleh jadi. Ada mati bersalin di hospital. Ada mati bersalin di rumah.
Kat hospital dengan kemudahan perubatan pun ada ibu mati bersalin. Ada doktor dan peralatan canggih pun kalau dah sampai ajal memang tak boleh elak.
Tak salah nak bersalin secara alami @ gentle birthing kat mana-mana pun. Bersedia cukup-cukup rohani dan jasmani tu.
Pilihan kita tanggung jawab kita. Apa-apa jadi bersedia menanggungnya.
Saya dah tak ada peluang nak gentle birthing ni. Cukup-cukup sudah…ekekeke.
Saya ada cakap kat suami nak bersalin kat rumah untuk natural birthing dulu, lepas tu suami saya pandang saya pelik dan tanya, siapa nak sambut? Bila saya cakap dia yang akan sambut, dia pandang saya macam dia tak pasti isteri dia ni betul ke tak. hahaha..tapi masa tu kami berdua tak pegi amik course pun lagi kak.
woh… tq2 for info.
saya tetap tak berani nak bersalin kat rumah. tapi macamnak belajr amani utk anak ketiga nanti. InsyaAllah.
teringin nk bersalin secara hypnobirthing ni..baru nk cari2 info..hihi
Pernah menjadi impian saya untuk bersalin di dalam air. Khabarnya kurang sakit.. apa pun usaha, kita tawakal kepadaNya