Bismillah. Aloe!
Aku ada pengalaman wearing baby sejak Izzah baby about 8 years ago. Masa Izzah aku guna pouch dan traditional mei tai.
Masa Irfan pulak aku guna soft structured carrier (ssc).
Dulu aku ingat Snuggbaby Stork yang aku beli dengan harga RM379 tu dah mahal giler. Rupanya ada baby carrier yang lagi mahal.
Harga mahal cecah riban tahap boleh hantuk kepala kat dinding. Air liur meleleh nak beli tapi tak mampu ekekeke. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Aku last gendong Irfan masa umur dia 2 tahun. Sejak baby hingga 2 tahun aku front carry je dia. Tak pernah cuba back carry walaupun Stork tu boleh guna both front dan back carry.
Bila aku pregnant lagi so aku stop gendong Irfan. Jalan kaki la sendiri. Tak pun duduk dalam stroller hehee.
Tapi masa pregnant tu aku macam kemaruk shoping baby carrier yang mahal-mahal tu!!
Masa aku baru je 2 bulan pregnant kan Irdina. Aku terjebak beli Manduca dan Lenny Lamb.
Oh.. Lenny Lamb tu aku siap sambar 2 ketul pulak tu. Saiz toddler dan baby yang berlainan design. Apa yang fikir ntah masa tu. Giler betul. [wp-svg-icons icon=”confused” wrap=”i”]
Hari ni aku nak cerita pasal baby carrier Manduca aku tu. Masa aku sekodeng group Malaysian Babywearer aku tengok la review tentang baby carrier yang best.
Aku cari baby carrier yang boleh guna dari newborn hingga toddler. Baby carrier lain biasanya sesuai bila baby dah umur 6 bulan ke atas.
Most people suggest Manduca sebab memang design dia dibuat untuk newborn hingga toddler.
Manduca Limited Edition – Pure Cotton Dark Grey
Aku beli Manduca ni kat TinyTapir.com sebab Tiny Tapir ni salah satu authorized reseller Manduca kat Malaysia.
Actually hati ni berbelah bagi nak pilih warna apa. Aku nampak warna biru Petrol tu macam comel je. Tapi habis stok!
Last2 aku pilih warna yang subtle dan tak menonjol sangat. Manduca Pure Cotton Dark Grey.
Kaler kelabu ni bagi aku sesuai untuk dipadankan dengan pakaian warna apa sekali pun. Kira kaler yang selamat sebab aku pun tak tahu jantina baby dalam perut aku lagi.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Harga Manduca Limited Edition Pure Cotton Dark Grey masa aku beli RM700.
Kiranya baby carrier Manduca ni paling mahal lah pernah aku beli. Nanges…ekekee [wp-svg-icons icon=”weather-5″ wrap=”i”]
Aku jugak beli 2 ZipIn Manduca : Rainbow & It’s A Boy. ZipIn ni hiasan pada back panel Manduca so tak lah nampak plain sangat Manduca tu. Harga RM71 setiap satu.
Back panel Manduca tu kena extend @ buka zip jika nak gendong newborn hinggalah baby boleh tegak badan sendiri (neck & back control). Biasa baby 6 bulan ke atas dah tak payah bukak zip tu.
Kalau nak guna untuk toddler pun kena extend @ buka zip untuk support gendong anak yang lebih besar.
Dapat je Manduca terus aku test gendong Irfan style back carry. Best pulak gendong belakang. Selesa sangat guna Manduca ni.
Manduca Untuk Newborn – Pra-Sekolah
Memang sangat banyak choices baby carrier. Macam-macam jenama. Macam-macam printed design. Comel-comel belaka. Rasa nak grab semua.
Tapi sebab budget limited. Kena lah aku pilih yang the best. Aku pilih Manduca sebab:
- Boleh pakai untuk baby baru lahir @ newborn berat 3.5kg hingga kanak-kanak pra-sekolah @ 5 tahun berat 20kg! Tahan lama beb.
- Ada infant seat @ newborn harness untuk bayi baru lahir. Aku suka sebab baby kecik memang selesa duduk dalam tu.
- Material Manduca ni 100% pure cotton organik. So tak panas dan tak ada risiko alahan.
- Sesuai untuk front carry, back carry dan hip carry.
- Shoulder straps Manduca ni boleh guna secara backpack style atau cross straps. Sangatlah fleksibel.
- Manduca ni juga sangat ringan @ lightweight 600gm sahaja.
- Selamat sebab guna 3 point buckle on waist belt & safety elastic bands.
Nanti aku share lebih banyak gambar aku guna Manduca untuk gendong Irdina sejak umur dia 3 minggu hinggalah umur 4 bulan. [wp-svg-icons icon=”wand” wrap=”i”]