Saya beli Snuggbaby Stork baby carrier ni seminggu sebelum saya masuk wad untuk bersalin. Nak beranak pun sempat lagi beli-belah online..heh he.
Masa tu Liza posted beberapa gambar ready made Stork terbaru kat Facebook. Terus besar bijik mata…heh heh.
Mula-mula belah bahagi jugak nak beli atau tidak. Mahal beb. Kalau puluh-puluh ringgit dah beli tanpa fikir. Tapi harga seketul Snuggbaby Stork ni makan ratus-ratus. RM 300 plus plus sebijik…adeh.
Lagi pulak masa tu saya sudah beli Ring Sling double sided with pocket. Tapi tetap terliur nak Snuggbaby Stork sebab macam best je boleh back carry anak sambil tangan kita bebas untuk buat apa-apa saja.
Pakai Stork ni rasa kemas sikit kot sebab tak ada kain lebih terjurai kat depan macam Ring Sling tu.
Memang saya sudah ada Snugg Mei Tai yang dibeli masa Izzah baby. Tapi tetap terliur nak Snuggbaby Stork sebab Mei Tai tu berjurai-jurai tali panjang. Nak kena ikat-mengikat dengan kuat semasa memakai baby.
Kalau bersantai baby wearing dalam rumah boleh kot dengan Mei Tai je (amboii… JE tu beb..hik hik).. tapi kalau nak jalan-jalan shopping ke… kenduri ke.. travel around the globe ke (ewaah..teruja tengok owner Snuggbaby jalan-jalan satu dunia).. saya rasa Snuggbaby Stork ni memang sangat berbaloi dibeli.
Alasan kukuh sungguh nak invest beli Snuggbaby Stork tu…ngeeeee.
Biasanya ready made Snuggbaby Stork ni macam goreng pisang panas. Cepat je habis. Terutama design yang comel-comel. Kalau nak beli kena bertindak pantas…heh heh.
Masa tu memang ada beberapa design yang lawa-lawa. Tapi entah mengapa saya sangat tertarik dengan Snuggbaby Stork Curious Nature yang berwarna hijau pistachio tu. Padahal harganya lebih mahal dari Stork design lain.
Snuggbaby Stork Curious Nature – RM379 (erkkk… rabak poket beb)
- Suitable from newborn up to 4 years old
- Maximum tested weight limit is 20kg
- Best for front carry and back carry and nursing on the go!
- Can also be used for hip carry and waist support belt thanks to SNUGG Carrier Sleeve
Comes with:
- detachable sleeping hood
- SNUGG Carrier Sleeve (patent pending)
- waist pocket
- cincher belt (to be used with newborn and small infants)
- instructional leaflet for front and back carry
- 100% cotton
- Soft yet very supportive with inner x-harness (patent pending)
- mimics traditional baby carriers
Sebab sebenar saya beli Snuggbaby Stork Curious Nature coz lapisan dalam dan straps dia dibuat dari kain corduroy!
Kain ada jalur-jalur tu la corduroy
Saya suka corduroy sebab kainnya sangat lembut. Tapi Stork daripada corduroy memang mahal sikit sebab material pun lebih soft dari cotton biasa.
Corduroy = a thick cotton fabric with velvety ribs
Tanpa fikir-dan-fikir lagi saya terus order dan bayar. Beberapa hari kemudian terus dapat Snuggbaby Stork saya dalam kotak yang comel ni.
Baiklah.. saya nak buat review Snuggbaby Stork ni.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Detachable Sleeping Hood
Penutup kepala @ sleeping hood Snuggbaby Stork ni boleh cabut dan dilekat semula. Kalau rasa sleeping hood tu tak best terjuntai-juntai boleh je cabut simpan dalam beg.
Saya suka je sleeping hood tu terlekat kat situ. Senang nak guna bila baby tidur atau time hujan atau time matahari terlalu terik.
Irfan lena tidooo sampai terlentok ;D
Saya ada banyak designer fabric so nanti boleh jahit a few sleeping hood sebagai aksesori tambahan. Nak kena check button size tu saya ada tak…ngeeee.
Cincher Belt
Cincher belt ni penting untuk laraskan tempat duduk baby so baby kecik @ baru lahir @ newborn boleh duduk dengan selesa. Kita ‘cinch’ tempat duduk tu jadi kecik sesuai dengan montot baby yang kecik. So.. tak de la over kangkang pulak baby tu…ngeee.
Cincher belt = tali terjurai kat bontot Irfan tu. Patut kena letak kat dalam lebihan tali tu..
Masa first time saya try dengan Irfan saya lupa nak guna cincher belt. Akibatnya Irfan meradang sebab tak best duduk. Lepas cinch baru lah dia happy-happy.
Snugg Carrier Sleeve
Carrier Sleeve ni patent pending pada Snuggbaby je tau. SSC lain tak ada benda alah ni.
Carrier Sleeve = Kain hitam kat bontot Irfan. Patut letak kat dalam.. first time pakai terkeluar lak…ngeee
Dalam Snuggbaby Stork ada extra layer of cloth warna hitam. Nipis je kain tu so tak memanaskan baby pun.
Fungsi carrier sleeve ni untuk bungkus Stork jadi kecik. Mudah sangat nak bawak ke sana ke mari atau di simpan tanpa perlu beg asing. Senang!
Memang best sangat Stork ni. Sangat selesa untuk saya dan baby. Senang nak pakai pulak tu.
Irfan kalau duduk dalam Stork ni confirm tak lama akan tidur. Senang saya nak shopping..heh heh.
Snuggbaby Stork ni orang kata senang nak breastfeed sambil berjalan. Really?
Saya belum cuba pun. Macam susah je…heh heh.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Tak apa. Senang-senang nanti saya praktis dulu kat rumah baru boleh amalkan masa out in public. Kira macam NIP (nursing in public) gunakan baby carrier lah ni.
NIP? Isu hangat ni suatu ketika dulu. Nanti saya cerita pandangan saya tentang NIP.
Tak panaskah baby duduk dalam baby carrier?
Well…. depends pada banyak perkara jugak.
Kalau kita dan baby pakai baju tebal of course la cepat berpeluh dan panas. Lagi-lagi kalau pergi tempat crowded @ ramai orang. Macam kenduri, pameran dan sebagainya. Dalam aircond pun still boleh berpeluh-peluh…heh heh.
So.. dress light lah masa baby wearing. Jangan duk pakai jaket denim pulak. Confirm panashhhhh.
Kalau material baby gear tu tebal dan tak breathable pun senang over heat jugak.
So.. cari baby gear dari kain cotton atau apa-apa kain yang nipis.
Stork ni sesuai dipakai untuk newborn hingga toddler seberat 20 kilo. Maknanya sampai Irfan umur 4 tahun pun boleh guna lagi.
Tak payah beli baby carrier lain lagi dah.. eh betul ke? Kenapa rasa terliur pulak tengok design Snuggbaby Stork yang lain tu…ha ha ha.
pssst! Gambar saya in action with Snuggbaby Stork tu kebanyakannya diambil oleh photographer saya iaitu Izzah menggunakan samada iPhone atau Samsung P&S Camera. Ada gegar-gegar sikit. Tapi not bad lah for a 5 year old. Dah terer nanti boleh guna DSLR pulak ye nak..ngeee.
Salam. Where do u get this stork ssc?
@Me, beli di http://snuggbaby.com/
i pun rasa macam nak beli snuggbaby ni..terliur jugak 😉 lagi2 lepas baca your review..
http://ailzab.blogspot.com
seronok bile baca review ni..sb sy pon slh sorg penggemar snugg….sy br je sambar last 2 weeks kat fab moms puchong.. stripes kaler pink2..wpun yg nk dduk dlm tu is my baby boy..ehhehe jambu gitew.. xsbr nk pkai bile kua jln2… 😉
btw just wanna say hi tu sis snugg! hi hi hi hi
Assalamualaikum.. sis.. bb saya br sebulan.. agak2 sesuai ke guna ssc snuggbaby ni.. selama ni ingat semua ssc utk 4 bulan ke atas.. gmbar sis tu bb umur brape? saya dah sebulan juga mengintai carrier yg sesuai.. dah berkenan dgn rs.. hubby plak macam x suka.. die kata alang2 beli terus mcm ssc.. lama boleh guna.. huhu pening dah pale saya.. kena ikut juga cakap husband since die yg fund hehe